Followers

Thursday, 31 October 2013

PRK Sg.Limau III : Phtuiiiii.....tindakan putus harap, ber'paut' pd orang yg dah mati untuk timbul

"..... jika kita undi PAS, PKR dan DAP, samalah kita mengkhianati Islam kerana PAS dan PKR tunduk kepada DAP yang anti Islam.
Katanya lagi, di Kedah PAS merosakkan alam sekitar kerana pengambilan balak yang tidak terkawal dan maksiat di merata bandar kerana tunduk kepada DAP dalam pengeluaran lesen rumah urut.
Beliau mendakwa para pemimpin PAS bercakap kalimah Allah tetapi perbuatannya kerana syaitan.
“Oleh itu saya menyokong BN kerana BN sahaja yang membawa ajaran Islam yang betul,” katanya lagi.".....seterusnya DI SINI .
al-brangionline:
Orang mati pun nak difitnahnya.....ciiisss akai lekat di kepala lutut...

Wednesday, 30 October 2013

PRK Sg.Limau II : Pengundi Cina sudah tahu beza mana limau asam atau manis.....amenu naik pening

Bermula dari PRK Sibu dulu kaum Cina sudah reject Umno / BN.....Umno/BN mula fobia setiap kali turun di PRK atau PRU, ini jelas ditunjukkan oleh pengundi kaum Cina di PRU13 baru2 ini.

Apa tidaknya, setiap kali Presidennya cuba memujuk kaum Cina dengan pelbagai jenis gula, maka sepantas kilat pula si-Katak menyemarakkan bara api yang kelihatan macam nak padam.

Jadi sekarang, 'Lu tolong gua...gua tolong lu'......apakah termakan gula2 itu? {sumber .}

al-brangionline:

Kami udah lama tolak gula......sebelum ianya naik harga lagi

Monday, 28 October 2013

PRK Sg.Limau : Limau manis...limau masam

Saya adalah penggemar tegar dalam bab makan limau.....tak kisahlah limau madu ka, limau bali ke, limau mandarin ke, limau sunkist ke.....

Limau2 di atas adalah jenis manis walaupun ada juga ter'kena' yang masam.

Limau purut, limau kasturi, limau nipis adalah jenis limau masam.....namun banyak kegunaannya seperti diperah ke adalam air minuman...sambal belacan...tomyam...ikan bakar dan sebagainya

Semasa kempen PRK Sg.Limau baru2 ini, ada rombongan PAS menziarahi ayah kepada seorang Menteri Umno......dan disahkan oleh PJ PAS Kedah pak cik itu adalah ahli PAS...maka ter'jungkit'lah sedikit misai abang Menteri 'misai tu seperti DI SINI .

Saya kurang pasti kalau 'perkara' ini menjadi bahan kempen PAS kerana dikhuatiri limau yang memang sedia manis akan bertukar menjadi masam.

al-brangionline:

Limau manis akan bertukar masam bila kulitnya ter'kopek'

Tuesday, 22 October 2013

Ni baru anak jantan.....rupa2nya Azmin udah matang berpolitik...


Tak ku sangka rupa2nya Azmin sudah matang berpolitik.

Kali ini amat bersetuju dengan Azmin dalam perihal Menteri Besar Kedah yang ditolak oleh Umno.
[sumber .]

Rupa2nya Umno hanya suka kepada Mahathir secara berpura2.....Mahathir pulak termakan dek 'super-jack' ahli Umno yang di mana2 Mahathir pergi akan disambut malah masih menjemput beliau untuk beri ucaptama walaupun dalam bidang yang beliau 'jahil' seperti bidang Agama.....beliau perasan legasinya akan diperturunkan kepada Mukhriz......rupa2nya Umno sudah melupakan Mahathir......masakan kalau masih sayang, Muhkriz ter'tendang' dalam saingan jawatan penting dalam hiraki Umno.

al-brangionline:

Harap2nya jangan di musim PRK atau PRU aje takutkan Allah.......moganya sentiasa takutkan Allah.....InsyaAllah anda selamat

Monday, 21 October 2013

Punca sebenar Ali Rustam kalah....kesiannya......


Dulu dalam PRU!3, 'heavyweight' Ali Rustam kalah dengan 'welterweight' Shamsul Iskandar Md. Akin di Parlimen Bukit Katil satu kawasan majoriti Melayu (Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.)
m

Reaksi pertama ialah Ali menyalahkan pengundi Cina tidak memberi undi sepenuhnya kepada beliau.

Semalam beliau kalah dalam pertandingan 6 penjuru Naib Presiden Umno dan beliau menyalahkan Melaka tidak memberi undi kepada beliau......hahaha.....beliau tahun dalam Umno Melaka memang tak ada kaum Cina atau pun keturunan Hang Li Poh.....ini bermakna Melayu Melaka sendiri sudah jelak kalau pun tak jelik dengan Ali ini.....huhuhu.....sesekali kita kena tahu bila masa nak berundur dan bila masa kita hilang kekawan......yang ada mungkin kawan yang hanya melayan 'angan-angan' kita dek kerana dapat minum percuma di 'Coffee-House' [sumber .]

Nasib baik Ali tidak menyalahkan kaum India kerana tak beri undi semasa pertandingan Naib Presiden Umno

al-brangionline:

Hei deyyy......mana ada kaum India dalam Umno Melaka?......betul...manalah tahu kot2 Ali menyalahkan suku kaum kerabat waris chettiar zaman Kesultanan Melaka dulu...huhuhu...

Saturday, 19 October 2013

6 'Jahanam'.....oh P.Ramlee......

Gambar sebagai hiasan sahaja.....tiada kena mengena dengan cerita dan tajuk di atas

Entah tiba2 teringat cerita P.Ramlee bertajuk 6 jahanam walaupun saya buka peminat tegar P.Ramlee......sesetengah filemnya boleh mencuit hati seperti di antara dialognya.....U-M-N-O itu sarkis.....huhu...sesetengahnya pula mungkin saya pilih tidur lagi baik.

Di bawah sinopsis cerita 6 jahanam dari sumber .

"Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. 
Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. 
Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. 
Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. 
Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting.
Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. 
Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. 
Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. 
Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. 
Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan."

albrangionline:

Pemikiran Allahyarham P.Ramlee kekadang memang terlalu jauh ke depan.

Thursday, 17 October 2013

Ini tak ada kait-mengait pemilhan Naib Presiden.....Ali Rustam disiasat Polis


"Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.

Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.

 "Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang menemani Lai untuk membuat laporan polis berkata, dalam laporan berkenaan, Lai mendakwa kenyataan Mohd Ali merupakan satu hasutan dan mahu polis menyiasat perkara itu.Lai kini berada di luar negara. “Polis merakamkan kenyataan Lai pada hari sama,” kata Khoo.

Polis Brickfields menyiasat kes itu berikutan kenyataan Mohd Ali itu dibuat di sebuah hotel di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan sudah dibuat dan penyiasatan akan dilakukan tetapi enggan memberikan kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis sudah mula merakamkan kenyataan beberapa orang yang berada di majlis itu termasuk wartawan.

Dalam majlis itu, Mohd Ali juga bercakap mengenai soal keperluan mengekalkan orang Melayu di agensi kerajaan, termasuk polis dan tentera.

Untuk memenangi undi golongan konservatif Umno, bekas Ketua Menteri Melaka itu turut berkata: "Kaum Cina mahukan segalanya. Orang Melayu telah layan mereka dengan baik.

"Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka 'pendatang’,” katanya.

Kenyataan Mohd Ali itu mengganggu emosi 100 hadirin di majlis itu sambil sesetengahnya menjerit, “suruh Cina balik kampung.”

Mohd Ali adalah salah seorang daripada enam calon yang mahu mengisi tiga kekosongan jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Sabtu ini.

Calon lain ialah penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa dicabar oleh sesiapa.

Dalam pemilihan Umno 2009, Mohd Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi dibatalkan pencalonannya kerana didapati terlibat dengan politik wang. – 17 Oktober, 2013."

al-brangionline:

Memang betul tak ada kait-mengait dengan pertandingan Naib Presiden Umno.....kerana sesungguhnya pemikirannya telah RUST...berkarat.....tak ada keperluan di'simpan' lagi oleh Umno.

Monday, 14 October 2013

Awas!!! 'Wanita Merah'dan 'Lembu korban' boleh mengamok kalau tertekan......

Gambar sebagai hiasan

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun sudah alam arwah dan tiada kait mengait dengan berita di bawah.

"SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain.
"[sumber .]

Untuk makluman dan peringatan anda, itu adalah mesyuarat Umno...ye Umno...bukan mesyuarat rakan sekutunya yang suatu masa dahulu, priuk belanga terbang melayang2.

al-brangionline:

Diberitakan nasib baik microphone yang di'pelekong' (dibaling) oleh wanita Umno nyaris2 terkena si anu...kalau tidak besar korbannya...aduhai...[sumber .]


Saturday, 12 October 2013

Anwar berguru dgn Husam atau sebaliknya?.....atau ada 'Mahaguru' lain?......

Gambar sebagai hiasan saja

Hamba tak marah pada MANTAN2 Perdana Menteri ke, Timb. Perdana Menteri ke, Menteri2 ke, Exco2 Umno atau PAS ke, YB2 ke, Ketua Bahagian Umno ke, YDP PAS ke, Tok Imam ke, Tok Siak ke, kalau mereka ini mengkritik atau memngherdik ke, membantai ke atau menghentam balik mereka yang meyandang jawatan yang sama yang pernah mereka sandang sebelumnya.....

Ini kerana mereka ini terlalu sibuk memikirkan nasib untung-rugi bangsa mereka, nasib untung rugi ummah sehingga kekadang terlupa dek terlalu banyak idea dan cadangan untuk melaksanakan ketika mereka mempunyai kuasa.....

Jadi tidak hairanlah kalau Mahathir mengkritik Presiden Umno, DSAI mengkritik Umno dan megkritik TS Khalid, Husam mengkritik Kerajaan Kelantan dan yang lain-lain yang seumpama dan sewaktu dengannya kerana almaklum mereka terlalu sibuk dan otak mereka sentiasa berfikir ketika jaga dan tidur untuk menjana idea dan cadangan sehingga tidak ada masa untuk melaksanakan sebahagian darinya walaupun sesetengahnya dalam bidang kuasa mereka dahulu.

Saya pernah mendengar dari seorang sahabat istilah 'MANTAN' amat tidak digemari oleh orang Seberang kerana katanya 'MANTAN' itu membawa makna "Mundar Mandir Tanpa Tujuan"......jadi, janganlah kecik hati ye.

al-brangionline:

Kalau dalam solat, cakap bab lupa nih boleh gak sujud sahwi......kalau luar solat?...mungkin boleh buat sayur sawi kot 'cadangan2' tu......banyak vitamin...lebih ummmppphhh......huhu

Thursday, 10 October 2013

TEKUN hanya untuk ahli Umno......rakan sekutu dapat "KENTUT'?

Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. 
Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.

CEO dan Pengerusi TEKUN sendiri mengaku 'TEKUN' hanya untuk ahli Umno......dn kononnya terbuka jugak kepada bukan ahli......haha itu adalah ayat 'KENTUT' untuk menyedapkan hati rakyat.

Ah....tak kisahlah kalau ahli pembangkang tak dapat...macamana pulak dengan kaum kerabat rakan sekutu mereka?

Takkan semua orang MCA, MIC, GERAKAN dll kaya2 semua.....atau mereka ada program lain yang seakan2 'TEKUN'

al-brangionline:

Kalau tak dapat 'TEKUN'...dapat 'KENTUT' ajelah gamaknya.....huhu...
______________________________________________________________________
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno. "Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti. "Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.
"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.
Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.
Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.
"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.
Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.
"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.
"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya. – 7 Oktober, 2013.[theMalaysianInsider .]

Thursday, 3 October 2013

Oh...patutlah pun Husam tak nak tanding Timbalan Presiden PAS

Jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi topik hangat di kalangan 'kawan' dan 'lawan'.

Nampak gayanya Mat Sabu akan mendapat tentangan......cuma yang jadi teka-teki siapa pencabarnya, adakah dua penjuru atau tiga penjuru.

Jika Dato Tuan Ibrahim dan YB Nik Amar jadi bertanding, maka sekali lagi jawatan itu jadi perlawanan tiga penjuru kerana Dato Husam kata dia tidak akan bertanding dan tiada sebab dia nak bertanding lawan penyandang Matv Sabu.

Semalam Datuk Husam kata dia tak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS seperti DI SINI dan sebelum itu dia buat 'pengakuan' tidak akan bertanding atau 'challenge' TGHA sebagai Presiden PAS.

Kalaulah dia buat U-turn maka satu 'sejarah' akan berlaku di mana jawatan Timbalan Presiden berlawan empat penjuru.

Kenapa Datuk Husam menganggap jawatan Naib Presiden sudah cukup tinggi baginya?

Adakah dia rasa dia tak makan 'cekak'?

Adakah dia merasakan undi dari Kelantan sudah tentu berbelah bagi antara dirinya dan YB Nik Amar malah dengan Datuk Tuan sekalipun kerana Datuk Tuan semacam badannya dimilik oleh Kelantan dan Pahang.

Atau Datuk Husam sudah menghidu kekalahannya jika bertanding Timbalan Presiden dan dengan itu karier politiknya turut terjejas.

Walau apa pun andaian dibuat, hanyalah batang tubuh Datuk Husam sendiri yang boleh menerima 'beban' tertanggung pada pundaknya dan hanya batang tubuhnya sendiri yang tahu jawapannya.

al-brangionline:

Perwakilan bijak membaca geraktari dan pencak silat sekarang.....tunggulah hari 'pertandingan'......

p/s

Pemimpin datang dan pergi dalam PAS semenjak dari zaman Allahyarham Datuk Asri lagi, namun PAS tetap melayari bahteranya dengan kaptan dan juragan yang beramanah.

Sirru 'Ala Barokatillah.