Followers

Tuesday, 8 April 2014

Cerita hal 'Pakar Motivasi' dengan 'beruk-beruk'

Menteri kata : 25 konsesi lebuh raya belum untung
Aku kata      : 25 kongsi untung belum kaya.

Teringat ada satu cerita seorang pakar motivasi yang baru nak naik, tapi selalu mengeluh ketika buat lawak audience tak gelak langsung...diam tercenggang-cenggang.

Aku kata mereka diam kerana mereka tak tahu atau tak faham apa-apa. Atau mungkin lawak kamu bukan tahap mereka.....bak kata seorang bintang filem terkenal, LOW CLASS punya lawak.

Keesokkannya dia datang dengan mood happy. Dia kata audience dia, belum apa-apa lagi udah ketawa

Aku kata belum tentu lawak kamu sudah cukup bagus. Mereka ketawa sebab mereka tahu lawak kamu LOW CLASS.

Pakar motivasi itu hampa lalu cerita letak duduk perkara sebenar.

Yang sebenarnya aku saja nak test lawak aku......bila aku frust lawak aku tak ada orang nak gelak, aku rasa audience itu mungkin jenis bebal, buta kayu, tak ada perasaan.....jadi satu hari aku pergi ke Zoo. Masuk-masuk aja ada kandang beruk. Banyak beruk dan monyet bergayutan sambil tengok aku. Aku cuba gunakan joke yang sama, akhirnya beruk,lotong,mawas yang ada di situ diam membisu, tercenggang tengok aku. Aku frust.

Keesokkannya keciwa aku terubat bila sebuah IPT menjemput aku. Dalam hati aku nak buat perbandingan dengan keadaan dalam Zoo semalam dengan audience yang penuh dengan para ilmuan-ilmuan dan Profesor-Profesor.

Bila aku diperkenalkan kepada audience.....sambil berjalan menuju ke rostrum, audience menjadi gamat, mereka gelak bergelek, ada yang sampai terbahak2 menggelakkan aku. Aku naik hairan. Macaman dia orang tahu joke aku. Belum pun bersuara lagi. Aku jadi naik gementar pulak.

al-brangionline:

Lain kali pergi depan cermin, buatlah lawak seharian. [sumber .]
________________________________________________________________________

Menteri: 25 konsesi lebuh raya belum untung


Kerajaan menjelaskan daripada 30 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini, hanya lima sahaja yang mencapai keuntungan susulan pengguna trafik yang banyak.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof (BN-Petrajaya) berkata bakinya masih belum mencapai keuntungan memandangkan jumlah pengguna "masih belum mencukupi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan nama dan jumlah keuntungan yang diperoleh oleh lebuh raya itu.

"Daripada keseluruhan 30 syarikat konsesi. Daripada jumlah itu, hanya lima sahaja yang mencapai keuntungan kerana pengguna trafik.

“Yang selebihnya masih tidak dapat keuntungan sebab kadar pengguna lebuh raya masih belum mencukupi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai tanggapan umum bahawa kadar tol perlu dikurangkan jika trafik di lebuh raya terlibat bertambah.

Sementara itu, Fadillah juga berkata, dalam penambahbaikan baru kerajaan, kos penambahan lorong di lebuh raya kini ditanggung syarikat konsesi.

Beliau memberikan contoh apa yang dilakukan Lebuh Raya PLUS di Damansara, Seremban dan Senawang.

“Mereka (syarikat konsesi) kena melabur memastikan keselesaan pengguna.

"Kalau laluan tak dapat menampung keperluan trafik, mereka perlu tambah (lorong)," kata Fadillah.

Ditanya mengenai sampai bila perjanjian konsesi 30 syarikat itu boleh ditamatkan dan pampasan yang diberikan kepada mereka, Fadillah berkata tempoh konsesi berbeza antara satu syarikat dengan yang lain.

Katanya, ia bergantung kepada jumlah pelaburan membina lebuh raya dan rundingan kadar pinjaman yang diperoleh daripada syarikat dan pemegang bon.

Fadillah berkata terdapat perjanjian konsesi lebuh raya "tiga generasi" yang terlibat yang merangkumi tempoh 23 hingga 33 tahun, 30 hingga 35 tahun dan 45 hingga 60 tahun.

"Tapi untuk perjanjian (ketiga) ini, kita dah perkenalkan exit clause,(melibatkan) laluan trafik (lebuh raya) itu.

"(Jika) kutipan sudah memenuhi jumlah pelaburan mereka untuk membuat lebuh raya, maka kita boleh tamatkan perjanjian itu dengan tempoh lebih awal, bukan tunggu sehingga tamat tempoh perjanjian," katanya.

Menurutnya lagi, Lembaga Lebuh Raya Malaysia akan mengkaji laluan trafik bagi lebuh raya yang terlibat.