Followers

Monday, 19 May 2014

PRK P076 Teluk Intan : Jangan kuat-kuat.....sakit Mah......

PRK Teluk Intan: BN ditentang DAP

CALON Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Teluk Intan,Datuk Mah Siew Keong bersama dengan Calon DAP,Dyana Sofya Mohd Daud tiba Dewan Semarak Kasih SMK Sri Perak untuk penamaan calon. - Foto Abdullah Yusof

PRK Teluk Intan: BN ditentang DAP


TELUK INTAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP.

BN diwakili Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong manakala DAP diwakili setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud.

Pertandingan satu lawan satu itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penamaan calon Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, sebentar tadi. 
Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu, Seah menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. [sumber .]
___________________________________________________________________
Pengundi: 60,483 Pecahan Kaum: C:42% M:38% I:19% ......dijangka pengundi Melayu jadi penentu
al-brangionline;
Jangan kuat-kuat.....sakit Mah......(tengok betul2 gambar di atas)