Followers

Wednesday, 14 May 2014

Prinsip telur penyu Umno Teganung.....sifatnya lembik, selepas direbus pun lembik jugak

PRINSIP ala TELUR PENYU yang ada pada orang Umno, lembik....ada orang kata sedap kalau direbus.

Tak ramai orang Umno yang ketika di puncaknya KELUAR dari Umno kerana PRINSIP walaupun sekelumit yang ada kalaulah boleh dikira atau diambilkira pada dirinya.
Ku Li dan yang se'gua' dengannya keluar dulu pun bukan atas PRINSIP, tapi sebab kalah jawatan Presiden Umno.
Rais yang ber'PRINSIP' konon, malah dah bakar pun jambatannya...masuk semula kerana jambatan yang dibakar itu hanya jambatan kertas.
Berahing dipecat, bukannya keluar Umno atas PRINSIP.
Hatta ANWAR sekalipun, beliau bukan keluar Umno ketika di puncak pesada Umno kerana PRINSIP, beliau terkeluar dari Umhno kerana ditendang keluar oleh Umno, kalau tidak Anwar masih di dalam Umno malah akan menentang pembangkang berhabis-habisan sekarang.
Tidak dinafikan ada satu dua kerat lagi yang dikatakan berPRINSIP berada dalam Umno,.....weh kalu 'dia' tu betul-betul berPRINSIP, kenapa masih kekal di dalam (dah kalah pun dalam PRU dulu) Umno?
'Mike Tyson' keluar Umno kerana PRINSIP, tapi selepas sudah tidak ber'upaya' lagi berada di dalam Umno......apa2pun kita boleh beri tabik hormat jugak kepada beliau termasuk Kadir Syeikh Fadhil dan mungkin dua tiga orang lagi.
Allahyarham Dato' Onn mungkin satu-satunya yang keluar Umno ketika dipuncak, yakni menjadi Presiden Umno atas beberapa PRINSIP. Beliau sudah nampak 'bibit-bibit' perkauman dalam Umno dan berbagai lagi.
Selebihnya saya tak berapa sangat mengikuti hal dalam kelambu Umno....seperti status sebenarnya Allahyarham Tunku dan Hussein Onn. Ramai yang mengatakan mereka tidak berada dalam Umno ketika penghujung hayatnya, Wallahu'alam.

al-brangionline:

Telur penyu lembik sifatnya.....bila direbus akan jadi lembik jugak, ada orang kata sedap......hahahahha