Followers

Wednesday, 29 January 2014

'AGENDA' dalam 'agenda' sebenarnya berlaku di Kajang?


Tanpa segan dan silu, tanpa berselindung lagi Anwar bakal dicalon dalam PRK N25 DUN Kajang nanti

Hangpa percaya ka?

Pemimpin yang dikatakan bertaraf dunia ini bila-bila masa boleh buat U-turn. Bila ini terjadi namanya akan 'bersih' kembali, maka isu kenapa DUN Kajang dikosongkan tak semena ghaib bersama asap sate di Kajang.

Diandaikan kalah, pun orang yang bertaraf dunia boleh dabik dada..."chek dah cakap.....calon low class..."...haha sekali lagi aroma sate menutup agenda sebenar.

Diandaikan benarlah pemimpin bertaraf dunia itu bertanding. Apa akan tejadi?

Kalau kalah.....tak payahlah diulas, pergilah tengok kartun Upin n Ipin "Pengembala dan biri-biri."...budak-budak Tadika Kemas pun boleh baca.

Saya hanya syiok nak bincang kalau pemimpin bertaraf dunia tu menang.

Adakah TS Khalid kekal jadi Menteri Besar atau pun 'Big Boss' sendiri atau pun Azmin?

TS Khalid kata dia akan berhenti bila dia rasa nak berhenti tanpa desakan.

'Big Boss' kata dia tak nak...itu hanya spekulasi. Beliau bertanding pun kononnya nak jaga Selangor kala-kalau Najib di'tumbang'kan sesama Umno kata pakar strateginya.

Hangpa boleh percaya ka?

Azmin pulak bagaimana?.....Hanpa buatlah perhitungan sendiri...dia nak ke...dia ta nak ke...itu tak jadi soal.
Ada orang tanya kalau Azmin jadi MB, Khalid dengan 'Big Boss' nak bagi Exco apa?......ahhhh tu tak payah tanyalah.....

Yang jadi soalnya jawatan Menteri Besar nih milik siapa?
Kenapa DUN Kajang dikosongkan tak semena2.
Kemelut di PKNS tu hanya selingan keroncong di tengah malam buat sedap halwa telinga saja.
Kalaulah betul pun takkan hala dalam 'seluaq dalam' PKR...rakyat kena basuh?...tak pasai.

Jadinya, jawatan MB ni milik PKR sorang ke?.....habis tu PAS dan DAP ni jadi pak pacak tak dak 'say' langsung ke? Hinggakan ada dengar dari suara Mak Cik Lebar Daun dari daerah Jin Bertandang kata, PAS dan DAP jangan menyibuk dalam urusan memilih MB.....kikikikiki...Tak pa kita paham sebab Mak Cik Lebar Daun ni mana reti berpolitik setakat AJK Persatuan Kompang je.

Berbalik kepada jawatan MB tadi.....habis tu takkan hantu jadi MB?

Selebihnya hanpa fikirlah sendiri.

PAS fikirlah semasak2nya apa untung nasib PAS menjelang PRU14 nanti khususnya di Selangor.

al-brangionline:

Kekadang tajuk posting menggambarkan sesuatu tersirat.