Followers

Sunday, 23 March 2014

Kangkung-kelapa sama saja statusnya dengan manggis-lithium-ion......apa barang ni SPR?


Penyokong Pakatan Rakyat membawa kangkung di luar pusat mengundi di Pilihan Raya Kecil Kajang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 23 Mac, 2014.


SPR tolonglah jangan buat lawak ala-ala Tok bomoh Teropong Buluh @ Tok Moh Bubu Haruan @ Tok Moh Tikar alakazam.

Apa bahayanya kangkung dan kelapa?

Kalau manggis bertan-tan boleh terbang bersama...kalau bateri lithium-ion pun tidak diklasifikasi sebagai barang bahaya ole MAS, inikan kangkung yang akan melayu bila cuaca makin panas. Kelapa mungkin merbahaya sikit, kalau kena balun tang dahi mahu dahi membengkak macam kelapa...hihihihihi

SPR tolonglah buat kerja elok-elok,jangan asyik nak 'menyaman' orang je....mentang-mentang dah menang saman.....kalau berani saman amenu tengok camana?

Kalau fikiran terkurung se'bubu' dengan Tok Moh, kalau tengok se'teropong' dengan Tok Moh, kalau berjalan se'tikar' dengan Tok Moh, kalau minum se'kelapa' dengan Tok Moh.....susahlah macam ni nanti jangan2 ber'fikir'an se'kapal' dengan amenu


al-brangionline:

Bila BN menonggeng malam ni, aku yakin SPR akan di'salai' sebagai 'kambing hitam'.
___________________________________________________________________

SPR nasihat penyokong tidak bawa kangkung, kelapa ke pusat mengundi
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
MARCH 23, 2014
Penyokong parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Aziz pada sidang media selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di Kajang berkata, beliau menerima laporan penyokong parti politik membawa sayuran berkenaan dalam jumlah yang banyak ke pusat mengundi.
"Saya menerima laporan terdapat penyokong parti yang membawa sayur kangkung, saya tidak tahu relevannya.
"Membawa sayur kangkung ini menjadi provokasi kepada pihak lain.
"Sayur ini untuk dimakan, jangan buat pembaziran. Kalau ramai sangat bawa kangkung ini ke sana ke sini itu tidak elok," katanya kepada pemberita.
Aziz berkata, pengundi tidak seharusnya bersifat terlalu emosional ketika PRK berlangsung kerana ia boleh mencetuskan ketegangan antara kedua-dua penyokong BN dan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya berharap pengundi jangan terlalu emosional dan buat provokasi kepada orang lain," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang ditemui di luar pusat mengundi berkenaan berkata, SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.
"Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.
"Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
"Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan," katanya kepada pemberita. - 23 Mac, 2014.[themalaysianinsider .]