Followers

Monday, 30 September 2013

Rupa2nya 'waris' Hang Tuah masih wujud di Melaka


"Takkan Melayu hilang di dunia.....", kononnya kata Hang Tuah.

Maka be'ratib'lah orang amenu siang dan malam.....konon 'fadilat'nya boleh menaikkan semangat orang Melayu.

Ikuti apa kata warisnya DI SINI yang bakal 'menyelamat' Melayu

al-brangionline:

Diri sendiri pernah tersekat dulu kerana ter'lebih' beri 'wang' ke Melayu (amenu)......huhu.....
________________________________________________________________________

Menghangatkan lagi pertandingan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) percaya cara terbaik menang besar dalam jawatan itu adalah menjadi "penyelamat Melayu".
Bekas Ketua Menteri Melaka yang menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, telah menemui perwakilan dan menggunakan sebab kekalahannya itu bagi meningkatkan peluangnya menjadi salah seorang naib presiden pada pemilihan parti 19 Oktober ini.
Calon lain seperti penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Bendang Baru, Akramsyah Sanusi juga mahu memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu.

Mohd Ali berkata misinya adalah bagi mengukuhkan Umno daripada serangan DAP dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong supaya hak orang Melayu terpelihara.
"Kumpulan seperti DAP dan Dong Zong sering mempertikai hak keistimewaan orang Melayu. Mereka mahu mengubahnya dari Perlembagaan kerana benci dengan kenyataan itu. Tetapi orang Melayu tidak pula menindas kaum lain," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.
Katanya semua pihak faham permintaan mereka tidak berlandaskan Perlembagaan.
"Inilah yang ditakuti sebelum kemerdekaan dan hal itu sudah berlaku sekarang, " katanya.
Ketika ditanya adakah beliau berminat menjadikan Umno seperti kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd Ali menjawab: "Saya tidak mahu merujuk sesiapa tetapi kami (Umno) ada pendekatan tersendiri."
Katanya, Umno tidak perlu mencontohi mana-mana kumpulan pendesak mahupun mengambil tindakan tegas kepada kumpulan anti-Melayu.
"Saya percaya pada Perlembagaan dan tidak mahu menjadi seperti pihak tertentu yang mengemukan permintaan yang tidak masuk akal."
"Apa yang salah dengan hak keistimewaan orang Melayu? Ia telah dibincangkan sebelum kemerdekaan untuk menggunapakai peruntukan tersebut. Kenapa mesti ada pihak yang menunjukkan sikap biadap terhadap isu ini sekarang?" tanya bekas ketua menteri itu.
Katanya, ini adalah masalah utama yang dihadapi negara pada masa ini iaitu sikap tidak tolak-ansur dan ada pihak yang mencadangkan kesaksamaan dan membandingkan hak istimewa yang diperoleh kaum Melayu.
"Masih ada pihak yang enggan menunjukkan rasa hormat. Perlembagaan telah menggariskan hak keistimewaan ini maka berhenti dari terus mempertikaikannya," katanya.
Mohd Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka memberitahu pengundi Cina tidak menghargai sumbangannya dan kerajaan BN membangunkan Melaka serta menjaga kepentingan rakyat.
‎Beliau kalah kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Katil, Melaka pada PRU13 lalu dengan majoriti 5,447 undi. – 30 September, 2013.

Friday, 27 September 2013

PRK Sg.Limau: Lantak hangpalah nak letak sapa pun.....ada aku kisah...tapi patut2lah ampu pun

Tak sampai 48 jam pun Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak pulang ke Rahmatullah......sudah ada tiupan angin kata si anu...si anu bertanding untuk Umno......lantak hangpalah nak lobi sapa pun.....ada aku kisah.....tapi hangpa jangan main sedap cakap je bahawa orang PAS begitu...begini...cabul sungguh mulut hang...ada bukti ke yang hang kata kat perenggan akhir tu...jangan cuba nak pecah belah orang PAS dan PR...sila lihat...[Bagaimanapun, kata Abdul Aziz di bawah kepimpinan baru iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, peluang calon Umno menang kerusi Sungai Limau menjadi 45% berbanding Umno 55%.

Beliau berkata, Mukhriz bukan sahaja diterima oleh penyokong Umno tetapi juga di kalangan orang PAS kerana mereka turut bekerja memenangkan Menteri Besar itu dalam pilihan raya umum lalu
].

Selanjutnya sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Pasai mengampu serah kat depa......huhu.....

Wednesday, 25 September 2013

Ramai kata TS Khalid kedekut 'taik hidung masin'......biar masin jangan busuk weh.....

Madu di tangan kanan mu
Racun di tangan kiri mu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku......

Masjid di tangan kanan mu
Bola di tangan kiri mu
Apa yang aku mahu
Kau berikan kedua2nya pada ku.....ceh wahhhhhhh

Semalam TS Khalid kata udah beri RM7.0 juta......cukup cukuplah tu...ni zaman professional, FAS carilah sponsor sendiri....jangan harapkan wang rakyat aje (DI SINI.) dan (DI SINI .)

 al-brangionline: Tabik spring pada TS Khalid yang bagi 'tendangan' 'bicycle-kick' pada Pemuda PAS

Monday, 23 September 2013

Dulu-dulu dikatakan ada 'Erdorgan' a.k.a 'Anwarinas'......sekarang wujud pulak Konservatif dan Reformis?......pulak dah...

Ada cerdik pandai dalam PAS kata wujud persaingan golongan Konservatif dengan golongan Reformis dalam PAS......pulak dah...
Beliau semacam men'confirmed'kan wujudnya golongan 'Erdorgan. Golongan yang mahukan perubahan (entah apa perubahan yang dia mahu), Golongan yang tak mahukan perubahan (semacam menyindir Ulamak).
Dalam PAS wujud semua golongan buruh kasar, kerani, cik gu, engineer, peguam, doktor, nelayan dan berbagai2 lagi latarbelakang. Semua mereka ada peranan.
ISUnya disini......bukannya Konservatif atau Reformis...bukannya Profesional atau Ulamak.....ISUnya ialah ada segelintir professional yang 'anti-ulamak' dan segelintir kalangan Ustaz (Ulamak?) sendiri yang mem'benci Ulamak. [sumber .]

p/s aku yg anti mereka yang hanya gemar pakai 'jacket Islam'

al-brangionline:

Bak kata Allahyarham A.R.Tompel...falsapah...falsapah......jangan falsampah udah.

Sunday, 22 September 2013

Macai2 dlm PR......tolong jangan spin berita ini......Hanya berdialog bukan bekerjasama, itu pun ada 4 syarat


Maaf pada PKR dan PAS......ada segelintir macai yang ada dalam PKR dan PAS yang cari makan....kalau Pakatan Rakyat menang, macai tu turut kenyang.....kalau PR kecundang, macai tu pun turut kenyang jugak......sorong makan, tarik pun makan...talam dua muka...gunting dalam selimut...hipokrit a.k.a. munafik moden.

DSAI sanggup berdialog dengan Umno.....apakah salah TGHH pun sanggup berdialog tetapi dilaporka serta di'spinned'kan jadi bekerjasama.

Sila belajar bahasa Melayu balik semula dan pergi kedai Meden, beli spek untuk membaca yang power dia 3.0-4.0......tolong baca berita di bawah elok-elok dalam keadaan waras dan tidak mengantuk.

al-brangionline:

Jenis macai haraki

______________________________________________________________________________

Hadi Awang: PAS Tetapkan 4 Sumber Rujukan Syarat Berdialog Dengan Umno


Saturday, 21 September 2013 16:40
ALOR SETAR: PAS sedia berdialog dengan Umno dalam isu membabitkan masa depan Islam 
dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama 
iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas. 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata PAS tidak pernah menutup pintu
 rundingan dengan Umno, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan 
kepentingan bersama. 
"PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan Umno sahaja, 
tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik.

"Kita sedia bincang dengan Umno, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah 
tutup pintu dengan Umno," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam 
Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.

- Berita Harian 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

Saturday, 21 September 2013

"Weh!!! Aku udah sumpah laknat...kau orang bila lagi?".....lahanat betullah

Hasil tarbiyyah Ostad K-Ringgit Malaysia.....muncul fenomena baru dalam pertandingan.
Weh!!!...aku udah sumpah laknat...ngkau orang bila lagi???...Lihat DI SINI .

al-brangionline:

Lahanat betoilah.....

Thursday, 19 September 2013

Pecah Berita!!!!!: Nafinya pulak kereta tu miliknya......pulok dah

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya kepada Bernama hari ini. Seperti DI SINI .

albrangionline:Tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Tuesday, 17 September 2013

SPRM rampas 10 kereta mewah dan sedang soal-siasat bekas Setpol......macam ku kenal je mamat tu...


Bekas Setpol (seorang 'Datuk') kepada sorang ahli politik yang ter'kenal'.......siapa lagi mestilah amenu kan...kan.....telah ditahan untuk di'gelodak' dan di'cungkil' oleh SPRM atas kesalahan meng'songlap' bantuan untuk rakyat miskin di bawah program 1AZAM (Akhiri Zaman Bujang) semalam.

Dalam pada itu 10 buah kereta mewah yang di antaranya seperti Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Toyota Camry turut dirampas.

Program 1AZAM adalah dibawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita.

Program itu telah diperkenalkan pada Januari 2010 dan Kementerian telah membelanjakan sebanyak RM1.35 billion. Selanjutnya sila baca DI SINI.

al-brangionline:

Macam ku kenal aje mamat tu......anda pu boleh agakkan?.....dalam umno semuanya tak mustahil......janji pandai bercakap...aktif dalam persatuan hal remaja, belia dan anak muda.....senang weh nak 'pasang dan panjang angan2'...huhu

Siapa lagi kalau Setpol dari Kementerian itu......

Friday, 13 September 2013

Mad Said bakal jadi 'jeruk maman' di Kemaman......pulak doh.....

Bagi sesiapa yang belum atau tak pernah makan jeruk maman......acu try sekali.....pasti menambah2 nasi..

Ya...walaupun jeruk maman sedap dan boleh menjadi 'pembuka selera' tetapi kalau biar lama.....ia akan jadi busuk dan rosak.

Begitulah ibaratnya MB umno negeri tumpahnya darah ku ni yang juga penyang Ketua Bahagian 'Mamang'......selain characternya yang 'gedebe' seperti diketahui umum...sikit nak ajak 'gocoh'...menurut dari kacamata dari orang 'Mamang' sendiri, menurunkannya yakni menentangnya secara anak jantan dalam pertandingan Ketua Bahagian 'Mamang' adalah satu 'fardhu kifayah'......ini kata2 dari orang umno 'Mamang' sendiri.....huhu......seperti DI SINI .

al-brangionline:

Tunggu dan lihat.....siapa yang akan jadi jeruk 'mamang'

Wednesday, 11 September 2013

Setakat nyanyi Oh Bangau.....budak Tadika Kemas lagi lunak...Che Det

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Kesian Che Det cuba nak nyanyi lagu di atas......rasanya bebudak Tadika Kemas lagi lunak seperti DI SINI .

al-brangionline:

Memang sahlah Melayu mudah lupa.....ingat tau...Melayu amenuuu je.

Friday, 6 September 2013

TG Nik Abd. Aziz mahu TG Hadi Awang kekal dan Timb. Presiden seorang Ulamak......merahsia namanya

Perwakilan bijak memilih mana kaca mana intan.....mana emas ori mana emas celup.

Perwakilan bijak memilih ikut kata hati bukan ikut emosi jauh sekali ikut kata kroni atau pendengki jauh sekali ikut rasa atau dari 'blogger celaka' yang bertujuan nak buat huru-hara....pun perwakilan memilih ikut 'cerdik' bukannya 'munafik' yang siang malam sana makan...sini makan.....ikut yang mana 'timbul' disitu dia akan muncul.

Jawatan adalah satu amanah bukan untuk gah2 atau bertindak ikut perintah dari siapa2 entah......
[sumber .]

al-brangionline:

Tak boleh panjang2 kerana memang tak berhajat nak berkempen.

p/s kot ya pun nak tanding.....jangan cuba perendahkan inteligen perwakilan kononnya nak uji kefahaman perlembagaan.......belum pun menang lagi dah tunjuk lagak.....best of luck syeikh

Monday, 2 September 2013

'Tanda Merdeka'......Putera berzina?


Didunia lagi sudah nampak balasannya......apatah lagi di akhirat.

Seperti biasa setiap kali sambut tahun baru, Hari Merdeka dan sebagainya......pasangan 'putera-puter' akan jadikan malam ber'sejarah itu sebagai suatu 'tanda' yang amat berkesan pada zahirnya.....berlebih-lebih lagi lagi 'batin'nya.

'Tanda'nya kenalah tunggu 9 vulan lagi sekira2 dalam penghujung bulan Mei......akan kedengaran tangisan bayi di tepi2 lorong, di kaki lima atau diperkarangan Masjid.....aduhhh trajisnya 'tanda merdeka'.

al-brangionline:

Tragis 'Tanda Merdeka' seperti DI SINI .

p/s Jangan kamu hampiri zina