Followers

Saturday, 30 November 2013

Apa punya 'silap mata' Anuar, Azmin dan Khalid ni?.....tak pe, PRU14 lambat lagi kan

Blog ini dulu beri tabik spring pada TS Khalid yang pulang balik duit bonus 'ribu-riban' keuntungan PKNS.
Blog ini juga mendahului pimpinan tertinggi PAS mengsyorkan TS Khalid ni jadi Menteri Besar selepas PRU13 walaupun ikut buku politik mana sekalipun parti yang menang majoriti (walau pun 1 kerusi) akan angkat sumpah jadi MB memandangkan prestasi beliau yang cemerlang dalam urus tadbir Selangor.
Beliau banyak dipuji kerana belanja ikut keperluan walaupun rezab cash mencecah RM2.0 billion lebih.

Sekarang bukan nak kata TS Khalid udah tak bagus tapi menaikkan elaun Adun, EXCO, Speaker dan MB 'melambung' tinggi amat mengejutkan.

Betul Wakil Rakyat banyak habis duit untuk rakyat.....tapi ada orang cadangkan kenapa tak naikkan wang peruntukan wakil rakyat dari RM500,000 kepada yang sepatutnya?

Sekarang bila rakyat sudah bising, Anwar dan Azmin sudah nampak kalut, namun TS tetap ber'tegas' dengan keputusan Dewan. TS Khalid kata sapa tak setuju dengan kenaikan bolehlah sumbang kepada badan kebajikan.

Anwar terpaksalah 'reka' satu 'silap mata'......pulangkan 20% dari kenaikan elaun yang bersamaan lebih kurang RM1000.00 kepada tabung persekolahan.

Kalau boleh suap nasi kemulut ikut depan kenapa bersusahpayah melengkar tangan ikut belakan kepala untuk suap ke mulut yang sama? [sumber .]

al-brangionline:

Blog ini tetap anggap ini satu 'blunder' dari TS Khalid.

p/s Tak payah tunggu banyak 'blunder' untuk sesuatu negeri 'tumbang'......cukuplah sekadar 5 'blunder'......tak pe masih ada 4 lagi

Friday, 29 November 2013

Ku sangka 'enak' hingga ke petang rupanya 'basi' di tengahari

!!!!!PECAH BERITA : Adik itu menafi pulak berita "ops ragut'......kali ini berita dan penceritaannya jadi lebih panas......sila ikuti DI SINI ......al-brangionline: .....serabut.....

____________________________________________________________________________

Blog ini pernah buat satu posting bertajuk " Tolong jangan ganggu kami.....kami bahagia " pada 22/5/2013 dulu.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari......hayat jodohnya hanya setahun saja......rupa-rupanya berkahwin awal seusia 12 tahun ada "udang di bawah mee...ada peragut di belakang kereta" rupa2nya.

Adik perempuan yang malang itu rupa2nya telah di laksanakan "ops ragut" oleh 2 orang 'peragut' termasuk 'peragut' yang menikahinya secara kelulusan khas bernikah di bawah umur.

Selanjutnya sila baca DI SINI .

Penyakit sosial.....hanya mereka yang mengimani pesanan AlQuran saja yang yakin dengan hukum Maha Pencipta, Allah SWT.

Kepada si 'anak'(perempuan), banyak bersabar.....perjalanan masih panjang...dekatilah ajaran Islam, InsyaAllah anda selamat.

Kepada si 'anak' ( lelaki.)....insafilah...pintu taubat sentiasa terbuka sebelum terlambat

al-brangionline:

Dunia sudah di penghujung......

Wednesday, 27 November 2013

Papa Gomo nyorok kat mana?.....Waran tangkap menjejakinya

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya;Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya,;Bellina Omar Sharifuddin Chin;supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka;Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan;Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian. ' [sumber .]

al-brangionline:

Tidak lari gunung dikejar
Hilang kabus nampaklah ia,
Tidak lari papa gomo di'kejar
Kering peluh jelmalah ia

Cakap bukan sebarang cakap
Cakap dari mulut si gagap
Tangkap bukan sebarang tangkap
Tangkap nak ikat masuk ke lokap

Tuesday, 26 November 2013

Calon KP PAS yang kalah, Zulhazmi Sharif.cadang Husam jadi PJ Kelantan...kenapa?...jom...

Saya tidak mahu masuk campur cadangan orang bijak pandai.....sudah tentu dia memang mendalami apa yang berlaku di Kelantan luar dan dalam. Sudah pasti dia lagi bijak dengan percaturan politik Kelantan walaupun dia duduk di Kuala Lumpur.

Saya hanya memanjangkan saja cadangan Zulhazmi Sharif (calon Ketua Pemuda yang tewas) agar Husam dilantik jadi Persuruhjaya PAS Negeri Kelantan di blog ini.

Buat masa sekarang Persuruhjaya PAS Kelantan di pegang oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Persuruhjaya I dipegang oleh Menteri Besar manakala HUsam pegang Persuruhjaya II diikuti Nik Amar sebagai Persuruhjaya III.

Walau pun tidak semestinya siapa jadi PJ dia jugak mesti jadi MB atau pun exco tetapi lazimnya siapa jadi Persuruhjaya dialah jadi MB atau paling tidak jadi EXCO.

Ada orang kata bila Husam di'pinggir'kan dari jemaah EXCO Kelantan bermakna bermulanya kehakisan keyakinan pengundi Kelantan yang boleh mengakibatkan Kelantan akan dirampas oleh Umno dalam PRU14 akan datang.....itu hanya andaian.....ia boleh jugak berlaku sebaliknya...pun itu jugak andaian.

Hanya TG Nik Aziz dan keseluruhan jemaah pimpinan Negeri Kelantan yang tahu apa letak duduk keadaan sebenarnya dalam kes Husam ter'cicir' dan hampir-hampir Husam tewas kepada Mahfuz dalam saingan pertandingan jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar yang baru berlalu di hujung minggu.

Ahli, penyokong dan pendokong PAS di luar Kelantan masih lagi kabur dalam isu Husam yang hanya 'Sekadar diPinggiran' dalam PAS Kelantan.

Jadi saya rasa sudah tentu pihak yang mencadang itu sudah buat 'homework' menyelami hati budi rakyat Kelantan kerana saya yakin sebagai seorang peguam beliau tidak membuat sebarang cadangan dengan emosi. [sumber .]

al-brangionline:

Mungkin selepas ini akan ada cadangan si anu...si anu jadi Menteri Besar pulak......

p/s sekurang2nya taklah macam yang kat Tanjung tuh....siap ugut nak keluar Pakatan Rakyat....mampuih habaq hang

Friday, 22 November 2013

Kak Ijat tak leh 'jegil' kat lembu tau.....terimalah ia sebagai satu ketentuanNya


Kak Ijat tak boleh marah pada lembu.....apatah lagi boikot daging lembu...nanti bila tiba musim haji nak buat korban kan?

Walau pun kambing dibolehkan tapi rakyat Malaysia sudah serasi dengan lembu.

Kak Ijat tak boleh 'jegil' atau marah pada CEO NFC kerana gagal batal dua tuduhan pecah amanah sebanyak RM49.7 juta......seperti DI SINI kerana tempat jatuh lagi dikenang.....inikan pula tempat bermanja-manja......terimalah ia sebagai ketentuanNYA.

Kak Ijat tak boleh singsing lengan baju apatah lagi selak kain......kena pulak kalau kain warna merah, lagi mengamuk lembu-lembu tu.

Kak Ijat patut bersyukur kerana terpilih lagi jadi Ketua Wanita Umno walaupun 'lembu-lembu' sibuk memberi 'senyuman sinis' kepada perwakilan..

al-brangionline:

.....mboh.....mboh.....mboh

Thursday, 21 November 2013

Kalau calon dalam radar sendiri tak ada, calon2 yang lain dikatakan cai Umno.....weh ngko tu bukan datang dari tut...tut...Umno?

Pada masa posting ini ditulis, Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat sedang berjalan. Dan besok akan diadakan Muktamar PAS Pusat serta ada pemilihan.

Blog dan FB kepunyaan al-brangionline tidak pernah promosi calon secara direct tapi pernah hantar posting berkaitan kaedah pemilhan pemimpin serta fikrah yang perlu dimiliki oleh pemimpin yang akan dipilih.

Terpulang ke atas kebijaksanaan perwakilan untuk memilih pemimpin dan setiap pemilihan akan dipertanggungjawabkan kepada Allah SWT.

Tiba-tiba ada sorang blogger tu memberi gelaran budaya 'CAI-Umno' telah meresap dalam PAS kerana semata-mata pengedaran senarai calon-calon yang mungkin bukan dalam radarnya barangkali. Atau adakah kerana semata-mata ada sorang calon tiada ditonjolkan melalui 'hand-bill' dan sebagainya.......

Semenjak bila pulak PAS mesti ikut 'telunjuk' mana-mana 'macai'?

Mungkin posting dari Blog ini boleh dibaca untuk buat penilaian sendiri.

al-brangionline:

Jangan lupa, sesetengah tu bukan jer jadi 'macai' umno'.....malah memang lahir atau keluar dari .....tut...tut...umno......ingat sikit....

Tuesday, 19 November 2013

Hajat besar Fauzi Tahir lawan TGHA terbantut......kenapa?


Fauzi Tahir berhajat nak lawan TGHA sebagai Presiden PAS dalam Muktamar ke59 nanti dan selaku YDP Kawasan Padang Serai memohon AJK Kawasannya mencalonkannya sebagai Presiden kerana bertujuan

1. Membuktikan demokrasi hidup subur dalam PAS

2. Membuktikan pemimpin bukan maksum dalam PAS

Oleh kerana mengikut peraturan mesti ada 2 pencalonan maka hajatnya terbantut......maka tak dapatlah dia buktikan bahawa demokrasi subur dan pemimpin bukan maksum dalam PAS.

Cer buktikan melalui ilmu hisab.....atau melalui ujikaji makmal ke atau cara 'silap-mata' ka......[sumber .]

al-brangionline:

Cara ilmu hisab rasanya cara terbaik.....termasuk hisab diri sendiri.....habaq hang....huhu...

Monday, 18 November 2013

Terkini: Tun di IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN Selepas Mengadu Sakit Dada
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin selepas mengadu sakit dada. - BERNAMA
al-brangionline:

Semoga Tun cepat sembuh.

p/s

Peringatan untuk kita semua akan pesanan Rasulullah SAW marhumnya:

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

1. Muda sebelum tua
2. Sihat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sibuk
5. Hidup sebelum mati

Saturday, 16 November 2013

Pemilihan Pimpinan : Fikrah yang jelas menjadi keutamaan

"
bukan kerana ia sorang ulamak atau bukan kerana ia seorang professional/teknokrat.....pokoknya fikrah mau jelas....pemimpin datang dan pergi...ramai yg tercicir dek fikrah masih kabur
PEMILIHAN PIMPINAN : FIKRAH YANG JELAS MENJADI KEUTAMAAN

Di dalam kehangatan Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi, suka untuk saya lontarkan sedikit pandangan.

Di dalam Rukun Baiah yang telah disusun oleh Imam Hassan al Banna meletakkan “al Fahmu” iaitu kefahaman sebagai elemen paling utama sebagai seorang ahli gerakan Islam. Syeikh Muhammad Abdullah Khatib yang menyusun Kitab Risalah Ta’lim (Imam Hassan al Banna) menyatakan kenapa kefahaman dan fikrah yang jelas menjadi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lain, beliau menyatakan :

“Faktor yang mencerai beraikan kaum muslimin dan menjadikan mereka berpecah belah dan berpuak puak ialah perselisihan dalam memahami Islam dan Aqidahnya”

Maka Imam Hassan al Banna mengutamakan “kefahaman” dan fikrah yang jelas sebagai kriteria pertama dan utama bagi seorang ahli gerakan Islam. Syeikh Muhammad Abdullah Khatib menyatakan lagi;

“Justeru, Imam Hassan al Banna sangat prihatin terhadap kefahaman yang sebenar dan menjadikannya sebagai rukun yang pertama dan menetapkannya sebagai salah satu prinsip dua puluh, sebagai lingkungan yang dapat memelihara Islam daripada tersilap dan terseleweng. Jika kefahaman ini tidak dijadikan salah satu rukun bai’ah, nescaya akan muncul dalam Jamaah Ikhwan Muslimin “madrasah pemikiran” yang pelbagai dan tidak menjadi jamaah (organisasi) yang satu.

Kita tidak menafikan beberapa kenyataan yang mengatakan “kita mesti mengangkat mereka yang buat kerja dan “terkenal” dengan kerjanya”. Ya, benar. Ia merupakan salah satu keutamaan. Namun, Imam Hassan al Banna meletakkan rukun “amal” (bekerja) pada tahap ketiga.

Iaitu dimulai dengan faham, ikhlas dan amal.

Hari ini ramai yang tersilap faham, iaitu dengan mengutamakan “amal” (bekerja) berbanding dengan faham dan ikhlas. Mereka melihat orang yang selalu tersiar mukanya di dalam akhbar, merupakan orang yang kuat bekerja dan mesti diletakkan sebagai barisan hadapan. Hakikatnya Imam Hassan al Banna meletakkan keutamaan pada faham dan ikhlas, kemudian baru amal.

Sesuatu amal (pekerjaan) seseorang itu akan tercacat sekiranya dilakukan tanpa kefahaman yang jelas, dan keikhlasan yang tidak seberapa.

Antara kesilapan besar, apabila meletakkan seseorang di barisan hadapan bukan kerana kerjanya, bukan kerana kefahamannya, bukan kerana keikhlasannya, tetapi kerana kemasyhurannya, dan kekerapan wajahnya tersiar di akhbar.

Saya tidaklah menunding jari atau melabel mana-mana calon sebagai “fikrah tak jelas” atau “fikrah merapu”. Akan tetapi saya mengetengahkan ulasan yang bersifat umum. Para perwakilan berhak menilainya sendiri.

Apabila ada yang bertanya, “mengapa enta menggunakan kalam Imam Hassan al Banna sebagai hujah?”.

Maka saya menjawab, beliau adalah tokoh gerakan Islam yang dikenali. PAS sebagai sebuah gerakan Islam, maka wajarlah menjadikan tokoh gerakan Islam sebagai contoh. Menjadi satu kecacatan apabila sebuah gerakan Islam itu meletakkan Karl Marx sebagai contoh, ataupun mengetengahkan pemikiran pemikiran mereka.

Saya tidak berhujah dengan “rasional” atau kalam kalam pemikir barat. Tetapi saya mengetengahkan kalam kalam pemikir Islam. Bahkan buku Risalah Ta’lim juga menjadi salah satu manhaj bagi tarbiah PAS sejak sekian lama.

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
Ahli Jawatankuasa
Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis 
PAS Perak "

al-brangionline:

Siiru 'Ala Barokatillah

Karpal yang Autar dan memang Autar.....sila terjah!!!!!


Karpal telah ber'tukar' menjadi Auta.

Kalau baru2 ni Lim Kit Siang terkedu nak bela Karpal lawyer yang 'loyar'.....sekarang apa pulak Lim Kit Siang nak berdalih lagi dengan bukti terbaru bahawa Karpal lawyer yang 'loyar' itu memang betul-betul auta?

Sila rujuk kepada kedua2 kenyataan DI SINI dan DI SINI .

Jangan autarlah.....mangsakan tebuan tak keluar dari sarang kalau Karpal tak 'jolok'......huhu...autar ya autar.

al-brangionline:

Calo...calo...calo...nahi...nahi...nahi

Friday, 15 November 2013

Muktamar yang ditunggu2 oleh 'lawan' dan 'kawan'.

Muktamar PAS ke 59, siapa yang patut dipilih?

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Lebih kurang 2 minggu dari sekarang, pada tarikh 22-24 November 2013 ini, Stadium Melawati Shah Alam akan menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara. Muktamar Agong PAS yang akan menjangkau kali ke 59 bakal berlangsung dengan agenda utama yang menjadi fokus hangat di pihak kawan atau lawan adalah pemilihan kepimpinan baru PAS Pusat bagi sesi 2013/2015, samada di peringkat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serta Jawatankuasa PAS Pusat. Persoalan yang akan terjawab di sana nanti adalah, bagaimana rupa bentuk saf baru yang akan menerajui sebuah Parti Islam paling berpengalaman dalam kancah dakwah, tarbiyah dan politik di peringkat dunia seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Sebagai seorang ahli PAS, izinkan saya membuat beberapa analogi tentang bagaimana bentuk rupa kepimpinan yang menjadi hasrat saya:

Yang pertama, saya ditarbiyah dan diasuh bahawa individu yang menyertai sesuatu parti, gerakan atau pertubuhan adalah kerana beberapa sebab antaranya, kerana ikut-ikutan, berhajatkan jawatan serta kedudukan, kerana nak marah kepada pihak yang satu lagi maka dia masuk gerakan ini, kerana harta atau kerana kefahaman yang mendalam tentang dasar dan prinsip perjuangan.

Saya menyertai PAS kerana kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang dasar dan matlamat perjuangan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Maka tentunya saya juga menginginkan ianya dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar faham tetapi sanggup melakukan yang terbaik demi memperjuangkan apa yang kita yakini.

Yang kedua, saya diajar dengan ungkapan bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu baik tetapi perlu juga kelihatan baik disebabkan kewujudannya di dalam saf kepimpinan adalah bagi membawa mesej kebaikan yang diperjuangkan parti. Apa yang dibawa dan watak yang diolah oleh seseorang pemimpin bakal mencerminkan apa yang dipimpinnya.

Yang ketiga, saya juga diajar bahawa menyertai perjuangan Islam bagaikan kita menaiki sebuah bahtera menempuh perjalanan yang sangat jauh merendah ombak, angin serta gelombang di lautan yang sangat luas. Dikepalai oleh seorang nakhoda, bahtera yang diberi nama PAS ini telah 59 tahun berjaya mengharungi badai walaupun hujung perjalanannya masih jauh. Kita bersabar di sini kerana inilah sunnah perjalanan sebuah perjuangan. 

Memang bukan semua keputusan yang diputuskan oleh nakhoda dalam pelayaran ini kita persetujui, tetapi jangan pula kita tebuk kapal kerana tak bersetuju dengan nakhoda. Saya inginkan seorang pemimpin yang dipilih nanti adalah mereka yang boleh bersabar menempuh pelayaran ini dan sanggup memberikan wala’ dan kepercayaan kepada nakhoda yang sedia ada untuk terus memegang kemudi pelayaran. Dengan izin Allah, bahtera kita akan selamat. 

Tak lupa juga, semestinya seorang pemimpin yang nak belayar bersama bahtera PAS ini mesti tahan mabuk laut. Kalau mabuk sekalipun, jangan terjun ke dalam laut, nanti kita akan lemas keseorangan. Jangan pula ada pemimpin yang mabuk laut lalu minta supaya dihantar balik semula ke darat.

Yang keempat, saya inginkan agar seseorang pemimpin yang dipilih nanti bukanlah seperti beruang dengan tuannya. Kita boleh letak berbagai alasan bahawa kita melakukan itu dan ini, bercakap begitu dan begini, mengeluarkan kenyataan di sana dan di sini dengan alasan kerana kita sayang kepada parti dan ingin melihat parti ini terus relevan dengan arus masa tetapi saya tidak inginkan seorang pemimpin yang menjadi beruang yang menampar muka tuannya hanya kerana nak menghalau seekor lalat yang hinggap di pipi tuannya yang disayangi. Hasilnya, luka berdarahlah muka tuannya walaupun tamparan itu adalah kerana naluri sayang!

Yang kelima, saya inginkan seseorang pemimpin yang dipilih nanti adalah mereka yang mampu mendukung hasrat dan cita-cita parti. Kita mungkin mempunyai pandangan tersendiri dalam sesuatu isu atau perkara tetapi apabila parti kita telah menetapkan sesuatu ‘stand’ atas sesuatu isu, maka wajib ianya disokong, didokong dan dipertahankan. Tak boleh lagi kita bawa pandangan sendiri.

Yang keenam, belajar dari sejarah pahit yang dialami tentera Itali dalam Perang Dunia Yang Pertama. Walaupun mereka tampil di medan perang sebagai tentera yang berbekalkan kelengkapan yang paling canggih ketika itu, tetapi armada Itali telah dikalahkan dengan teruk. Antara puncanya adalah kerana ketiadaan sifat ketaatan kepada komander mereka sendiri. Komander armada kita adalah Presiden yang wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh melakukan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah serta tidak mengambil apa-apa tindakan dan keputusan yang boleh meruntuhkan perjuangan. Kalau dalam sesuatu keadaan kita merasakan bahawa pandangan kita betul tetapi dalam masa yang sama pandangan Komander kita juga betul, maka wajib ketika itu untuk kita mematuhi pandangan Komander. Ini dinamakan disiplin! Saya menginginkan seorang pemimimpin yang berdisiplin!

Yang ketujuh, PAS adalah parti massa. Kekuatannya di peringkat akar umbi dengan akarnya yang menjalar jauh ke dalam masyarakat membetuk akar tunjang dan rambu yang menahan teguh pohon perjuangan ini. Di sinilah kekuatan kita. Pemimpin tak boleh selesa berada di pucuk yang tinggi di awangan, membina kehidupan peribadi yang terpisah dari akar kerana kalau tercabut akar, maka pucuk juga akan layu, kekeringan lalu gugur. Pemimpin yang dipilih perlu mampu untuk berada bersama ahli, memberikan bimbingan dan taujihat serta menyantuni susah senang mereka kerana hakikatnya ahli bawahan adalah mereka yang tak mengharapkan apa-apa dalam perjuangan ini selain dari redha Allah.

Dr. Azman Ibrahim adalah ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Terengganu.

al-brangionline:

Semoga perwakilan dapat menunaikan satu amanah besar dalam memilih pemimpin.

"Siiru 'Ala Barakatillah"

Wednesday, 13 November 2013

Biar jadi "Raja Libas", jangan jadi "Raja Kebas".....huhu......

Jangan ambik gula berlebihan.....perihatin bunyinya.....nanti kena kencing manis.....lunak bunyinya.....penyelarasan harga gula kononnya satu keperluan.....waduh ekonomi bunyinya.....apa yang komer faham?.....haha.....naik harga atau subsidi dikurangkan?

Sekarang pulak 'BERAS'......dalam beras ada 'GULA'.....kalau makan nasi berlebihan pun akibatnya sama seperti makan gula berlebihan.....tapi yang pasti akhirnya 'BERAS' akan jadi sama seperti 'GULA'......komer percaya ke idak nih?.....sila baca DI SINI .

KalauTan Sri Robert Kuok digelar "Raja Gula"......sapa pulak jadi "Raja Beras"???

al-brangionline:

Biar jadi "Raja Libas" macam Adnan Saidin (legenda sepaktakraw).....jangan jadi "Raja Kebas"

Monday, 11 November 2013

'Sengket' sangatlah ngko Khalid.....sumber dari adik beradik Umno dijadikan hujah....

Tidak dapat dinafikan wujudnya 'krisis' dalaman dalam PAS Kedah......tetapi itu bukannya 'sole factor' yang menyumbangkan ter'sungkur'nya PR Kedah kepada Umno/BN dalam PRU13.

Ngko sendiri pun tahukan apa yang Umno buat kat Kedah.......yang tu adik beradik ngko tak cerita ke?

Selaku AJK PAS Pusat dan ahli politik yang berpengalaman....takkan ambik sumber berita dari adik beradik yang totok Umno untuk buat tohmahan yang boleh bikin pengikut ngko meleleh air liur percaya kat ngko.

Kalau nak serang pimpinan PAS sekalipun.....berhujahlah secara gentleman dengan fakta...bukannya auta...cakap terang2, sapa dia pimpinan yang ada usaha nak bawak keluar PAS dari Pakatan Rakyat...jangan wujud satu persepsi kalau ya pun nak berkempen jawatan sendiri dan jawatan member se 'aliran'. [sumber .]

al-brangionline:

Dah masak dengan karenah ngko.....
_________________________________________________________________

Jangan khianati pengundi kata Khalid Samad

Zefry Dahalan
 | November 11, 2013
Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.
SEREMBAN: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan kepimpinan PAS dalam apa jua peringkat agar tidak mengkhianati pengundi dan jangan lupa amanah rakyat yang menyokong mereka.
Merujuk kepada kemenangan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah, Khalid dalam sebuah program ceramah Anjuran PAS Seremban malam kelmarin berkata masalah dalaman PAS di Kedah menyebabkan PAS kalah banyak kerusi di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lepas.
“Di negeri lain PAS gaduh (lawan) dengan Umno. Tetapi di Kedah, PAS gaduh dengan PAS.
“Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.
“Walaubagaimanapun PAS mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman kekalahan di Kedah (kehilangan negeri Kedah kepada Barisan
Nasional pada PRU-13) itu dan faktor utama kemenangan PAS di Sungai Limau ialah apabila kepimpinan dan ahli PAS di semua peringkat bekerja bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa masalah dalaman sudah selesai dan PAS tetap kuat.
“Apa jua masalah, jangan khianati pengundi, jangan lupa amanah rakyat.” kata Khalid.
Khalid juga berkongsi maklumat yang beliau terima daripada adik lelaki beliau yang sebelum itu mendapat maklumat itu daripada abang beliau Tan Sri Shahrir Samad yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru (Barisan Nasional).
Usaha bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat
“Pada Hari Raya pertama abang saya Shahrir balik beraya ke rumah emak saya. Salah seorang adik lelaki saya bertanya kepada Shahrir bagaimana lanskap politik pada PRU-14 nanti.
“Shahrir memberitahu adik saya bahawa pada PRU-14, semuanya bergantung pada PAS.
“Shahrir berkata ada golongan dalam PAS nak bawa keluar PAS dari Pakatan Rakyat,” ujar Khalid.
Khalid berkata jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, Umno akan selamat.
“Kalau kita perhatikan sekarang PAS dan DAP sering dilaga-lagakan. Kenyataan media sering diputarbelit.
“Sebenarnya Umno gelisah apabila formula beberapa parti bersatu dalam satu gabungan bukan milik Barisan Nasional sahaja.
“Kita berjaya membentuk satu gabungan dan memerintah bersama. Negeri Selangor merupakan model kerajaan Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang seimbang.
“Pada PRU-12 tahun 2008, PAS memenangi lapan kerusi DUN, DAP 13 dan PKR 15.
“Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan cemerlang.
“Maka kali ini rakyat Selangor memberi sokongan yang lebih jitu kepada Pakatan Rakyat dan hasilnya kali ini (PRU-13), PAS menambah dari lapan kerusi DUN kepada 15 kerusi, DAP 15 kerusi dan PKR 14 kerusi.
“Keadaan inilah yang membuatkan Umno runsing sekarang.
“Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, ia tidak akan beri kesan di Kelantan kerana di Kelantan ianya boleh dikatakan kerajaan negeri PAS. Begitu juga di Terengganu jika PAS berjaya bentuk kerajaan negeri.
“Tetapi di semua negeri lain di Malaysia, seandainya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU-14.
“PAS, DAP dan PKR saling memerlukan antara satu sama lain untuk membentuk kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat pada PRU-14 nanti.,” jelas Khalid.

Saturday, 9 November 2013

Rupa2nya rakyat Malaysia yg kena 'kencing'.....huhu......

Ada sesetengah orang ada 'penyakit' kencing malam.....ia tidak terhad kepada kanak-kanak...malahan pelajar yang sudah besar pun ada yang bangun pagi ,dapati tilam 'basah'...mereka yang tinggal di asrama pun ramai yang 'kencing' malam.

Biasanya mereka yang sudah menjadi 'bayi besar' ini berasa teramat malu pada rakan sebaya...ada yang melapik selimut untuk lindung tilam yang sudah basah itu, namun bau hancing tetap mengisi setiap inci ruang udara di bilik tidurnya...seluruh rakan satu domitri di 'kencing'nya, manakan tidak...bukankah baunya 'menyengit' sema rongga hidung teman-temannya...

Ada satu kisah seorang mantan Menteri Kanan Kabinet Mahathir suatu ketika dulu dihadapkan ke Mahkamah kerana dikatakan Kabinet bossnya di'kencing'.

Sekarang DIA sudah boleh tidur lena...boleh 'kencing' sepuas2nya samada di bilik airnya atau di 'tilam'nya sendiri sekalipun kerana Mahkamah sudah memutuskan beliau bebas dari tuduhan 'kencing' itu.

Hakim dapati Mahathir selaku saksi utama berjaya memberi kenyataan sehingga berjaya menyakinkan Mahkamah bahawa mantan Menteri itu tidak 'kencing' Kabinetnya. [sumber .]

al-brangionline:

Rupa2nya rakyat Malaysia yang kena 'kencing' dan baunya tetap 'hancing' meruap ke udara.

Thursday, 7 November 2013

Kit Siang ber'peluh' bela ayat 'loyar' dari seorang seorang 'Lawyer'......loyar tetap loyar

Ungkapan 'lawyer' (peguam) amat popular di sebut 'loyar' daripada 'Peguam' di kalangan rakyat terbanyak.

Lim Kit Siang, seorang veteran politik amat berhati2 apabila mengeluarkan sesuatu penyataan tidak seperti sahabatnya yang 'loyar' sorang lagi tu.

Kit Siang menafikan sahabatnya itu menyebut supaya pendaftaran PAS dibatalkan kerana katanya sahabatnya yang 'Loyar' itu hanya sebut seperti ini :

"Karpal mengkritik Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam terhadap sokongan yang diberikan kepada akhbar mingguan Katolik, Herald, 
menekankan bahawa bagi kepentingan perpaduan negara, 
persatuan politik atau professional tidak patut menyentuh unsur kaum dan agama " [sumber .]

Memang pun dalam penyataan itu tiada di sebut PAS tetapi bukankah PAS itu sebuah pertubuhan politik yang ada kait mengait dengan Islam?......memang sah dan sahih peryataan di atas adalah peryataan 'loyar'.....huhu......

Kalau betul si-'Loyar' itu tidak bermaksud kepada PAS, tak boleh ke buang seminit dua buat press statement dan nafikan demi mengambil hati penyokong dan pendokong PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Sesungguhnya kami sudah lama terguris.

albrangionline:

Aku masih terkeliru macamana nak terjemahkan ungkapan 'loyar buruk' kepada bahasa inggeris......'nasty lawyer' atau 'ugly lawyer'

Wednesday, 6 November 2013

Karpal yang tak cukup satu 'bantal'.....orang tua memang selalu semput2......


Ada yang kata PAS, PKR dan DAP tidur satu bantal, mimpi lain-lain.

Tapi bagi saya PAS, PKR dan DAP bukan tidur satu bantal......tapi tidur satu katil dan masing-masing ada bantal dan selimut sendiri walaupun mimpi lain-lain.....ala suami isteri pun walaupun tidur ber'dakap'an tapi dalam hal mimpi mungkin berlainan.....huhu...

Ada yang berbut-rebut nak tidur di tengah kerana ada yang masih takut di 'usik hantu' ketika tengah tidur.....tapi PAS tak kisah tidur di tengah ke atau di tepi ke.....kalau di sebelah tepi mungkin mudah sikit PAS nak bangun solat malam tanpa menggangu mereka yang tidur di tengah.....kalau tidur di tengah-tengah pun tak kisah dan kalau nak bangun malam cuma berhati-hati sikit aja kot2 terpijak kaki kawan.

Cuma yang tak syioknya jangan ada kawan cuba menarik2 selimut atau bantal PAS demi hendakkan keselesaan tidur masing-masing.....dan Karpal (saya percaya bukan DAP sebagai parti) dengan nakal cuba menarik2 bantal PAS.....almaklum selaku orang tua mungkin dia terasa semput bila tidur berlapikkan hanya satu bantal.....alahai......

Jangan termengigau lalu tersepak muka kawan sudah......

albrangionline:

Kalau bantal sendiri sudah penuh air liur basi.....jangan cuba usik bantal orang lain

Tuesday, 5 November 2013

Jatuh ter'timpa' tangga, hidung tercium 'taik ayam' candu : Mukhriz dengan 'mukhlis' 'turun'?


Dalam pertandingan Naib Presiden, beliau di'reject' oleh Umno walaupun ayahnya ber'baji' di belakangnya.

Kenapa beliau ditolak sedangkan ayahnya dikatakan masih di'sukai' oleh ahli Umno?

Adakah Umno hanya mengambil kesempatan di atas 'vokal'nya yang dikatakan boleh mempengaruhi pengundi di Malaysia?

Kemenangan Umno merampas kembali Kedah dalam PRU13 dulu pada mulanya dikatakan 'promosi' yang cukup hebat iaitu Mukhriz akan dilantik sebagai MB di negeri jelapang padi ini......tetapi apabila Mukhriz ter'pelanting' di'singkir'kan dalam perebutan Naib Presiden barulah saya boleh terima bahawa kekalahan PAS mengekalkan Kedah di antara sebab musababnya ialah krisis dalaman dan faktor 'hujan duit' dari Umno dan bukan kerana faktor Mukhriz.

Sekali lagi kekalahn Umno di Sg.Limau membuktikan pengundi menolak Mukhriz dan juga kebijakan pengundi yang hanya makan umpan tapi menolak joran.

Jika ini berlaku di negara Jepun sudah tentu wakil rakyat Jepun itu akan mengundur diri dengan terhormat......tetapi bila agaknya ia akan berlaku di Malaysia?

Lawak yang dibawa oleh pemimpin umno yang kuat mengampu......skrip standardnya boleh buat ramai orang terkedu urat kentut menahan gelak besar.....di antaranya, "Kita menang dalam kalah"...."PAS menang Mikhriz tak kalah"....." Jamil yakin peluang BN tambah undi 5 tahun lagi ".....itulah contoh 'puak-puak' ni mempunyai 1Fikir yang terbit ikut celah lutut.

al-brangionline:

Turunlah dengan ikhlas sebelum majoriti rakyat 'menendang' kamu keluar.

Monday, 4 November 2013

Senyum si-'dia' bila YB Nasrudin dan YB Nik Abduh umum tak bertanding.....kenapa ya?

YB Nasrudin telah isytihar tak tanding Ketua Pemuda PAS manakala YB Nik Abduh pun sudah umum tak nak tanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS....kenapa si 'dia' tersenyum dan diam seribu bahasa.

Kalau tidak, si-'dia' inilah yang buat bising dan mempengaruhi orang lain untuk mencorakkan perjalanan PAS.

Kenapa mesti 'orang' lain cuba mencorakkan perjalanan PAS?

Kenapa mesti berusaha mempengaruhi orang lain agar menerima laras pemikirannya.....?

Biarlah perwakilan memilih dan mencorakkan PAS kerana perwakilan itu pun adalah mewakili suara akar umbi.

Kalau terasa atau terperasan diri sendiri terlampau hebat, bertandinglah jawatan yang paling tertinggi.....kita pakat tengok samada timbul atau tenggelam.

al-brangionline:

Musuh dalam selimut.....kucing bersisik ikan.....musang berbulu ayam

[sumber .]

Friday, 1 November 2013

Setiap 24 jam, 60 orang muflis....Kak Nancy 'beritahu' kat aku


"Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan  kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).
Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus)
Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut."......selanjutnya sila dengar apa Kak Nancy cakap DI SINI .
Oh nyamannya negara ku Malaysia......sewa beli kenderaan rendah.....harga kereta rendah.....pinjaman perumahan rendah.....harga rumah mampu memang ter'mampu' dan banyak sehingga melimpah ruah.....barang-barang murah walaupun harga minyak dan gula naik sebab tu ramai yang ambik pinjaman peribadi.....pinjaman perniagaan pun senang...kalau ambik TEKUN jadi ahli parti keris tak payah bayar hutang.
al-brangionline:
Awas peminjam PTPTN.....jangan terjerat dalam 'muflis'.....gaya hidup al-ala parti keris......