Followers

Tuesday, 30 July 2013

Yang ini baru betul2 tranformasi politik amenu......lantak hanglah labu

Semasa kecik2 dulu apabila sarkas datang bermain di padang bola, Kuala Berang, maka banyak rumah akan kehilangan ayam, telur, basikal, kasut dan sebagainya......ini kerana ramai kutu kampong yang datang merembat apa saja untuk dijual untuk beli tiket sarkas.

Kalau udah lama tak tengok sarkas tak payah pergi jauh2......tengok saja dalam amenu......penuh dengan badut-badut...tunggu saja semasa Perhimpunan Agung di PWTC penghujung tahun ini.

Ada badut tua...muda...gemuk...kurus...semuanya cuba mengadu nasib buat 'penonton' gelak ketawa. Ada yang cuba buat lompat tinggi...silap haribulan jatuh menonggeng...ada yang bergayut dibuaian tinggi...silap haribulan ter'londeh' seluar......macam-macam ada, habaq hang.

al-brangionline:

Transformasi politik yang hanyaq amenu saja boleh buat tafsiran......kakaka

_________________________________________________________________________

Isa sah tanding Naib Presiden Umno

Zabidi Saidi
 |










 July 30, 2013
Tiga kerusi itu terbuka kepada semua. Tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR: Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mengumumkan akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.
Menurut beliau, tiga kerusi itu terbuka kepada semua.
Katanya, tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding.
“Maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut,” katanya ketika berbual dengan kawan-kawan rapatnya selepas majlis berbuka puasa FELDA di Wisma FELDA malam tadi.
Beliau yang juga ahli parlimen Jempol pernah memenangi kerusi itu pada tahun 2004 selain dari bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau digantung keahliannya setelah mendapati terlibat dalam politik wang pada tahun 2005.
Pada tahun 2010, selepas menjalani hukuman digantung keahlian sebagai ahli Umno selama lima tahun, beliau dipilih sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang. Selepas memenangi pilihanraya itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi FELDA sehinggalah hari ini.
“Saya minta tolong kawan-kawan berkempen untuk saya,” katanya. Sehingga kini dua orang penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan. Manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishamuddin Hussein belum lagi berbuat demikian.
Selain dari Isa, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga. Beliau belum lagi mengesahkan sama ada mahu bertanding atau tidak.[sumber .]

Pabila KT yang bakal ke 'dalam' beri 'wasiat' pada KJ......

Blog ini tak berapa nak ikut perkembangan orang2 amenu.....bila keluar berita sekali sekali tentang KT nih.....hati tertanya-tanya bila di nak ke 'dalam'?......

Kalau jadi dia ke 'dalam', maka terpahatlah sejarah Selangor Darul Ehsan memiliki 2 orang MB ber'title'kan banduan berstatus 'VVIP'.

Dulu KT ni pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda amenu yang mana calon-calon lain ialah KJ dan MM dan katanya KT dapat undi paling corot di antara ketiga2 tuh......yang mana KJ telah menang dengan bergaya sebergaya seorang menantu kepada Perdana Menteri merangkap Presiden amenu.

Jadi pabila KT byang kalah kepada KJ memberi 'wasiat' seperti DI SINI , maka terasalah nak gelak...tapi taklah sampai bergolek-golek kerana ini bulan puasa nanti keletihan dan kehausanlah pulak, samada ikhlas atau sekadar sama-sama jadi anak 'ketam' yang tak pernah berjala lurus walaupun jenuh diajar oleh si-daddy mereka......kikiki...

al-brangionline:
Wa ima sapa jadi Ketua Pemuda, aku tetap me'musuhi'nya kerana dasar partinya yang.....ah sambunglah sendiri ye...

Thursday, 25 July 2013

Apa rahsia disebalik songkok tinggi YB amenu?......jom layan...


Gambar hanya sebagai perhiasan......tiada kena mengena dengan posting di bawah.

Mana calon amenu terutama yang pertama kali bertanding seolah-olah satu kemestian memakai songkok hitam tinggi.....dikatakan lagi tinggi lagi bagus.

Mana-mana calon yang telah menang akan memakai lagi songkok tinggi di waktu saat diumumkan kemenangan......selepas daripada itu tempoh 'pantang' berakhir setelah majlis angkat sumpah.

Mereka kembali akan pakai songkok hitam tinggi yang penuh nostalgik itu di majlis2 perkahwinan, kematian, aqiqah atau cuku jambul dan ketika majlis rasmi menyampaikan 'bantuan' (sogokan?) pada orang kampong.

Kita jarang kelihatan mereka memakai songkok hitam tinggi itu di majlis2 yang di adakan di bandar-bandar besar.

Kenapa?

Hanya orang amenu sahaja yang tahu rahsianya.

Pada hemat penulis ini mungkin mereka hendak menyakinkan orang Melayu di luar bandar bahawa hanya amenu sahaja pejuang bangsa Melayu tulin dan lagi pun ia nampak lebih Islamik.....lagi tinggi lagi Islamik......huhu.

Penulis tidak berhajat mengucapkan tahniah pada YB baru di Kuala Besut......walaupun penulis mengenali dan pernah bersejawatan dengan beliau di Jabatan yang sama dulu kerana beliau memilih amenu sebagai arena per'juang'an.

Saya tetap menganggap beliau sebagai kawan dan saudara seaqidah, namun dalam perjuangan kita berbeza.....mana mungkin saya nak ucap tahniah sedangkan partinya bertanggunjawab dalam urustadbir yang membelakangkan suruhan Agama......lihatlah hiburan melampau...pertandingan pakai 'bikini' (cawat?)....dan bermacam lagi yang YB sendiri nampak kalau nak 'nampak'lah.

Lagi mundur kawasan pendalaman lagi kuat Melayu bergayut pada amenu.

Lagi miskin hidup Melayu luar bandar, lagi 'taat' mereka pada amenu.

Lagi banyak 'umpan' jangka pendek, lagi kuat mereka me'matuk'.

al-brangionline:

Dan falsafah yang mereka pegang ialah, tangan yang memberi tidak sekali2 akan digigit.

Tuesday, 23 July 2013

Bekas calon PKR men'derita' penangan 'pil kuda'


Ada dua point yang timbul tandatanya.....

1. Kenapa mesti bekas calon PKR DUN Bukit Besi terasa......pada hal bukan dia yang makan lada kenapa dia pulak yang terasa pedasnya.....adakah TGHH kata direct, si anu...si anu yang ketagih pil kuda?...Kenapa mesti gelabah kuda?

2. Kenapa mesti tunggu saat dan ketika yang 'comel' dan 'molek' sangat.....berdekatan dengan PRK N01 DUN Kuala Besut?......Kenapa tidak 2 bulan dulu selepas PRU13?

Nak saman ke...nak keluar parti ke...nak bergolek ke...nak berguling ke..... lantak mung lah.....InsyaAllah kami tak akan biarkan TGHH berseorangan dalam hal ini.

Kata orang2 tua, cubit paha kanan bukan setakat paha kiri terasa malah setiap bulu roma dan rambut kami gementar terasa.......sedang menunggu tabung untuk kumpul dana menghadapi 'serangan' ini.

Kalau jadilah saman ini...maka satu 'precedent' sudah tersedia....lepas ni senanglah kalau ada sapa2 nak saman Anwar atau Karpal Singh jika sapa2 ada 'rampas' atau 'culik' ahli atau calon kita.....ke guaner? [sumber .]

al-brangionline:

Aku yang sedang mencari 'cheap publicity' di Bazaar Ramadhon......bubur lambuk Terengganu satu boh...huhu

p/s Aku masih terpinga2 akan ada orang kata sekarang sangat ramai musang berbulu ayam
___________________________________________________________________________
BESUT: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu hari meluahkan penderitaan yang dilalui oleh beliau berikutan fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohd Shamsul Mat Amin berkata, akibat daripada fitnah tersebut, bukan sahaja beliau bahkan keluarga dan partinya juga turut dihina akibat kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Abdul Hadi.
"Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek dikalangan masyarakat kampung saya.
"Ini telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat fitnah ini," kata beliau pada sidang media di Hotel Primula di sini, hari ini.
Abdul Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.
“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Shamsul berkata, walaupun Abdul Hadi tidak menamakan siapa yang mengedarkan pil kuda tersebut, beliau juga merupakan sebahagian daripada calon yang diperkatakan.
Sehubungan dengan itu, beliau telah membuat laporan dan akan mengambil tindakan mahkamah kerana telah mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin masyarakat.
“Saya merasa tertekan dan terhina dengan ucapan tersebut kerana diantara calon-calon yang dituduh edar pil kuda adalah termasuk saya sendiri.
“Saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai pemimpin politik berlandaskan agama,” katanya.
Tambah beliau, Abdul Hadi sebagai seorang pemimpin yang berlatarbelakang agama yang kuat seharusnya menyiasat berita itu terlebih dahulu yang belum tentu kesahihannya kerana fitnah itu lebih berat dari membunuh. [sumber .]

Friday, 19 July 2013

Husam, kenapa saat getir begini??????.....kenapa?


Husam tarik balik saman ke atas Kickdefella......dan kena pulak bayar RM40,000.00

Saya tidak berminat nak tahu kenapa Husam tarik balik saman tersebut dan jauh sekali nak ambik tahu beliau ada wang atau tidak sebanyak itu.....yang musykilnya beliau selaku Pengarah PRK Kuala Besut bertindak menarik balik saman di saat getir begini.....5 hari sebelum PRK Kuala Besut......kenapa di saat ini??????.....Kenapa?.....Kenapa???

Kenapa men'serabut'kan urusan peribadi dengan urusan parti?

Dan saya amat yakin tindakan itu buklan helah politik PRK Kuala Besut.

Walau apa pun keputusan PRK Kuala Besut, saya yakin tindakannya itu menjejaskan peluang beliau untuk menjawat mana-mana jawatan dalam parti dalam pemilihan parti PAS di hujung tahun ini.

al-brangionline:
Big Blunder......!!![sumber .]

Wednesday, 17 July 2013

PRK N01 K. Besut 16-16: 'Mudoh bbaso, senae kkiro' IV......penyokong 'totok' ni bernazar jalan kaki dari K. Besut ke KL jika BN menang


Sesetengah orang bernazar nak 'botak'kan kepala...ada yang bernazar nak puasa...malah pernah suatu masa dulu ada orang bernazar nak berbogel sambil melintasi sebuah jambatan yang panjang jika PAS menang dalam pilihanraya......semuanya ini menggambarkan bahawa kononnya memang PAS sukar untuk menang.

Tetapi tidak kepada Pak Cik yang merupakan penyokong 'totok' BN ni......beliau bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut hingga ke Kuala Lumpur yang jaraknya lebih kurang 600 kilometer jika BN menang di PRK N01 Kuala Besut dan beliau begitu yakin......pulak?

Aduhai nak bawak kereta sejauh jarak tu pun setengah 'mati dalam keadaan umur menjangkau ke usia emas......inikan nak berjalan kaki......tabik spring returnlah padanya......huhu

Banyak kerja lain lagi pak cik....sehingga sekarang saya  masih lagi.kagum dan hampir tak percaya akan seorang Muslim dari Bosnia yang berjalan kaki menunaikan fardhu Haji dari Bosnia ke Mekah pada tahun lalu. [sumber .]

al-brangionline :

Ada jugak sesetengah orang bernazar nak tambah 'cawangan' kalau menang pilihanraya.....bagi aku cukuplah berazam untuk tambah cawangan PAS di Bangi......huhu.

p/s Undilah Che Long calon PAS......'Mudoh bbaso...senae kkiro'
____________________________________________________________________________

Mohd NoorSeorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat,64, berhasrat meneruskan niat untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
Impian beliau tidak boleh dipandang ringan kerana pada tahun 2000 beliau sudah mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki dari Jertih-Kemaman sejauh 260 kilometer.
Hasrat itu disampaikan sendiri oleh Mohd Noor kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika bertemu di sini kelmarin.
Mohd Noor berkata, beliau juga berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki berkenaan di Kuala Lumpur.
Muhammad Khairun, ketika ditemui berkata beliau menyambut baik usaha yang akan dilakukan oleh penyokong BN itu dan berjanji untuk mengatur sesi pertemuan dengan Perdana Menteri.
“Insyaalah saya akan atur program khas dan menyambut Mohd Noor jika beliau berjaya sampai di Kuala Lumpur,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau menghargai hasrat penyokong BN dari Besut itu dan akan memberi bantuan yang diperlukan dalam misi berjalan kaki berkenaan.
Idris berkata, Mohd Noor pernah melakukan aktiviti sama ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, dan mengiktiraf beliau sebagai rakyat Terengganu pertama berjaya berjalan kaki dari Besut ke Kemaman.
[sumber .]

Tuesday, 16 July 2013

PRK N01 K. Besut 16-16: 'Mudoh bbaso, senae kkiro' III......pernah ditawar projek ratusan juta agar tarik diri oleh...erm...ermm


Pitis a.k.a duit, bagi amenu tak de nilai langsung...sejuta...dua juta henget, macam beli ikan kembung yang baru naik di Kuala Besut menggunakan baldi sebagai sukatan.

Masa PRK inilah berbagai 'bantuan' atas nama sedekah...bantuan prihatin...hadiah...cenderamata...buah-tangan dan pelbagai istilah untuk menghalalkan pemberian itu.

Che Long sendiri pun, walaupun jadi calon yang melawan BN, turut ditawarkan hadiah...bukan seratus henget...bukan dua-tiga ratus henget...tapi jutaan ringgit berbentuk projek tapi bersyarat....hanya menarik diri dari bertanding dalam PRK N01 Kuala Besut ni.

Ini menunjukkan amenu akan buat apa saja, asalkan kuasa memerintah Negeri Terengganu kekal...amenu begitu terdesak sehingga sanggup men'campak'kan maruahnya di peairan Kuala Besut di celah-celah ketulan ais dalam tong ikan.

al-brangionline:

Walau pun 'senae kkiro' jangan ingat calon PAS tak ada maruah.
____________________________________________________________________________

Che Long ditawar projek beratus juta ringgit

Muda Mohd. Noor
 | July 16, 2013
Dengan syarat beliau tidak menjadi calon PAS di Kuala Besut.
PETALING JAYA:  Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.
“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.
Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A. Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar  dari BN baru-baru ini.
Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.
“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.
Penduduk daif
Che Long berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.
Beliau tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.
Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.
Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.
“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.
Che Long juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.
Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.
Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .
Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long.
[sumber .]

Monday, 15 July 2013

PRK N01 K. Besut 16-16: 'Mudoh bbaso, senae kkiro' II......tagline yg buat BN takleh tidor


al-brangionline:

'Mudoh bbaso, senae kkiro'......tagline yg buat BN takleh tidor......menceritakan peribadi calon PAS yang mudah didampingi...senang berurusan...dermawan...pemurah...mudah memahami masalah orang lain.

Ingin mendekati lebih lanjut sila baca posting di bawah dari MOHD NASIR AWANG
_____________________________________________________________________________

Saturday, July 13, 2013 
Kelebihan memihak calon PAS di Kuala Besut

Bukan sekadar faktor ‘anak jati’

 Oleh: MOHD NASIR AWANG

Tidak ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut, lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara masyarakat setempat mengenai “gelomok” nya beliau dengan orang-orang kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu. 

Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut.

 PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti di dalam Dun Kuala Besut.

Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang lebih dikenali dengan nama ‘Che Long’ setakat ini mempunyai kelebihan agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu.

Pertama, apa yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku Zaihan.

 Calon PAS itu bersekolah di Kuala Besut. Maka seramai mana kawan, guru dan kenalan diperolehinya sepanjang persekolahan itu sudah tentu ramai dari kalangan penduduk Kuala Besut. Sedangkan Tengku Zaihan menghabiskan zaman persekolahan dan pengajiannya di perantauan. Beliau bersekolah menengah di Dungun, sebelum melanjutkan pula pengajian ke peringkat universiti di Pulau Pinang. Sekerap mana pun dia pulang sebelum ini (kalau pun dia kerap pulang bercuti sepanjang tempoh pengajian itu), sudah tentu tidak sama dengan seorang lain (Che Long) yang ‘bertumah’ di kampung sepanjang masa itu.

 Apabila memasuki alam pekerjaan pula, kelebihan sekali lagi memihak kepada Che Long. Nama beliau mula menjadi sebutan masyarakat sebagai peniaga stor kayu yang “mudoh bbaso, senae kkiro”. Ertinya, beliau suka mempermudahkan segala urusan jual-beli, tidak terlalu ‘pegang harga’ dan pemurah.

 Sifat pekerjaannya itu juga menjadikannya berinteraksi dengan masyarakat setiap hari. Para pekerjanya adalah penduduk tempatan, pelanggan yang berurusan dengannya pula kebanyakannya dari kampung-kampung sekitar Kuala Besut juga. Cara interaksi antara mereka itu tentu sekali berbeza dengan seorang pegawai kerajaan (calon BN), yang hanya akan turun menemui masyarakat atas tugasan rasmi, di dalam menyelesaikan kes-kes tertentu sahaja.

 Kedua, perbezaan amat ketara juga ialah dalam sumbangan bakti kedua-dua mereka kepada masyarakat. Sifat dermawan Che Long kepada masyarakat Besut, terutama di Kuala Besut sendiri telah diketahui umum sejak sekian lama. Kekayaan anugerah Ilahi kepadanya menerusi usaha niaganya yang berjaya ternyata tidak dihabiskannya untuk diri dan keluarganya semata-mata.

 Hampir tidak ada program besar parti yang tidak menerima sumbangan bermakna daripada Che Long. Saya teringat dalam satu mesyuarat AJK PAS Kawasan Besut, ketika mana saya masih berada di dalam hierarki parti di situ, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Puan Napisah Ismail, membentangkan program-program yang mahu dilaksanakan sayap parti itu. Beliau lantas memohon peruntukan daripada PAS Kawasan, dan secara spesifik meminta sumbangan peribadi daripada dermawan-dermawan, terutamanya Che Long.

 Hamba Allah ini yang turut berada di dalam mesyuarat tersebut selaku Bendahari PAS Kawasan Besut tanpa teragak terus bertanya, “agak-agak berapa (RM) yang Muslimat perlukan?” Saya dimaklumkan kemudiannya, jumlah disumbangkan Che Long kepada Muslimat sangat besar, sekira-kira tidak perlu Dewan itu meminta sumbangan kewangan daripada pihak lain bagi menjayakan program tersebut. Setakat saya tahu, sumbangan itu dari poket peribadi Che Long, bukan dari akaun PAS Kawasan.

 Jumlah masjid dan surau/musolla yang mendapat sumbangan pembinaan daripada poket Che Long juga sangat banyak. Seorang sahabat baik saya yang juga seorang guru selaku penggerak sebuah surau di Kampung Keluang (Dun Kota Putera) pernah memberitahu saya bahawa kebuntuannya mencari sumber kewangan menyiapkan surau yang baru dibina di qaryahnya beberapa tahun lalu akhirnya terlerai selepas perbualan ringkas dengan Che Long. Hanya dengan satu panggilan telefon, dia mendapat peruntukan “perkakas atas”, yakni atap dan segala struktur kekuda yang menampungnya.

 Begitu juga dengan jumlah rumah kediaman golongan tidak bernasib baik yang diberikan bantuan berbagai alatan pembinaan. Dalam setiap kejadian bencana yang menimpa masyarakat di Besut, apabila perjalanan bantuan diambil menerusi saluran parti, pasti akan ada sumbangan peribadi daripada kontraktor berjaya ini. Paling tidak pun, jika parti menjanjikan pembiayaannya, Che Long tidak teragak mendahulukan perbelanjaan peribadinya untuk penyelesaian segera permasalahan rakyat.

 Pendekata, jiwa menabur bakti dan tidak “kupid” menjadikan beliau sangat sesuai dijadikan tempat mengadu hal oleh masyarakat, terutama khalayak yang tidak bernasib baik. Tidak sia-sia Alah Ta’ala berterusan menganugerahkan rezeki kepadanya. Lebih tidak sia-sia Allah mengilhamkan kepada para pemimpin PAS untuk memilih insan mulia ini sebagai sandaran menakluki hati-hati para pengundi di Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti.

Ertinya, kelebihan di pihak Che Long bukan sekadar faktor beliau anak jati Dun Kuala Besut. Beliau anak jati yang dekat dan berdampingan dengan permasalahan masyarakat. Semoga Allah membantu perjuangan ini dengan tampilnya seorang tokoh yang benar-benar “mudoh bbaso, senae kkiro” ini! (Artikel ini adalah versi asal (sebelum potong) kepada artikel disiarkan akhbar Harakah Bil. 1861, 6-9 Ramadhan 1434/15-18 Julai 2013 di ruangan 'F4 FOKUS PRK KUALA BESUT' dengan tajuk 'Che Long 'mudoh bbaso, senae kkiro')

Wednesday, 10 July 2013

N01 K. Besut 16-16 : Di antara songkok hitam tinggi dan kopiah putih


Umno semenjak dari dulu meletakkan calon mereka dalam sesuatu pilihanraya dari pelbagai 'trade' kepakaran dan 'displin' ilmu begitu juga dengan PAS.

Dari seorang peniaga, Guru, Kerani, Jurutera, Doktor Perubatan, Profesor Universiti, Ulamak dan sebagainya sebagai tawaran kepada pengundi untuk menjadi wakil mereka ke Dewan Undang Negeri mahupun ke Parlimen.

Ada ketika Profesor menang dan ada ketika Profesor kalah dengan yang kurang status akedamik jika itu menjadi asas perbandingan.

Tapi dalam konteks Malaysia pengundi pada dasarnya tidak memandang status pangkat atau latar belakang akademiknya......pengundi tengok kepada parti yang diwakili.

Lepas itu baru pengundi tengok peribadi calon samada boleh menyakinkan mereka bahawa calon itu boleh mendekati mereka ketika kesusahan, dalam bahasa sekarang 'mesra rakyat'.

Selepas daripada itu baru ditengok isu setempat.

Saya rasa calon PAS ada banyak kelebihan dari calon Umno kerana beliau dilahirkan di situ...di besarkan di situ...bekerja di situ dan mempunyai pengalaman yang luas bergaul dengan masyarakat setempat.....boleh dikatakan calon PAS sudah 'kalih' dengan budaya dan hati budi masyarakat setempat.

Walaupun calon Umno juga dilahirkan di situ dan pernah bertugas sebagai jurutera daerah di situ untuk beberapa tahun......tetapi pada hakikatnya beliau banyak meng'habis'kan masanya belajar di luar Kuala.Besut dan bertugas di luar Kuala Besut seperti di Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan di Johor.

Dalam konteks Kuala Besut rasanya calon PAS lebih memahami untuk membawa masalah masyarakat setempat ke Dewan.

Dan yang paaaaaling penting masyarakat setempat harus memahami inilah masa dan ketikanya untuk men'jatuh'kan Umno setelah gagal dalam PRU13 baru-baru ini.

Kerajaan yang zalim seperti Umno yang sudah terbukti ke'tirisan' wang rakyat, masalah tanah rakyat, masalah me'runtuh' Masjid, masalah pembangunan berpilih-pilih di antara satu daerah ke satu daerah perlu diturunkan dan digantikan dengan PAS yang telah terbukti telus dan bertanggungjawab ketika memerintah Terengganu dari 1999-2004 dulu.

Jadi Kuala Besut menjadi neraca penentu......jika PAS kalah maka Umno akan memerintah 'lagu' tulah sokmo.

Jika PAS menang, maka kedudukan Dewan Undang Terengganu menjadi seri 16-16.....makaruang untuk membaiki kesilapan rakyat Terengganu memilin Umno 17 kerusi dalam PRU13 dahulu boleh ditebus kembali dalam PRK Kuala Besut nanti

Kemenangan PAS di Kuala Besut tersangat signfikan dalam membawa halatuju Terengganu ke arah pemerintahan yang telus dan lebih 'Syariah Compliance'.

Undilah Calon PAS.....16-16 [sumber .]

al-brangionline:

Saya merasakan pengundi Kuala Besut adalah pengundi yang bijak.

Tuesday, 9 July 2013

Muhyiddin : Semangat Ramadhon......kukuhkan perpaduan.....K.Besut diberi WO pada PAS? :


Setiapkali PRU atau PRK, ungkapan 'perpaduan' sentiasa meniti2 di bibir-bibir pemimpin Umno, namun ia hanya suatu retorik......selepas itu ia keluar bersama 'kemenyan hantu' .....busuk 'kohong'.

 PRK Kuala Besut tidak terkecuali, Muhyiddin selaku Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut seperti biasa akan menganjurkan 'ratib' ber'musim'nya.....kononnya mengajak 'perpaduan' antara sesaudara Islam di Malaysia.....kalau betul bagai dikata......ini petanda baik bagi PAS.

Buktikan kata-kata 'hikmat' itu.....InsyaAllah PAS akan dapat 'walk-over' dari Umno......apabila kedudukan seri 16-16 boleh kita adakan 'replay'...tak payah nak susah2.....ada berani?

 al-brangionline:

 Peluang PAS untuk ambik tendangan 'penalty' ini dan jadikan kedudukan 16-16 untuk 'replay'.

p/s

Saya mengambil peluag ini untuk menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf zahir dan bathin jika ada terkasar bahasa ketika ber'blogging'......Selamat menjalani ibadah puasa...jom kita bersolat jemaah, bertarawin dan bertadarrus Al-Quran.

Selamat Datang Ramadhon Al-Mubarak
_____________________________________________________________________________ 

Ambil Semangat Ramadan, Kukuhkan Tali Persaudaraan
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke-10 di Bangunan Parlimen di KUala Lumpur hari ini / Pc: BernamaTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke-10 di Bangunan Parlimen di KUala Lumpur hari ini / Pc: BernamaKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh umat Islam agar mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ummah agar Islam sentiasa disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh umat manusia.
Muhyiddin berkata simbol perpaduan ummah sejagat itu lebih terserlah apabila umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira batas sempadan bangsa dan negara, bahasa dan budaya sama-sama menyambut kehadiran bulan Ramadan esok dengan menjalani ibadah puasa dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.

"Marilah kita bersama-sama menghias bulan ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T serta memohon keampunan-Nya.

"Mudah-mudahan, ibadah puasa yang kita jalani sepanjang bulan Ramadan ini akan menjadikan kita insan yang sabar menempuh ujian dan dugaan yang mendatang," katanya dalam perutusan sempena bulan Ramadan di sini hari ini.

Beliau berkata ibadat zakat fitrah yang ditunaikan dan sedekah jariah yang sering diamalkan sepanjang bulan Ramadan juga mudah-mudahan dapat menyemai rasa kasih sayang kepada sesama insan.

Muhyiddin berkata rakyat Malaysia terutama umat Islam seharusnya bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa dan melaksanakan amalan-amalan lain sepanjang bulan Ramadan dalam suasana yang aman dan makmur.

"Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, kita mendoakan agar umat Islam di Palestin, Mesir, Syria dan di negara-negara lain yang sedang bergolak cekal mengharungi dugaan.

"Mudah-mudahan pergolakan yang berlaku di negara-negara ini segera berakhir dan umat Islam di sana dikurniakan nikmat keamanan dan kemakmuran yang berkekalan oleh ALLAH S.W.T," katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat dan mendoakan agar ibadah puasa yang dijalani diterima oleh ALLAH S.W.T dan dibukakan pintu keampunan dan rahmat-Nya serta menjadikan kita insan yang lebih bertakwa. [sumber .]

Sunday, 7 July 2013

Percikan darah di Mesir......percikan 'darah' di SUKMA......mangsa keganasan


Darah berpercikan di Mesir......akibat pertempuran antara hak dengan bathil.

Apa kurangnya di SUKMA..... di situ, darah.juga ber'percikan' ......akibat kelunturan iman dan keruntuhan moral.

Apa yang nak dimegahkan dengan SUKMA?

Adakah pencapaian jumlah pingat emas jadi kayuukur sebuah kejayaan.

Bagaimana minuman keras senang diperolehi dalam perkampongan sukan?

Bukankah sebelum daripada ini telah berlaku peristiwa ber'darah' yang sama di SUKMA Melaka dahulu?[sumber .]

al-brangionline:

Inilah dia transformasi politik dalam sukan?......alahai.....hidup amenuuu yang dikelilingi oleh ulaaarmak

___________________________________________________________________________

Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu. 

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan. [sumber .]

Thursday, 4 July 2013

'Menyambut' Ramadhon Al-Mubarak dengan percikan bunga api dan darah?......dasyatnya




Apabila Presiden Mesir (diturunkan melalui satu rampasan kuasa tentera) Dr. Morsi menang dalam piliharaya tahun lalu, beliau mengambil langkah 'damai' dengan penyokong kuat Hosni Mubarak dengan melantik Abdel Fattah Al-Sisi sebagai General dan Menteri Petahanan serta melantik Adly ('Ugly') Mansour sebagai Ketua Hakim.

Sekarang General yang sama memberi tempoh 48 jam kepada Dr. Morsi turun dan setelah tamat tempoh itu beliau mengetuai rampasan tentera ke atas Presiden pilihan rakyat Mesir dan melantik Adly ('Ugly') Mansour sebagai Presiden sementara.

Saya tidak berhajat berbincang siapa dalang disebalik coup d'etat itu tapi satu pengajaran kepada pemain-pemain politik di Malaysia, apabila berjaya memenangi pilihanraya sesuatu negeri agar berhati-hati mengekalkan atau melantik baru jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran agar mereka tidak mendatangkan masalah kepada pentadbiran baru..

al-brangionline:

Dilema...nak mencantas dikhuatiri dikatakan terlalu drastik...nak kekalkan mereka akan 'gigit' kita balik.....

Wednesday, 3 July 2013

Syabas Khalid......terima kasih atas kepintaran anda

Syabas TS Abdul Khalid Ibrahim.....tapi tidak kepada SYABAS.

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju (satu perkara yang agak mustahil sebelum daripada ini......Kerajaan Persekutuan boleh bersetuju dengan mana-mana Kerajaan Negeri pembangkang atas apa-apa isu) kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat yang di kepalai oleh YAB Menteri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk 'mengambilalih' 4 konsensi air sebelum ini yakni di zaman Umno/BN iaitu Empat syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS. [sumber .] [sumber .]

al-brangionline:

Jika tadbirurusnya dijalankan dengan baik maka keberkatan akan terserlah.

Tuesday, 2 July 2013

Awas!!! Pabila 'air tangan' sang isteri tak semanis dahulu

Gambar sebagai hiasan [sumber .]

Mangsa keadaan......pabila sang isteri berkerjaya......maka tiada pilihan kecuali mencari 'bibik'......walaupun mahal bayarannya.......ia menjadi lebih mahal bayarannya pabila 'air tangan' sang isteri sudah tidak semanis dan se 'cukup rasa' lagi berbanding dengan 'air tangan' sang bibik......aduhai...

al-brangionline:

Awas pak.....hati-hati pak...hati-hati mas...maka para bapak pun terus 'cair.

________________________________________________________________________

Kos Baru Ambil Amah Indonesia RM8,000
Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju supaya pengambilan pembantu rumah asing (PRA) dari Indonesia disegerakan dengan kos sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap majikan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar kos yang dikenakan itu dibuat setelah mengambil kira kos yang wujud antara kedua-dua negara.
"Ini sudah dikaji oleh semua pihak termasuk Indonesia. Mereka minta dengan alasan kalau nak kekalkan kadar yang asal itu tak mungkin boleh dibuat.
"Kita pun tak mungkin mudah nak bersetuju, tapi apabila dikaji kita dapati itulah kadar yang sesuai walaupun dilihat agak tinggi.
"Tetapi itulah kadar yang kita persetujui dengan mengambil kira perbandingan dengan negara-negara penerima yang lain," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (JKKPA-PATI) di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Menurut Muhyiddin perubahan struktur kos sebanyak RM8,000 ini dibuat selepas mengambil kira kos seperti latihan selama 200 jam, dokumen perjalanan, makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan.
Tambah beliau peningkatan itu juga mengambil kira kos pengangkutan, pemeriksaan kesihatan, serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara.
Sebelum ini menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.
Selain itu Muhyiddin berkata, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan supaya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 tidak terpakai kepada pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.
Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.[sumber .]

Monday, 1 July 2013

Azmin tidak 'bodoh' cuma Khalid lagi 'cerdik'


Siapa kata Azmin 'bodoh'?

Azmin tidak 'bodoh'......walaupun dia kata PKR pernah menang di Kuala Besut pada 1999.....dia memang 'cerdik'....mustahil juak2 kelilingnya tak tegur dia,......ini semua saja nak acah2 nak tengok jentera pilihanraya PAS dalam tip-top ke tidak.....dalam sifir politiknya perlu kena 'test-market'.

Azmin juga mem'pertikai' keperluan Kerajaan Selangor di bawah TS Khalid yang akan membentang belajawan tambahan sebanyak RM761 juta dalam sidang DUN kali ini......bukan dia tidak tahu mencongak atau membaca sifir politik akan keperluan itu......cumanya TS Khalid kelihatan lebih arif dan cerdik dalam membaca sifir ini.

Seterusnya sila baca selanjutnya DI SINI .

al-brangionline:

Kekadang nafsu orang muda membuak-buak hingga nampak semacam gelojoh.