Followers

Thursday, 3 April 2014

Ditakdirkan Azmin kalah.....PKR dilanda mala petaka?




Ditakdirkan Azmin kalah dalam pemilihan PKR nanti.....adakah PKR dilanda mala petaka?

Soalan itu mungkin tak senang kepada penyokong Azmin khususnya dan kepada PKR keseluruhannya secara amnya.

Mungkin ramai yang kata saya ni menyibuk dan jaga tepi kain orang.

Saya bukan menyibuk tidak juga jaga kain orang.....tapi kalau tepi kain orang kena najis taik ayam candu saya 'wajib' tegur nanti solatnya tak sah kerana menanggung najis.

Selaku pendokong kepada Pakatan Rakyat saya perlu highlightkan perkara ini kerana kekuatan PR saling berkait rapat dengan parti-parti gabungannya sebab itu semasa pemilihan PAS dahulu, ramai 'musang-musang' berbulu ayam mengaku dia pendokong PAS, malah memburuk2kan dan mengarah itu ini, PAs sepatutnya pilih orang itu...orang ini dan sebagainya.

Seandainya TS Abdul Khalid Ibrahim berjaya menumpaskan Azmin Ali, adakah mala petaka akan melandan PKR?

Saya tak mahu buat telahan, kita tunggu apa akan terjadi baru boleh buat ulasan.

albrangionline;

Saya tiada kepentingan apa-apa di atas mereka berdua
____________________________________________________________________



Azmin Tiada Restu Anwar?

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 10:39 AM

Banyak pihak turut meyakini bahawa Mohamed Azmin sebenarnya lebih layak menerajui PKR dan menentukan hala tuju perjuangannya ke arah yang lebih baik berbanding apa yang dilakukan Wan Azizah.
  (Ubah saiz teks)
PADA tahap ini sukar dipastikan sejauh mana perjalanan politik penyandang kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dalam parti yang turut sama dibinanya sejak 15 tahun lalu itu.
Umum mengetahui Mohamed Azmin merupakan pengikut setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak figura politik pembangkang itu masih berada dalam kerajaan.
Malah dari kaca mata Anwar sendiri, Mohamed Azmin dilihat sebagai anak emas apabila Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan 'Langkah Kajang' bagi menamatkan konflik kuasa antara beliau dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas proses penamaan calon pemilihan PKR yang diadakan Sabtu lalu, ramai pihak mula tertanya-tanya mengenai kedudukan sebenar Mohamed Azmin di mata Anwar.
Usah dipertikai dari sudut kesetiaan sama ada kepada individu yang bernama Anwar mahupun perjuangan PKR, Mohamed Azmin sentiasa ada untuk terus mempertahankan ketuanya itu.
Berdasarkan pengalaman dan kelayakan, Ahli Parlimen Gombak itu sebenarnya sudah layak untuk menduduki kerusi empuk Presiden PKR yang berada dalam genggaman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak awal penubuhannya pada 1999.
Malah banyak pihak turut meyakini bahawa Mohamed Azmin sebenarnya lebih layak menerajui PKR dan menentukan hala tuju perjuangannya ke arah yang lebih baik berbanding apa yang dilakukan Azizah.

Tiada Restu Anwar
Tapi apakan daya keyakinan itu bukannya datang daripada Anwar yang diketahui sebagai pengatur strategi permainan politik PKR.
Mohamed Azmin tidak diberikan restu untuk mencabar kedudukan Azizah yang sebelum ini pernah membayangkan hasrat untuk berehat daripada politik dan menumpukan kepada keluarga.
Penjelasan Anwar mudah. Katanya, pencalonannya untuk turut serta merebut jawatan Presiden PKR bukanlah untuk mewujudkan petembungan antara suami isteri.
Sebaliknya jelas Anwar, ia hanya cubaan untuk meletakkan diri di kedudukan tertinggi parti berdasarkan Pelembagaan PKR.
Pencalonannya tetap diteruskan walaupun beliau sendiri menyedari sedang menanti rayuan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah Wan Azizah sendiri berjaya mengejutkan ramai penyokong parti itu yang berkumpul di Ibu Pejabat PKR semasa hari penyerahan borang pencalonan apabila mengumumkan mahu mempertahankan jawatannya pada saat-saat akhir dalam tempoh kurang dua jam sebelum proses ditutup.
Alasan Wan Azizah ialah sebagai persediaan jika Anwar dinafikan hak bertanding pada pemilihan parti itu yang akan bermula akhir bulan ini.
"Keputusan ini (bertanding jawatan Presiden) dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini, sebelum pencalonan dimuktamadkan...saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online sebelum ini.
Dengan kata mudah, jika tidak suami, si isteri sudah bersedia untuk terus pikul tanggugjawab sebagai Presiden PKR setidak-tidaknya untuk sepenggal lagi.
Memang betul kata Anwar, beliau bukan mahu bersaing dengan isteri kesayangannya itu. Tapi mereka saling bersiap-sedia untuk kekal berada di tampuk kuasa.
Semua calon yang layak bertanding mempunyai tempoh bertenang dan boleh menarik diri selewat-lewatnya pada 10 April ini sebelum senarai pencalonan dimuktamadkan.
Maknanya sama ada Anwar ataupun Wan Azizah, mereka mempunyai masa untuk menarik diri berdasarkan keputusan terkini Mahkamah Persekutuan.
Namun setakat ini tiada tarikh ditetapkan untuk sebarang prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Satu perkara yang paling jelas ialah, kedudukan hirarki tertinggi dalam PKR tetap di tangan keluarga Anwar.
Ia juga membuktikan bahawa Anwar sendiri nampaknya lebih mempercayai isterinya berbanding Mohamed Azmin untuk mengemudi PKR jika beliau terpaksa berada di penjara.

Tiada Karpet Merah
Perkembangan terkini menyaksikan Mohamed Azmin sendiri terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti selepas ditentang dalam saingan enam penjuru pada pemilihan kali ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangasa itu ditentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Tian Chua; Datuk K. Ramachandran dan S. Murali.
Nampaknya tiada laluan karpet merah untuk Mohamed Azmin kerana saingan enam penjuru membuktikan wujud suara protes di kalangan ahli akar umbi yang mahukan pembaharuan dalam kepimpinan PKR.
Perjalanan politik beliau dilihat semakin malap jika gagal mempertahankan kedudukannya lebih-lebih lagi apabila ditentang Abdul Khalid dan Saifuddin yang dikatakan sebagai calon 'heavy weight'.
Namun senario hampir sama bakal berlaku walaupun beliau berjaya menumpaskan lima yang lain jika Anwar berjaya menduduki takhta Presiden PKR.
Pastinya Anwar akan kekal sebagai presiden tanpa dicabar untuk beberapa tahun akan datang.
Buat masa ini, penyokong Mohamed Azmin hanya mengharapkan agar Wan Azizah kekal sebagai presiden dalam pemilihan kali ini.
Sekurang-kurangnya Mohamed Azmin hanya perlu menunggu lagi tiga tahun sebelum beliau berani melakukan kejutan dalam karier politiknya.
Pada ketika itu, adalah lebih mudah untuk Mohamed Azmin menentang Wan Azizah untuk membolehkannya mengungguli kedudukan nombor satu PKR.