Followers

Thursday, 23 January 2014

Rasanya Khalid perlu ke 'SINI' untuk elak 'bayang -seram' Azmin

Ini hanya pandangan peribadi blog ini, tak semestinya ia sama atau sependirian dengan PAS.

Tan Sri Khalid perlu masuk PAS dan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Jika itu terjadi maka PAS akan jadi 16 kerusi diikuti dengan DAP 15 kerusi manakala PKR akan jadi 14 kerusi.

Kalau benar-benar terjadi maka harapan Azmin nak jadi Menteri Besar Selangor akan jadi nipis senipis 'roti-tisu'.....udahlah roti itu nipis malah rapuh.

Saya pernah dengar TS Khalid pernah berkata kepada seorang YB, "Kalau saya tersalah belanja duit Negeri, apa yang saya nak jawab bila berhadap dengan Allah SWT besok,"

Hampir menitis air-mata dengan berdiri bulu roma bila mendengarnya.

Semoga dilanjutkan usia Tan Sri agar dapat memacu Negeri Selangor menjadi Negeri yang sejahtera, aman makmur seperti selalu Khatib di Negeri Selangor berdoa dan semoga Tan Sri sentiasa berada dalam RahmatNYA. Ameen.

Sedikit sebanyak rakyat naik pening dengan kemelut 'Khalid-Azmin' ni dan sebelum rakyat naik mual setelah diputar-belit oleh Amenu, iainya perlua diselesaikan segera.

Bila TS Khalid berada dalam PAS, Azmin tidak perlu risau atau rasa cuak kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR......kalau berhajat jugak terpaksalah 'talkin'kan amenu dulu ketika itu Pakatan Rakyat akan buat keputusan parti mana yang ada lebih kerusi dan itu pun tertakluk kepada 'consent' Istana.

Rasanya penyokong Azmin tak perlu marah atau turun berdemo mendesak albrangi dipecat dari PAS kerana kita kena jelaskan pandangan kita siapa sebenar musuh politik kita. Musuh kita adalah amenu.

al-brangionline;

Hamba hanya pacal yang hina.