Followers

Friday, 3 January 2014

Nasib si-Ular Tedung bila disergah......alahai...

Ada dua orang pemuda sedang merentasi semak.

Tiba-tiba terserempak dengan seekor ular tedung......pemuda yang memakai baju -T berwarna merah tu menghentakkan kakinya.....lintang pukang ular itu masuk semula ke dalam semak.......tergelak si-mamat itu sambil mengherdik pemuda yang sorang lagi, "Tengok, sekali gempaq aje dah lintang pukang lari...belum pekena buluh lagi...kalau kena kalu membuih keluaq ayat lioq ketakutan."

Tiba-tiba pemuda yang sorang lagi yang memakai baju-T berwarna hitam dengar semacam bunyi berdesis......bila toleh belakang terkejut tengok ular tadi mengembangkan kepalanya sambil menyembur air bisa. Pemuda itu cuba menghentakkan kaki...kot2 ular tu cabut lari.....rupa2nya tidak...bahkan ular itu naik setinggi pinggang dan hampir nak patuk...apa lagi lintang pukang pemuda itu lari dan dikejar oleh ular itu.....setengah mati pemuda itu lari tiba2 ular itu pulak menyusur kebelakang.

Pemuda berbaju merah itu tercenggang sambil bertanya, 'Apa ilmu kau pakai?' 'Oh aku hanya berserah diri pada Allah'

Pemuda berbaju merah itu sempat mencelah, "Aku nampak dompet kau jatuh tadi"

Pemuda berbaju hitam itu sambil meraba poketnya, "Oh ye....dompet ku jatuh,".....apabila pemuda itu pusing belakang sambil mencari dompetnya...tiba-tiba ia nampak ular itu sedang mematuk dompetnya.....ia menghampiri dompet dan ular itu sedikit pun tidak memberi sebarang reaksi walaupun dihentakkan kedua2 kakinya.

Kedua2 pemuda itu berlalu berselisih pulak dengan sorang tua. Orang tua itu kehairanan lalu bertanya, "Kenapa kamu berdua boleh berjalan berdua2an?......kan kamu pakai baju bertulis 'TURUN' dan sorang lagi bertulis 'NAIK"

Pemuda berbaju hitam yang bertulis 'TURUN' sempat jawap,"Kami TURUN bukan untuk GULING sesiapa......tak tahulah yang sorang lagi tu mungkin suka pada sebarang yang NAIK'

Kedua-dua pemuda itu cerita apa yang berlaku kepada orang tua itu. Sambil menggeleng2kan kepala, "Ular itu nak patut kamu kerana darah kamu halal kerana pakai baju 'TURUN'"

Pemuda yang berbaju merah itu bertanya, "Kenapa pulak ular itu tak jadi patuk bila nampak dompet jatuh?"

Orang tua itu jawab, "Itulah ular yang hanya berbau ringgit...ringgit...ringgit"

Orang tua itu mendekati ular tersebut...apa lagi...lintang pukang lari tapi duit di dalam dompet habis ditelannya.

Pemuda berbaju hitam itu kehairanan.

Bila orang tua itu berlalu.....pemuda berbaju merah itu tergelak besar.....hai ular...nasib enkaulah...[sumber .]

al-brangionline:

Kakakakakakakakaaaa