Followers

Thursday, 16 January 2014

Azmin kena 'lenggang - kangkung'?

Umum semua sudah tahu Azmin dihantar surat yang dengan sendiri menerangkan maksudnya bahawa dia tidak senang cerita tidak lagi jagi Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Ada orang kata TS Khalid 'buat' begitu kerana nak kurangkan pengaruh Azmin menjelang pemilihan PKR nanti. Ada orang kata Khalid akan bertanding Timbalan Presiden.

Tapi blog ini rasa tak mungkin Khalid buat tindakan se'cerdik' begitu kerana dengan tindakan begitu lagilah Azmin mendapat sokongan atas dasar simpati.

Anwar pulak keluar kenyataan yang semua orang nampak semacam nak jaga hati penyokong Azmin. Cuma apa yang blog ini nak komen kenyataan Anwar yang kata kembalikan kedudukan Azmin dalam PKNS atau dalam bahasa mudah jangan singkir Azmin kerana kata Anwar hanya EXCO gan Menteri Besar sahaja boleh buat lagu tu. [sumber .]

Yang peliknya  PKNS kata [seperti DI SINI ] keputusan me'nyingkir'kan Azmin adalah dibuat oleh EXCO selaras dengan Mesyuarat EXCO pada 13 November 2012 dan disahkan pada 4 Disember 2013.Blog ini pun rasa macam tak munasabah Anwar tak tahu atau hanya semata nak jaga hati Azmin dan penyokong Azmin?

Blog ini jadi makin bertambah celaru bila TS Khalid sendiri kata keputusan penyingkiran Azmin ialah datang dari arahan Pengurus Besar PKNS sendiri seperti DI SINI .

Walau apapun blog ini berpendapat kenyataan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang berkata berdasarkan surat bertarikh 8 Januari 2013 yang dibuat selaras dengan Mesyuarat EXCO pada 13 November 2013 dan disahkan pada 4 Disember 2013 bolehlah kita faham Azmin ter'singkir' secara sah.

Apa-apa pun hak prerogative terletak di tangan Menteri Besar untuk menyingkir atau mengekalkan sesiapa.

Selepas ini 'Lenggang kangkung' mungkin dinyanyikan oleh puak amenu pulak.

al-brangionline;

Kangkung goreng kicap pun sedap jugak.....kena pulak dengan nasi panas.....pheeewwwww.