Followers

Friday, 27 June 2014

TS Khalid terkandas, 'Kajang Move' berjaya.....selepas Idil Fitri sudah boleh masuk Putrajaya?


Kikikikiki.....kenapa 'gelekek'?...lucu ke tajuk tu?

Mana ada lucu, memang sapa2 pun boleh pergi ke Putrajaya, sebelum atau selepas Idil Fitri. Pusat membeli belah Alamanda hanya tutup pada hari raya saja.

Sebelum meneruskan coretan ini, saya ambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut dan mendirikan ibadat puasa seta ibadat-ibadat yang lain kepada semua pengikut blog ini sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Semasa dalam PRU13 dulu SPR dikecam hebat, beberapa tempat dikatakan 'blackout' untuk menjustifikasikan kekalahan PR dalam PRU itu.

Selepas itu diikuti 'happening' yang dipanggil himpunan 'blckout' di Padang Merbuk di mana ramai yang ber'qiam' dalam khemah di situ sebagai tanda protes kepada SPR.

Ada bijak pandai kata 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move' telah berjaya. Tagline ini diwujudkan semasa PRK Kajang baru lalu kononnya ADUN Kajang terpaksa dikorbankan sebagai mempercepatkan 'langkah' PR ke Putrajaya.

Apa yang berjayanya?

Nak ke Putrajaya pun masih jauh satay dari api.

Nak 'tendang' TS Khalid pun masih sukar walaupun beliau di'buruk-buruk'kan oleh rakan sendiri ibarat dilayan seperti anak tiri oleh partinya sendiri.

Dengar ceritanya TS Khalid ter'sekat' di pemilihan tempat sendiri ber'kebetulan pula tiada api (baca 'Blackout').

Kalau dulu 'Blacout 505'.....sekarang 'Blackout 2706'

Tak tahulah pulak dengan kekalahan yang penuh dengan 'misteri' itu dikatakan 'Kajang Move' telah berjaya. Bagi saya itu bukan 'Kajang Move', itu dinamakan 'Kuala Selangor Move'......alahai......kata ke gelegar, pagar yang serpih....kata ke SPR, Kuala Selangor yang lebih.

Ingat pengundi Malaysia semuanya 'bodoh' macam pembuat strategi tu ke?......

al-brangionline:

Udah muallah rasanya.......cuba tengok DI SINI .
_________________________________________________________________

Elektrik putus ketika kira undi cabang Khalid


PKR mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media hari ini.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya insiden itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pengiraan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani.

Pemilihan semula 3 cabang esok

Johari berkata beliau dimaklumkan satu substesyen TNB berdekatan blok bangunan itu rosak menyebabkan keseluruhan blok bangunan itu terputus bekalan elektrik.

Mengulas penangguhan pemilihan semula cabang PKR Kelana Jaya dan Puchong - yang sepatutnya berlangsung esok kepada 10 Ogos - Johari berkata pihaknya perlu menyediakan keperluan logistik
petugas yang bertugas diambil luar Selangor.

Malah, sambutan Ramadan pula dijangka pada 29 Jun dan mereka tidak sempat untuk pulang menyambutnya bersama keluarga.

Apatah lagi dua cabang mempunyai ramai ahli dan terdapat permohonan daripada calon-calon yang bertanding meminta supaya tarikh itu ditangguhkan.

"Sebagai JPP kita fleksibel, demi untuk keadilan untuk calon-calon dan anggota untuk membuat pemilihan. Walaupun kita tak gembira, tapi kita juga buat pertimbangan," katanya.

Tiga cabang Sepang, Subang dan Sungai Besar akan mengadakan pemilihan pada esok, tambahnya.

Pemilihan semula juga akan berlangsung esok di empat cabang di Sabah - Tenom, Pensiangan, Keningau dan Papar. Sementara di Sarawak pula ialah Batang Sadong, Julau, Kapit, Limbang dan Sarikei.

"Cabang di Sabah dan Sarawak tiada penangguhan. Sementara saya jangka pemilihan di Subang dilihat menarik," katanya.

Beliau menjangkakan keputusan rasmi akan diperolehi pada 12 Ogos depan - sebelum Kongres PKR yang berlangsung pada 22 Ogos.