Followers

Tuesday, 13 May 2014

Begitulah kehendakNYA, Mad Said akan di'nobat'kan semula sebagai MB Teganung?.....macang dok caya weh


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Al-Quran: Surah Al-Imran, Ayat:26.

Begitulah kehendakNYA. Telah ditakdirkan Mad Said mantan Menteri Besar dengan penuh gah dinobatkan sebagai Menteri Besar selama satu penggal lebih dan diturunkan dengan penuh 'sebak-di dada'.

Anihnya perletakkan jawatan Mad Said (diturunkan...ke guaner?) disebelah siang semalam dan Majlis angkat sumpah MB baru ter'paksa' diadakan pada sebelah malamnya (malam tadi). Kenapa tak tunggu siangnya, yakni hari ini? Dikhabarkan helikopter berlegar-legar di atas bandar Kuala Terengganu semalam, untuk apa? Untuk menyaksikan beberapa siri ke'runtuh'an di bandar itu? Ke nak pantau kot-kot 'awok-awok' mantan MB yang dikatakan paling 'gedebe' ini buat protes?

Sejarah membuktikan, 'awok-awok' atau 'juak-juak' Umno ini hanya berkokok paling lama 5 minit, lepas tu meleleh taik di ekor. 

Suatu ketika dulu pun ketika Almarhum Dato' Harun Idris nak di 'ngap', bukan main pe'silat-gayung' mem'buat benteng di kediamannya, tapi hampeh.

Dikejutkan lagi pagi ni, Mad Said dan sorang 'awok'nya telah mengistiharkan diri mereka keluar dari Umno dan katanya ramai lagi akan menyusul. Salah sorangnya berkemungkinan besar Ku Ttera Kuala Berang. [sumber .]

Katakan hanya 2 orang saja keluar Umno maka kedudukan di DUN Negeri Terengganu akan menjadi 15:15:2. (15 BN, 15 PAS dan 2 Bebas)

Secara moralnya saja Umno sepatutnya menghadap Istana untuk bubbar DUN. Tapi dengan Umno usah berbicara soal moral......kikikikiki. Usah tunggu Umno nak buat terkejut tergempar, PAS sepatutnya membawa usul undi tidak percaya kepada Kerajaan '5 minit. Tak munasabah kalau Mad Said dan 'awok'nya yang sudah isytihar keluar Umno tidak menyokong kecualilah Putrajaya men'janji'kan sesuatu untuk menyelemat dari salah satu siri-siri ke'runtuh'an di Terengganu.

PAS boleh memujuk Mad Said dan 'awok'nya menyokong usul undi tak percaya dengan me'letak' kembali Mad Said di atas kerusi 'panas' itu.

Atau pun PAS boleh menghadap Paduka Tuanku menyembah dan memohon pekenan untuk membubar Negeri DUN Terengganu. [sumber .]

Walau apa-apa pun, Terengganu tetap panas seperti kata seorang sahabat politik 'sata' dan 'kelepok lekor'. Memang betul, 'sata' kalau dibakar terlalu lama akan menjadi hangit, pun kalau kepok lekor direbus terlalu lama , keropok lekor akan menggeleding kepanasan.......itulah 'badi' Umno Terengganu terpaksa hadapi setelah Masjid Bujal dirobohkan oleh 'puak-puak' yang tidak berhati perut, kalau ada hati pun, jenis hati kering, tidak bederia rasa......ada saja siri-siri ke'runtuh'an di Terenganu berlaku selepas itu.

al-brangionline:
Pakat balik weh ke Teganung...... Oh, Kuala Berang, mung tunggu, aku balik.....ceh wah......