Followers

Friday, 2 May 2014

Untuk kita semua yang mahu faham termasuk Anwar 'and the gang'.....Najib 'and the geng' pun

Kaum Saba',

Empangan pecah kerana kaumnya tidak bersyukur..... berlepas tangan dari kebergantungan kepada Allah setelah di kurniakan Allah dengan hasil tanaman yang melimpah ruah. Allah hanya menghantar makhlukNya yang bernama TIKUS untuk mengorek tanah empangan hingga pecah lalu menghapuskan dan merosakkan tanaman itu.

Malaysia,

Empangan tidak pecah, hasil minyak melimpah ruah...malah hasil GST saja nanti berlipat ganda, rezab berbillion2 (Selangor saja sebagai contoh melebihi 2.0 billion)....ramai yang berlepas tangan dari kebergantungan kepada Allah...ramai yg berlumba2 memperjuang atas nama "good governance and equality" konon...Allah hanya menyekat makhlukNya yang bernama HUJAN untuk 2-3 bulan hingga hampir kering empangan. Air terpaksa bercatu.

Marilah sama2 kita renung dan kembali kepadaNYA sebelum BALA' yang lebih dahsyat lagi menimpa kita.

Jangan lupa BALA' yang bakal menimpa akan dirasai semua orang samada yang bergantung kepada Allah atau pun yang berlepas dari kebergantungan kepadaNYA.

Teringat semasa kecil dulu, di negara Afrika berCATU makanan. ...rupanya sekarang baru terasa "azab"nya berCATU.

Itu pun masih nak berpoliticking lagi.


al-brangionline:

Janganlah kita berfikir cara orang bukan Islam. Mereka tiada 'guidance' dari Al-Quran.

p/s Selamat Datang Rejab, semoga Allah memberkati kita dibulan ini dan Syaaban sehingga kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak.

Ya Allah, jadikan kami termasuk orang-orang yang merindukannya. Aamiiiin.