Followers

Monday, 31 March 2014

Kali ni baru aku betul2 tabik kat Anwar walaupun itu hanya gimik

Pada 16 September 2008, dikatakan 30 orang Ahli Parlimen BN akan 'melompat' masuk Pakatan Rakyat. Walaupun aku tahu itu hanya 'dongeng' Tok Selampit...itu hanya 'jampi serampah ulit mayang' namun selaku pendokong Pakatan Rakyat ter'paksa'lah percaya dan telan walapun tawar hambar tak dak rasa apa2.

Tup.....tup pada 4 Februari 2009 Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang ala-ala 16 September.....rupa-rupanya nak buat kerja-kerja 'lompat-melompat' ni bukan setakat mesti ada 'strategi' yang ampuh kalau itu dikatakan ampuh tapi mesti ada 'kerjasama' dari segenap 'jalur'......anda tentu faham kan?

......dan selepas itu banyak lagilah permainan 'silap-mata', tapi itu semua kena telan kerana semangat Pakatan Rakyat.

Terkini, 'Kajang Move' yang kononnya 'Dari Kajang ke Putrajaya'......dari awal lagi saya nampak inilah 'gimik' 'world-class' yang memaksa rakyat khususnya pengundi di Kajang bangkit menelan kekusutan dan kekalutan dalam PKR, namun sebagai pendokong kepada Pakatan Rakyat terpaksa telan jugak walaupun 'daging' yang di'cucuk' halus hangus, hangit macam satay 'reject'.

Nah kali ni betul-betul gimik, silap-mata yang kot-kot boleh menyilau pandangan orang ramai.....kali ini 'tobat-laum' pun aku udah tak percaya lagi......memanglah hang pandai ber'strategi' tapi tak pernah menjadi. Tetapi kali kerana hang tidak menyusahkan rakyat, lantak hanglah nak ter'lentang' ke nak 'meniarap'.....malas nak buat kajian apa motif hang lawan isteri sendiri untuk tanding Presiden PKR. Rasanya orang asli di kepulauan Lautan Hindi pun boleh faham.

al-brangionline:

Bagai pengembala kambing dengan serigala
______________________________________________________________________

Anwar-Azizah bertembung lagi rebut jawatan presiden PKR


Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman

Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Dalam kenyataan media petang ini, Wan Azizah mengesahkan yang beliau bertanding sebagai satu bentuk 'insurans', jika suaminya dihalang daripada bertanding.

Anwar kini sedang merayu hukuman penjara lima tahunnya di Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Rayuan.

Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," katanya..

Berdasarkan sikap itu, Wan Azizah berkata beliau perlu mengambil sikap berhati-hati dalam menghadapi taktik BN dan Umno.

Justeru, beliau menerima cadangan daripada ahli parti untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau" katanya.

Pertandingan enam penjuru

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid IbrahimTian ChuaDatuk Saifuddin Nasution Ismail,Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru Bian (penyandang), Datuk Mansor Othman (penyandang), Fuziah Salleh (penyandang), N Surendran (penyandang), Nurul Izzah Anwar (penyandang), Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, Dr Shanmugam Rangasamy, Dr Streram Sinnasamy, Mohd Rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Suresh Kumar, Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar Md Akin

Seorang lagi naib presiden secara lantikan, Datuk Chua Jui Meng tidak mempertahankan jawtaannya.

Seramai 78 calon akan bertanding untuk jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Manakala tiga calon bertanding bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amir Sharidan Nazree Mohd Yunus.

Empat calon akan berebut jawatan timbalan Ketua AMK - Mohd Serman HassnarChang Lih Kang, Afif Bahardin dan Ramesh Kumar.

Calon bagi naib ketua AMK - Raymon AhuarMohd saifullah Zulkifli,  Ginie LimRajaresh Gabaran ManirajuCarol Urmilla,Sri Sanjeevan RamakrishnanNor Hizwan AhmadMohd Razlan Jalalauddin, dan Sangeetha Jayakumar.

62 calon bertanding untuk jawatan exco AMK.

Dua calon akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR, iaitu Rodziah Ismail dan Zuraida Kamaruddin (penyandang).

Calon timbalan ketua Wanita (3) - Haniza Mohd TalhaRusnah AnaiTengku Intan Tengku Abdul Halim.

Calon naib ketua Wanita - (6 orang) Gan Pei NieNor Sham Abu SamahDr Daroyah AlwiSivamalar Ganapathy, Johar Mat Lani dan Tan Poh Lai.

Manakala 30 calon bertanding jawatan exco Wanita.

[sumber .]