Followers

Monday, 13 January 2014

Antara 'furadan', 'kencing' dan kangkung......mamai 'menyerap' ke hotak

Kata orang kalau nak bunuh ulat daun kita boleh campur sedikit 'furadan' dan digembur dengan tanah di sekeliling pokok.

Dan hasilnya kita akan tengok pokok membesar dengan daun menghijau jauh dari 'anasir' tak diundang.

Tetapi 'furadan boleh membunuh ala-ala kejamlah jugak. Baru-baru ni satu kolam ikan dalam kolam sahabat habis 'licin' disapu bersih oleh sang biawak. Saya diberitahu oleh sahabat yang lain senang je kaedah nak meng'hapus' sang biawak dengan hanya letak sesudu 'furadan' ke dalam perut ayam.....bila sang biawak datang maka itulah merupakan 'hidangan'nnya yang terakhir.

Begitulah perana 'furadan' ia boleh jadi ubat dan dalam masa yang sama ia boleh jadi racun......kepala hotak anda mungkin sudah lama terserap 'furadan' sebab tu anda tak terasa apa-apa lagi bila amenu mem'furadan'kan kepala hotak anda.

Manakala kencing.....adesss mesti ada yang kembang liur menyumpah2 apalah teruknya blog ini guna istilah najis.....kasar dan tak beradab. Itulah hakikatnya.....ramai orang boleh menerima kalau kencing dikatakan najis. Kalau pakaian dan tempat sujud kena najis mesti cepat-cepat menakar pakaian lain. Tapi adakah anda sedar kepala hotak anda saban hari di'kencing' dengan kenyataan 'Cap ayam'? Anda tak dapat nak berfikir dan bertindak apabila amenu saban hari 'kencing'kan anda.

Semalam stesyen penyiar paling 'muktabar' dan siangnya kitab paling 'muktabar' kebanyakan orang Melayu mengeluarkan perihal fadhilat 'kangkung'. Sekali lagi sesetengah anda akan di'bebal'kan dengan kangkung hingga kepala hotak ber'toksin'kan kangkung lalu bertindak pun ala-ala si bapak Propesior 'Kangkung'. [sumber .]

al-brangionline:

Lenggang si-lenggang kangkung
Ramai sudah jadi 'mengong'