Followers

Thursday, 20 March 2014

PRK N25 DUN Kajang: "Bila lu menang nanti, lu bikin ini macam ah kawan"......pulak dah

Hari buang undi untuk PRK N25 DUN Kajang tinggal 3 hari saja lagi, iaitu ia jatuh pada hari minggu 23 Mac 2014.

Saya suka mengimbau N25 DUN Kajang pada PRU 1999 dulu di mana ketika itu PAS bertanding melawan BN (Calon MCA). Ketika itu saya berpeluang masuk ke dewan pencalunan mengiringi Dr. Shafie Abu Bakar, calon PAS sebagai penyokong yakni yang menjadi penyokong pada borang pencalonannya.

Tapi yang saya nak kongsikan di sini bukan pasal hal pencalonan dalam dewan itu.

Saya nak kongsikan semasa saya meng'escort' beliau bertemu dengan semua peniaga di Pasar Besar Kajang.

Ketika itu Dr. Shafie sedang sibuk bersalam, tiada yang terkecuali, semuanya bersalam. Saya terkebelakang sedikit dan sempat berbual dengan seorang peniaga berbangsa Cina. Sambil mengangkat ibu jari sebagai memberi tanda 'bagus', beliau sempat meluahkan perasaan hatinya, "Bila lu menang nanti, lu bikin ini macam ah, kawan," (Dia bermaksud, YB MCA/BN yang terdahulu tidak pernah berjumpa dengan pengundi.)

Saya mengangkat ibu jari sebagai tanda setuju dengannya dan bersalam.

Aura Dr. Shafie yang sentiasa tersenyum, bukan senyum dibuat-buat berjaya menarik dan menyakinkan pengundi Kajang sehingga menang pada PRU 1999.

PRU 2004, Kajang dan Bangi sudah ber'pisah', Bangi dijadikan DUN di bawah Parlimen Serdang manakala Kajang sebagai DUN di bawah Parlimen Hulu Langat.

Pada PRU 2004, BN telah berjaya merampas kembali dan DUN Bangi uga telah terlepas ke BN.

DUN Kajang pernah dipegang oleh DAP pada PRU 1986 dan 1990. BN pegang pada PRU 1995 dan 2004 dan PAS pada PRU1999, manakala PKR pada PRU 2008 dan 2013.

Point saya di sini ialah pengundi Kajang suka ber'tukar' selera' bergantung kepada prestasi ADUN.

Mantan YB ketika PRU 2008, yang lebih gemar dan dikenali sebagai Cik Gu Lee meneruskan kecemerlangan Dr. Shafie dan kecemerlangannya sendiri sehingga Lee Chin Cheh yang menggantikan beliau berjaya meningkatkan majoriti.

Apa harapan DS Wan Azizah dalam PRK N25 DUN Kajang kali ini?

Sebelum itu sila ambil maklum bahawa jumlah pengundi di Kajang ialah 39,278 termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi yang berada di luar negara terbahagi kepada 48.5% pengundi Melayu, 40.28% pengundi Cina, 10.29% pengundi India dan 0.94% dari etnik lain.

Dari sejumlah pengundi itu, 49.93% adalah pengundi LELAKI manakala selebihnya, 50.07% adalah pengundi WANITA.

Pengundi Kajang di'monopoli' oleh pengundi yang inginkan 'PERUBAHAN' dan terdedah kepada berbagai media sosial iaitu lingkungan umur 41-50 tahun (44.2%) diikuti oleh pengundi BELIA dalam lingkungan umur 21-40 tahun (39.9%) dan pengundi 'ORANG LAMA' dan 'USIA EMAS' berumur 50 tahun ke atas (15.9%)

Oleh kerana majoriti pengundi wanita dengan lelaki lebih kurang 50-50 maka kedudukan kedua-dua calon tidak terdedah kepada diskriminasi gender tetapi faktor yang golongan yang inginkan 'PERUBAHAN'(Umur 41-50 tahun) menguasai 44.2% dan golongan BELIA (Umur 21-40 tahun) satu golongan yang sentiasa bergelora dengan perasaan tidak puas hati terhadap sebarang ketidakadilan menguasai 39.9%), saya menjangkakan BN berada terkebelakang dari PR walaupun 'fix deposit'nya dari golongan 'ORANG LAMA' dan 'USIA EMAS' (Umur 50 tahun ke atas) yang hanya 15.9% boleh memberi undi 'bonus' kepada mereka.


Walau apa pun, ia bergantung sejauh mana golongan yang inginkan 'PERUBAHAN' dan golongan 'BELIA' di'tackle' oleh PR dan BN

al-brangionline:

Steady Kak Wan.