Followers

Tuesday, 28 January 2014

Khalid di'mangsa'kan?, 'Kajang' melipat layu...Anwar masih ber'dengus' kot???


Sebaik saja PRU13 berakhir, Kerajaan Selangor terbentuk dengan kemenangan kepada Pakatan Rakyat setelah BN hanya memenangi 12 kerusi manakala Pakatan Rakyat melalui PAS 15, DAP 15 kerusi dan PKR mendapat 14 kerusi .

Ramai penganalisa politik nampak PAS akan memacu Selangor dan akan perolehi MB PAS yang pertama berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi.

Ada satu 'puak' menyedari hakikat bahawa ia terlepas peluang yang besar nak jadi MB. Maka jari jemari tunding menunding kononnya PAS mengkhiati PKR di Kota Damansara apabila kerusi bertanding bertindih tiga yakni BN, PKR melalui parti 'cap penumbuk' dan PAS dan BN telah menang. 

Ia menjadi hangat setelah tahu keputusan PKR kalah. Kalau PKR menang KD habis cerita. Hilang kisah 'kencing-mengencing'. Pada hal PKR sendiri pun tak tahu sebelum PRU13 berapa kerusi mereka akan dapat, ia menjadi hangat setelah di'andai'kan kalau-kalaulah Kota Damansara menang, kedudukan akan menjadi 15 (walaupun sebelumnya PKR sendiri tak tahu akan dapat 14 kerusi.)

Mereka lupa di Semenyih, parti harapannya di Kota Damansara sendiri telah ikut bertanding menjadikan ia bertindih tiga kerusi BN_PKR dan parti 'cap penumbuk'. PKR juga kecundang di situ. Tapi taklah pulak dikatanya parti 'cap penumbuk' itu 'kencing'kan mereka.

Tindakan PAS dengan sikap berbesar hatinya dan atas semangat setiakawan mencadangkan kepada Istana calon MB iaitu TS Khalid Ibrahim juga turut di sokong oleh DAP memeranjatkan banyak pihak dan bertambahlah parah lagi puak yang meng'idam'kannya.

Setelah beberapa lama pentadbiran berjalan dengan tenang tiba-tiba meletup pulak keputusan kenaikan elaun DUN Selangor, ada yang sokong ada yang tak sokong. Yang tak sokong beri alasan rakyat perlu diutamakan bla...bla...tup...tup bila nama sendiri ter'cicir' dari sebuah konglomerat terbesar di Selangor udah jadi macam perang dunia ketiga.

Pada mulanya big boss masuk campur itu tak betul ini tak ikut prosedur bla...bla dan selepas itu dua orang teraju utama konglomerat itu ter'hantar' balik ke SUK maka bertambah parah lagi keadaan.

Senerio yang nampak seolah2 tiada jalan lain melainkan dengan cara me'mangsarela'kan seseorang. Adun  PKR Kajang sudah meletak jawatan semalam secara mengejut bagi orang awam tapi bagi pemain politik dalaman ia semacam modus operandi seorang peragut. Dulu pernah terjadi di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri, Adun PKR juga telah di'mansarela'kan meletak jawatan untuk memberi laluan pada seseorang. Begitu jugak terjadi di Permatang Pauh.

Saya berpendapat meletakkan siapa saja di Kajang, beri ia bernama Anwar Ibrahim ke, beri ia bernama Rafizi ke itu tidak menyelesaikan masalah. Kita kena korek dan kembali kepada 'ibu' kepada segala masalah.

'Ibu' kepada segala masalah ialah umum sudah tahu iaitu ada orang lain mengidam jawatan Menteri Besar, ye macam ibu muda mengidam nak makan daging rusa beranak tunggal berwarna putih.....adeeeessss susahnya nak cari dan nak dapatkan.

Isunya di sini, adakah penyandang Menteri Besar itu ada cacat cela atau penyelewangan besar berlaku? Apa keperluan dan justifikasi si penyandang di'turun'kan? 

Kekadang pemain politik ini lupa akan undang-undang off-side, sliding tackle bertujuan mencederakan pihak lawan, ungentlemanly conduct dengan menarik baju walaupun ada yang kata itu hanya professional foul.

Secara politiknya, post Menteri Besar Selangor bukanlah post peribadi atau hak individu Ia ditentukan melalui perundingan ketiga-tiga parti dan yang paling penting ia mesti mendapat restu Istana.

Blog ini nampak ketua sesuatu parti di Selangor ada keperluan ditukar. Masalahnya big bos ada berani ka? Lazimnya memanglah mana-mana Ketua parti mana-mana negeri sekalipun yang mana partinya menang majoriti maka ia ada harapan cerah jadi MB dan dalam kes ini PAS dan DAP menang majoriti tapi dengan berbesar hati beri kepada TS Khalid Ibrahim, bukan beri kepada PKR...ini semua mesti ambil maklum.

Sekarang rakyat bertambah matang lebih-lebih lagi dalam keadaan barang keperluan semuanya naik 'kecuali' kangkung. Rakyat sudah mual dengan cakap lain bikin lain...flip flop...kluk klek. Rakyat sudah nak termuntah dengan mainan politik ala-ala kangkung demi melestarikan 'nafsu' besar seseorang.

Secara jujurnya saya redho PR kalah dalam PRK kali ini. Dan jika kalah sungguh pun, PR masih memerintah  Selangor. Biarkan ia jadi satu pengajaran dan kesedaran bahawa keinginan rakyat sentiasa mendahului keinginan peribadi. 

Sesekali terfikir jugak......ntah-ntah big boss sendiri yang kemaruk.....Wallahua'lam.

al-brangionline:

Politik ala-ala kangkung memang memualkan. [sumber .][ sumber .][ sumber .]