Followers

Thursday, 15 May 2014

Biar betul, ada ke patut dilantik jadi wakil bertaraf 'Duta' ke Antartika?.....tak terkejut ke beruk......kah kah kah

Tersebut akan alkisah yang berlaku di sebuah negeri di Timur Tengah. Negeri ini kaya dengan minyak. Negeri ini diperintah oleh seorang yang kurang cerdik, malah teman-teman yang membantunya memerintah negeri itu pun semuanya kurang cerdik.

Oleh kerana kekurang-cerdiknya itu, maka ia nak digantikan dengan yang cerdik sedikit daripadanya, maka apa lagi mengamuklah ia. Terkejut big bos di Pusat kerana tak sangka orang yang kurang cerdik boleh mengamuk.

Bukan big bosnya sorang yang terkejut, bahkan seluruh makhluk jin, haiwan dan orang-orang yang se"kepala-hotak" dengannya turut terkejut.

Kura-kura pun terkejut lalu kepalanya ter'masuk' ke dalam tempurungnya.

Ayam pun sama terkejut lalu ber'kokok' tak henti-henti.

Kucing berlari lintang-pukang dek terkejut diikuti dengan anjing tak berhenti-henti menyalak kerana terkejut.

Rimau di hutan mengaum sekuat-kuatnya dan bersedia menerkam bila-bila masa kerana buat dia terkejut.

Semua ular tedung mengembangkan kepalanya marah kerana buat mereka terkejut.

Ungkas,lotong,moyet dan beruk jangan ceritalah, semuanya terkejut beruk, namanya beruk mestilah terkejut, beruk.

alam jin menjadi gegak gempita dengan teriakan jin dek terkejut nasib baik alam jin dengan alam manusia tak sama, kalau tidak pecah anak telinga.

Orang berpenyakit latah semuanya mencarut sambil menari2 sambil menyebut semua nama alat-alat sulit sang puteri di Jabal Berapit. 

Tapi ada sorang mamat yang mendiami di puncak Jabal Hadid punyalah terkejut sehingga ter'keluar' taik sembelitnya, dan dek terlampau terkejut lantas terperosok masuk balik semula hinggakan semua beruk-beruk di rimba terkejut......agaknya itu yang peribahasa Arab kata, "Terkejut Beruk".

Big bosnya pun turut terkejut-beruk lantas tak jadi marah dan memaafkannya, maklumlah orang kurang cerdik lantas melantiknya menjadi duta ke satu benua yang sejuk yakni Benua Antartika agar suhu panasnya turun mendadak dan tidak terkejut lagi......ini dipersetujui oleh semua tabib-tabib negara itu kerana ibarat orang demam panas yang kena 'fid' atau sawan tarik mesti direndam dalam air batu untuk menyejukkan badan dan kepala hotaknya kerana dibimbangi akan terkejut-terkejut lagi di masa-masa akan datang.

al-brangionline:

Itu hanyalah satu mimpi dan terus terjaga bila terkejut mendengar mesej masuk mengatakan orang itu rupa-rupanya 'cerdik' bukan seperti yang dijangkan kurang cerdik selama ini.