Followers

Sunday, 19 January 2014

Azmin janganlah buat 'cerdik-bagak'; nasib MB Selangor bukan di tangannya


PKR Selangor bergolak. Blog ini merasakan ini bukan masalah Azmin dengan TS Khalid, ni masalah jawatan Menteri Besar itu sendiri.

Umum telah tahu sebaik selesai PRU13 lalu, Azmin telah men'terbeliak'kan matanya pada jawatan itu. Tapi yang men'terencat'kannya ialah PKR hanya dapat 14 kerusi kurang 1 kerusi dari PAS. PAS berjaya dapat 15 kerusi manakala DAP pun dapat 15 kerusi dan BN selaku pembankang dapat 12 kerusi.

Di mana-mana negara sekalipun mana-mana parti politik yang berjaya dapat majoriti walapun hanya dengan 1 kerusi berhak serta layak untuk disyorkan kepada Dewan dan dalam kes ini kepada Sultan untuk mendapa jawatan MB.

Tapi PAS dengan semangat setiakawan berbesar hati mengesyorkan kepada Sultan nama TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini didasarkan diatas kecemerlang TS Khalid memacu Selangor sepenggal yang lalu.

Setelah Azmin di'singkir' dari Lembaga Pengarah PKNS, per'seteruan' Azmin-Khalid tidak boleh diselindungkan lagi dan ada desas desus Khalid akan disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Setahu saya penyingkiran Menteri Besar bukan terletak kepada sorang dua individu dalam PKR hatta di tangan Azmin sendiri selaku Ketua PKR Negeri Selangor. Ia melibatkan restu dari Istana dan Pakatan Rakyat. Kalau ikut 'sifir' matematik mudah PAS lebih layak mengesyorkan calonnya yang baru atau kekalkan TS Khalid sekalipun PKR Selangor mem'benci'nya kepada Istana.

Teringin atau tak teringin sekalipun jawatan Menteri Besar, Azmin dan orangnya tidak boleh buat kerja 'gila'.

Nasib baik PRU14 jauh lagi, kalau tidak UMNO/BN Selangor akan sekali lagi mendendangkan...'Lenggang-lenggang Kangkung'.


al-brangionline;

Kekadang terlupa pulak kita ni dalam Pakatan Rakyat bukannya parti sendiri......[sumber .]