Followers

Tuesday, 4 March 2014

Apabila TSKI berkata benar.....siapakah ORANG-ORANG-ORANG itu?

Alhamdulillah pagi tadi jam 5.00 pagi hujan lebat di Bangi dan kebanyakan tempat di Selangor.

Tapi kenapa ada ORANG-ORANG-ORANG kepanasan?

Kenapa ada ORANG marah kat TSKI pasal isu AIR ni atau buat2 marah?
Ingat senang ke nak tackle isu ini. Kalau setakat SYABAS saja no problem bagi TSKI macam sikat rambut atau makan kacang je.

Banyak lagi ENTITI lain yang TSKI kena tackle seperti SPLASH, ABBAS, PUNCAK NIAGA, dll, dan juga yang tumpang 'tui' dalam salah satu ENTITI yang disebut di atas seperti sebagai contoh, dalam salah satu ENTITI yang tersebut ada ENTITI seperti Sweet Water Alliance ada share 30% dan jangan lupa ada individu tertentu dalam SYABAS ada kepentingan dalam SYABAS, malah sesetengah GLC Kerajaan Negeri (KDEB) pun ada kepentingan.

TSKI sendiri berdepan campurtangan yang 'KUAT LAGI ACUTE' dari GENG sendiri yang membawa INDIVIDU tertentu dari ENTITI tertentu untuk special deal dengan TSKI agar dapat EXTRA CONCESSION yang melibat billion ringgit.

Maka TSKI terpaksa membuat DEAL yang segera dengan Kerajaan Pusat untuk mengelakkan campurtangan politik dan dari GENG sendiri menekan TSKI beri "better deal for concessionare" kepada ENTITI tersebut di atas yang menyebabkan RAKYAT SELANGOR menanggung beban RM4.0 billion.

Kenapa ada 'ORANG-ORANG' tertentu marah sangat apabila TSKI berseteju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk tandatangan MoU yang telah pun terealisasi semalam?

Kenapa ada 'ORANG' tertentu bersungguh-sungguh lagi beria-ia nak membawa 'ORANG' tertentu agar dapat berjumpa TSKI untuk dapat "better deal for concessionare"?

Masih tertanya-tanya siapakah "ORANG-ORANG-ORANG" itu?

Lets "Follow the money trail" wahai sahabat-sahabat ku.


al-brangionline:

Tengok pada bulu udah tahu itu bukan ayam, tapi musang