Followers

Monday, 5 May 2014

Umno ber'samba' dengan PKR, DAP ber'cha-cha' dengan MCA, langkah siapa yang 'sumbang' akan menjadi 'tempang?

MCA ber'mati2an' menunjukan siongnya menentang 'HUDUD'. 

Kerana apa? 

Mustahil bijak pandai di dalamnya tidak membuat homework. Tidak munasabah sebegitu ramai politikus di dalamnya begitu naif dengan HUDUD, lainlah kalau MCA sudah membelenggu kepala otaknya dengan membina tembok besar sehingga tidak tahu langsung bahawa HUDUD itu hanya terpakai kepada orang-orang Islam sahaja.

Pada hemat saya, ia hanya tentangan yang bersifat 'wayang kulit' atau 'opera cina', satu tentangan yang dibuat-buat agar mereka dapat balik memenangi hati kaum Cina, dapat menarik balik sokongan kaum Cina lantas terus memberi undi kepada mereka. Di ketika Umno samada ber'pura-pura' memberi sokongan atau 'betul2' sudah mendapat 'Taufiq dan Hidayat, MCA mengambil peluang agar dapar membuktikan kepada kaum Cina di luar sana bahawa MCA tidak boleh dan memang tidak dicucuk hidung oleh Umno.


Manakala DAP juga mengambil peluang menentang HUDUD untuk sekian kalinya agar kaum Cina di luar sana masih konsisten bersama mereka....agar mereka tidak bertukar arah memberi sokongan kepada MCA. Mereka menentang HUDUD bukan sangat kerana HUDUD itu bertentangan dengan Perlembagaan negara kononnya. Mereka sedar Perlembagaan Negara bukannya rigid sekeras Tembok Besar Cina, ianya boleh dipinda. Dan juga sesuatu yang DAP paling gerun, takut kalau-kalau Umno sudah betul-betul berlembut hati dan sudah ber'taubat' hingga bersatu dengan PAS (satu perkara yang tidak mungkin boleh berlaku kerana PAS dan Umno berada di atas paksi berbeza). DAP membayangkan zaman politik mereka dan MCA akan bertambah kelam dan gelap jika PAS dan Umno bersatu.


Manakala PKR pula, saya nampak mereka bukan mencari penyelesaian berlandaskan tuntutan Agama untuk menyelesaikan kemelut politik ini, tetapi lebih kepada ber'politik' semata-mata untuk berpolitik daripada hendak menyelesaikan kemelut politik. Mereka berada di dalam 'dilema' yang acute, kerana goyah atau setabilnya Pakatan Rakyat bergantung kepada 'licik atau straight forwardnya' keputusan politik yang akan mereka bawa.

Mereka akan cuba menari ikut 'samba' Umno tetapi dalam tempo yang lagi perlahan, biar nampak sedikit romantik seperti DAP menari ikut cha-cha MAC, kalau rancakla cha-cha MCA, maka mereka akan lebih rancak?....perhatikan

Umno pula tersepit di tengah-tengah. Di telan matinya mak, diluah matinya bapak. Mereka pening untuk memikirkan kemelut ini, sokongan kaum Cina akan terus menggelongsor, bahkan undi Melayu pun turut terhakis jika mereka me'lari'kan diri dari isu HUDUD ini. Mereka juga nampaknya selari dengan PKR menggunakan kaedah berpolitik semaksimum mungkin untuk menyokong HUDUD, bukannya di atas tuntutan HUDUD itu sendiri.
Mereka cuba ber'samba', sama-samalah kita saksikan siapa yang lebih sumbang langkahnya.

Ramai berkata PAS hanya beretorik dan menggunakan HUDUD sebagai 'umpan' paling mujarrab untuk meraih undi orang Islam. Biarkan fitnah datang melanda, teruskan bawa HUDUD ke Parlimen, bukan resultnya semata-mata yang kita harapkan. Kalau direject majoriti ahli Parlimen pun kita patut bersyukur sementelah lagi kalau diterima, yang dicari-cari ialah Mardhotillah, satu ungkapan yang amat fobia didengar oleh musuh politik dan Islam dan mereka yang masih terawang-awang terapong di atas hanya selera politik semata-mata yang bisa menghanyut dan mengkhayalkan mereka walaupun mereka beriman dengan segala hukum Allah.

al-brangionline:
Dalam politik penuh dengan kepura-puraan, tapi janji Allah tidak pernah dengan pura-pura.