Followers

Wednesday, 8 January 2014

100 ekor unta tanda sayang?.....biar betul 'Lahab'......



Ada sorang sahabat perli, "Tak hafal2 lagi ke?"

Perli ini sentiasa didengar setiap kali ada Majlis Marhaban ketika sahabat-sahabat buat Majlis Aqiqah.

Sesekali terasa nak bagi 'left-hook-undercut' je.....tapi tak sampai hati.....nanti hilang pulak mood makan kambing.

Memang Salawat ke atas Nabi SAW dianjurkan oleh Nabi SAW sendiri malah diarah oleh Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 56: " Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar-benarnya salam."

Diri ini hanya mampu berselawat ke atas Nabi SAW tapi tidaklah selunak macam si Qari...berlagu-lagu mendayu-dayu.....sekurang-kurangnya diri ini tidak melawan Syariat yang dibawa oleh Nabi SAW.

Mereka yang kononnya 'hafal' setiap patah dalam 'Marhaban' dengan suara lunak bergema malah berarak megah berSelawat......sebahagiannyalah jualah yang 'menentang' syariat yang dibawa oleh Nabi SAW.

Semasa Nabi SAW dilahirkan ke dunia, punyalah gembira pamannya Abu Lahab sehingga pamannya ber'korban' 100 ekor unta tapi akhirnya Abu Lahab itulah jugak orangnya yang menentang Syariat Nabi SAW.

Jadilah Selawat sebagai ibadat bukannya adat.

al-brangionline:

Ya Rasulullah SAW, Syafaat mu kami tagih.