Followers

Tuesday, 27 May 2014

PRK P076 Teluk Intan IV : Dyana mungkin senyum menyerongin dengan pemimpin BN ini......labun le lagi yeop


Di dalam rancak berkempen kekadang pemimpin BN yang memang sifat mereka sedari dulu lebih sudu dari kuah, kerana terlalu nak men'jilat'kan boss, dalam sedar tak sedar akan menjadi 'tumpul'......dengan ke'tumpul'an itu menjadi makin ke'bangang'an dan dengan ke'tumpul'an dan ke'bangang'an itu membantu percuma calon DAP/PR, Dyana memenangi kerusi P076 Parlimen Teluk Intan dengan bergaya.

Labun bukan sebarang labun yeop.....sesekali terlajak labun nampak ke'bangang'an yeop......'tumpul' [sebut tumpor] adik beradik berat 'nanang'.

al-brangionline;

Seronok nengok yong Dyana senyum.
______________________________________________________________________

MCA, Gerakan desak Zahid Hamidi jelaskan isu ‘Cina tidak bersyukur’

OLEH EILEEN NG DAN ANISA‎H SHUKRY
MAY 27, 2014
LATEST UPDATE: MAY 27, 2014 05:49 PM
Gerakan dan MCA menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung kenyataan 'pengundi Cina tidak bersyukur' di Teluk Intan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2014.Gerakan dan MCA menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung kenyataan 'pengundi Cina tidak bersyukur' di Teluk Intan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2014.
Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".
Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kenyataan itu akan menjejaskan sokongan pengundi Cina sedangkan presidennya, Datuk Mah Siew Keong adalah calon BN di sana.
Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.
"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.
"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.
Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka. – 27 Mei, 2014.