Followers

Monday, 24 February 2014

Yang sebenarnya kau nak apa Duan?......cakaplah.....

Yang sebenarnya kau nak apa Duan?

Tak perlu kau jadi pen"jilat" tegar......kau sekali2 tak akan malah tak boleh jadi Melayu.

Kau masuk Islam dah cantik dah....yang kau pergi 'masuk' Melayu tu apa hal?

Kau ni kompiuslah Duan dan kau cuba buat orang lain jadi konpius sama.

Cukuplah Pak Kassim dan yang sewaktu dengannya konpius, jangalah kau kompius sama.

al-brangionline;

Kau nak apa sebenarnya?
________________________________________________________________________
Ridhuan Tee marah Melayu ‘elak khinzir’ tapi masuk gereja
OLEH SYAHIRAH RASHID
FEBRUARY 24, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 24, 2014 12:46 PM
Pensyarah pro-Umno, Ridhuan Tee Abdullah hari ini mengecam tindakan seorang calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berucap di gereja demi kepentingan politik.
Menulis di ruangannya di akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah calon tersebut, yang memasuki serta berucap dalam gereja Holy Family Kajang, sebagai perbuatan liberal dan keterlaluan.
"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.
"Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya.
Beliau menasihatkan calon PRK Kajang itu agar jangan menggadaikan maruah demi kepentingan politik.
"Saya memohon kepada sesiapa pun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik. Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tiada salahnya masuk ke gereja demi tujuan dakwah.
"Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua," katanya.
Sebelum ini, calon Pakatan Rakyat (PR) untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di gereja selepas upacara keagamaan mingguan penganut Kristian di gereja tersebut.
Langkahnya mendapat sokongan ramai penganut Kristian yang hadir, namun dikecam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa mufti negeri.
PRK Kajang diadakan ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sana.
Pakatan Rakyat (PR) menamakan Anwar sebagai calon PRK sehari selepas peletakan jawatan Lee.
Calon lain yang bakal bertanding adalah Datin Paduka Chew Mei Fun untuk Barisan Nasional dan dua calon bebas termasuk Datuk Zaid Ibrahim.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh 23 Mac sebagai hari PRK manakala 11 Mac untuk hari penamaan calon. - 24 Februari, 2014.[sumber .]