Followers

Saturday, 4 January 2014

Si- Mantan...dari sorang 'Ulamak' ke sorang 'Jurutera'.....hebat tu

Pada mulanya dia jadi sorang doktor perubatan, maka berbanggalah orang Melayu kerana dia merupakan di antara orang Melayu pertama yang lulus dari Universiti Malaya Singapura.

Lepas itu dia masuk politik. Berbekalkan sikap 'vocal'nya maka dia mendapat gelaran 'Ultra Malay'.

Perndekkan cerita beliau menguasai Umno begitu lama.....hampir semua 'kawan' dan 'lawan' politik beliau tersungkur dek ke'berani'an beliau 'mengeluar'kan kukunya. Hampir kesemua timbalannya ter'sungkur' menelan air liur kempunan menggantikan beliau. Ramai lawan politiknya di'terprosok' ke dalam Kamunting sebuah tempat tahanan lambang undang-undang rimba ala-ala 'draconian'.

Beliaulah orangnya yang mem'buang' imuniti Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1983.

Beri saja apa topik, apa bidang, apa disiplin, politik, ekonomi, Agama, ketenteraan, pertanian, kewangan, pendidikan, sosial, undang-undang dan kehakiman, koperasi, architecture...apa-apa saja semuanya di'rembat' dalam kebanyakan 'key-note address' hingga melopong para cendikiawan dan Sarjana lain terutama si-'kangkung' celup meleleh air liur terpegun dan terangguk2 tanda setuju {?} mendengar 'goreng'annya.......hebatnya...

Sekarang beliau bercakap pulak sebagai sorang Jurutera. Beliau mencadang buat rumah menggunakan tiang tinggi untuk mengelak banjir seperti DI SINI . Perkara itu bukannya baru dan telah pun diterap di Jepun di kebanyakan kawasan 'flood-prone'.

Saya tidak berminat nak mempersoal hal-hal lain yang di'geromal'nya.....tapi tidak kepada dalam hal-hal Agama. Dalam hal agama serahlah kepada mereka yang ahli dalam disiplin ilmu Agama.....tak mungkin ada orang yang jadi 'Master of all trades'.

al-brangionline:

Aku amat bimbang aku akan merapu di penghujung usia ku.