Followers

Sunday, 30 June 2013

Tikam belakang tak pun mati...lain kali pakailah seluar sendiri.....nanti terlondeh ketika asyik ber'jabbing'.....

Kota Damansara dikatakan di'tikam' dari belakang......tapi 'mangsa'nya tak pun 'mati', malah masa bisa meng'hentam' dalam kongressnya.

Tapi 'kencing' sambil 'menumbuk' di Jelapang dan Semenyih, bagaimana pulak? [sumber .]

N 36 Kota Damansara                       N 24 Semenyih                       N31 Jelapang
PSM (Pakai 'seluar' PKR) 14860        PSM     5568                          PSM   2568
BN                                   16387        PKR   13471                             BN   4655
PAS                                   7312          BN   17616                           DAP 16921

al-brangionline:
Tulah lain kali pakai 'glove' sendiri dan pakai seluar sendiri......takut ketika tengah ber'jabbing' terlondeh seluar.

Saturday, 29 June 2013

Libasan terakhir.....nafsu terlempias sudah

[sumber .]
Penjenayah paling kejam......hati kering.....meliwat...membunuh...mem'bakar'

[sumber .]

'Pelakon' yang sentiasa di alam fantasi......berpijaklah kebumi...ke alam realiti bro...kehidupan ini sangat pendek.
al-brangionline:

Hudud.....pencegahan datang dari Allah

Friday, 28 June 2013

'Jejaka Perasan' 'angau' dipintu masuk DUN Pulau Pinang


Seorang wartawan Utusan Malaysia membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis "Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di George Town apabila tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang pada Jumaat. Foto LIM BENG TATT / THE STAR 


al-brangionline:

Semenjak bila ngko pandai bercakap pasal 'ketelusan' ni.....tahun depan bakal jadi calon maharaja lawak mega.....sebelum tuh mari nak tergelak sebagai meraikannya......kakakakaka.....

BERITA

Wartawan Utusan Tidak Dibenar Buat Liputan Majlis Angkat Sumpah Adun P.Pinang
GEORGE TOWN: Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang di sini, Jumaat.
Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.
Firdaus berkata, pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.
"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita disini, Jumaat.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protessecara berseorangan dengan memegang kad bertulis "Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.
Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.
Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.
"Tetapi, kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baru dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.
Speaker DUN yang baru, Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUNyang telah menguna pakai arahan lama.
"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.
Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. - BERNAMA

Thursday, 27 June 2013

Garang...bakal 'terbuang', selamat tinggal Naib Presiden






al-brangionline:

Garang tapi sayang bakal terbuang......selamat 'tinggal' Naib Presiden......sila baca DI SINI dan DI SINI .

Wednesday, 26 June 2013

Perjuangan adalah perlaksanaan kata2??.....adeeeesss sodapnya makan 'CABAI' @ CILI @LADA......




Habis nama 'benda' orang perempuan disebutnya.
Bila kita sebut perempuan, maka ia termasuklah mak kita, mak mertua kita, isteri kita, adik perempuan kita, kakak kita dan ipar duai perempuan kita serta biras2 perempuan kita termasuk semua anak2 saudara perempuan kita selagi mereka ada 'benda' itu.

Baru diri ini nak faham, rupa2nya dalam sebuah perjuangan......semua nama benda seperti nama2 binatang, nama2 alat sulit lelaki/perempuan disebut untuk menguat hujah kita...oh begitu ye...baru ku tahu.

Rupa2nya dalam sesebuah perjuangan, semua orang mesti ikut cakap kita, tuturkata kita, lengok bahasa kita, cara kita, lagak kita, lompatan kita, pembaringan kita......cakap orang lain semuanya pembohong, perjuangan orang lain semuanya hipokrit......dan lagi dan lagi..

Sebab itu orang ramai diluar sana, meleleh air liur mempertahankan kita dek keberanian kita yg luar biasa termasuklah para Ostad2 yg malamnya mengajak orang ramai bertaqwa dan bertaqarrub kepada Allah SWT, menganjurkan AlQuran dibaca selalu, dihafal dan diamalkan...kalau boleh jadilah kita AlQuran bergerak tapi sayang sekali disiangnya Ostad2 inilah jugak mempertahankan kita dari kritikan orang ramai kerana seseorang pejuang itu 'suci' dari kritikan orang ramai.

Rupa2nya seseorang pejuang yang berani akan mem'bebas'kan diri mereka dengan  ber'Qiam' ditempat awam, berbaring di laluan orang ramai atas Hak Berhimpun Secara aman..lunak bunyinya....sejuk perut ibu mengandung bila tahu akan hal ini.....

Vocabulary ku hampir2 keliru di antara 'cabai' dan 'cibai'.....ia kedengaran sangat dan sungguh lembut dan lunak......di sebut seolah-olah kita menyebut perkataan seperti , 'anak arnab', 'anak kucing', 'anak ikan'....dan lain-lain....seperti kita sebut perkataan, 'nasi arab', 'nasi mamak', 'rendang daging', 'satay ayam'...lunak dan enak didengar oleh anak2 kita, isteri kita, mak kita dan sekelian warga Malaysia......aduhai.....

Diri ini jugak naik keliru kalau2 ungkapan seperti 'anak babi', 'anak mawas', 'anak kera','anak beruk', 'anak lotong', 'anak haram' itu membawa erti yang sama seperti ungkapan/perkataan di atas...ia seolah-olah tersangat lembut bak sutera, lunak didengar, senang dihafal...

Diri ini jugak naik hairan apakah masyarakat Malaysia hari ini semuanya sudah keliru dengan diri sendiri?

al-brangionline:

Selamat jalan pada 'Perjuangan adalah perlaksanaan kata2.....huhu.

Monday, 24 June 2013

Aku tak kata Anwar ada 2 wajah.....tapi aku nampak 'semacam' ada imej bertindan......

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.

pakatan convention de palma 230613"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.

"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.

"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.

"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya. [sumber .]

Petikan di atas adalah sebahagian daripada ucapan Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin 23 Jun 2013 di Ampang.

Sinis nampaknya bro Anwar kita......kami akar umbi penyokong PR tertanya-tanya jugak siapa hamba Allah itu?......semacam perli kat Azmin je...ke perlu TG Abdul Hadi Awang?

Jangan perasan hanya kita saja yang mahu perubahan......semua orang dalam PR mahukan perubahan......jangan menidakkan usaha mereka yang mahukan perubahan.....mungkin mereka tidak se'laju' anda....mungkin mereka tidak se'berani' anda.....tapi mereka yang anda sangkakan itu mempunyai cara mereka tersendiri walaupun hajat dan tujuan kita sama.mungkin mereka tidak sehebat 'lakonan' anda seperti gambar-gambar di bawah.....ketika anda sedang menikmati juadah......mereka diluar sana berkorban untuk anda......ada sesetengah sahabat di fb mengeluh...sekurang-kurangnya anda men'jauhi dulu 'sahabat-sahabat lama dalam Umno' dulu sekurang-kurangnya untuk hari ini dimana mereka di luar sana menggadai nyawa untuk anda.





[sumber .]
al-brangionline:

Cakap siang pandang-pandang......cakap malam dengar-dengar.

Jangan cakap tak serupa bikin.

Rentetan 'Blackout 505': Kesopanan dan Kesusilaan dalam perjuangan

Aktivis berbaring di jalan utama menuju ke Parlimen [ sumber .]

Senaman 'tonggeng pungkoq' di depan rumah Ambiga suatu waktu dulu

Di antara peserta 'Blackout505' di Padang Merbok pada 22 Jun 2013

'Blackout505' pada 22 Jun 2013 di Padang Merbok........sebahagiannya melarat ke hari ini......

al-brangionline:

Kesopanan dan Kesusilaan dalam perjuangan......Rakyat boleh adili

Sunday, 23 June 2013

Mereka 'uut uut ' kat mana?......hanya DBKL dan Cikgu Bard yang tahu kot...itu pun nak tanya.....




Boring arh......sampai ke orang 'melepas' kat mana pun ditanya.

Sahabat sahabat kat Surau bertanya......solat, 'melepas'...mandi manda kat mana?


Yang lebih nakal lagi tanya...adake 'home-guard' yang jaga sentry?......kan banyak khemah kat situ...mana nak tahu tiba-tiba dalam 'blackout' ada yang tersalah masuk khemah......saya jawab, depa tak terfikir pun ke situ dalam keadaan begitu....alahai...macam-macam ditanya...nampak sangat tak pernah pergi berdemo.

Malas nak layanlah.....saya geram, nak tahu lebih jelas tanyalah sendiri dengan DBKL dan counter balik dengan Cikgu Bard nantikan difitnah bagai oleh DBKL

Dalam hati...si Se-fool berhari-hari tak mandi 'wajib', itu pun kau tanya dia......

al-brangionline:

Menunggu berita bila Datuk Husam dibebaskan. [sumber .] [sumber. ]

Thursday, 20 June 2013

Apa specialnya PSM hinggakan Saifuddin di'piat' oleh Anwar?


Tak perlu disentuh lagi pasal Kota Damansara atau Jelapang atau pun Semenyih......itu semua sudah jadi 'Senandung Semalam'.

Pada mulanya Saifuddin Nasution beri kenyataan seperti DI SINI......tup...tup...Anwar pulak beri kenyataan seperti DI SINI .

Persoalannya apa kelebihan...kekuatan PSM sehingga jadi begitu......adesss terasa telinga Saifuddin bagai di'piat-piat' oleh Anwar.

Ada 'orang' tu mesti seronok bila tengok Saifuddin di'piat' begitu.

al-brangionline:
Penangan parti cap penumbuk......huhu

Wednesday, 19 June 2013

UG versi golongan 'desperado' dalam PAS dan yang se'waktu' dengannya


Setiap kali musim piliharaya kecil atau umum.....akan ada macai-macai dari Umno melaung-laungkan kerjasama Umno-PAS bertujuan untuk memcahbelahkan Pakatan Rakyat.

Di ketika itu kalau ada gambar baru atau lama Umno sedang berjabat-tangan dengan pimpimpin tertinggi PAS, maka macai-macai PR sendiri tak payah diupah akan membelasah dalam Fb dan blog masing-masing.

Blog ini telah memerhatikan macai-macai yang mengharubirukan bukan dari Umno, mereka adalah dari kononnya penyokong PR sendiri dan beberapa kerat orang PAS.

Dan juga di setiapkali musim permilihan PAS akan ada segolongan pimpinan tertinggi PAS yang memang 'anti' Ulamak akan membuat kenyataan seolah-olah wujud pertemuan sulit apa yang dinamakan UG.

Blog ini telah lama memerhatikan rakan fb dan blogger yang kononnya pro PR.....sebenarnya mereka inilah musang berbulu ayam......mereka memang 'anti-ulamak'......teramat sukar nak membuktikan secara seketul-seketul macam sesorang pegang daging lembu mentah.....mereka akan membuat status berupa provokasi, instigate, pertanyaan dengan harapan pembaca akan terpengaruh.....sebagai contoh...."Gologan ulamak tidak boleh dikritik".....apa, selama ini kamu memaki hamun dalam facebook dan blog, itu bukan namanya kritik?

Mereka ber'taqiyyah' sama seperti golongan Syiah......mereka merasakan dengan memakai 'jenama' sekarang' terlalu lambat untuk mencapai cita-cita mereka......mereka merasakan jika golongan ulamak dipinggirkan mereka lebih senang bergerak kerana golongan ulamaklah yang membataskan 'halal-haram' pergerakan mereka.

Penyokong PR samada blogger atau bukan memang majoriti menolak ulamak kerana mereka memang pun merasakan golongan ulamak merencat serta membantutkan 'road-map' mereka ke Putrajaya.

Saya pada mulanya memang mangambil sikap 'reserve' apabila kekawan membongkar wujudnya golongan Anwariyyun @ Anwarinas @ Erdogan di dalam PAS......tetapi selepas memasuki alam 'blogging' dan alam 'facebook', semacam ada kebenaran kata-kata itu......ini dapat di nilai daripada berbagai posting samada dalam fb mahupun blog.

Hanya masa yang akan menentukan kebenaran 'kata-kata' itu dan saya amat yakin hanya yang betul-betul ikhlas saja yang dapat bertahan dengan 'jenama' yang menjadi igauan kepada golongan gelojoh ini.

al-brangionline:

Baru sekarang aku dapat membeza apa itu 'hipokrit' dan apa itu 'munafik'......apa itu kekecewaan dan apa itu desperado dalam berpolitik.

Artikel di bawah hanya sebagai 'iringan' kepada posting di atas......ia tiada berkaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
_____________________________________________________________________________

Dzulkefly: PAS-Umno harus kekal terpisah
 
Anggota jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad menyokong penuh kenyataan mursyidul am parti Islam itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang sebarang usaha untuk mengadakan 'muzakarah perpaduan' dengan Umno.

Ketika spekulasi bahawa idea itu masih diteruskan dalam diam, Dzulkefly berkata, PAS harus "kekal di luar Umno" untuk menjadi agen semak dan imbang dalam politik negara.

"PAS dan Umno harus wujud sebagai entiti yang terasing ekoran keperluan kualiti semak dan imbang untuk kebaikan negara ini. Perpaduan Melayu dan Islam tidak bermaksud dua pihak mesti berada dalam organisasi yang sama," katanya.

"Sudah tentu kamu mahu mengukuhkan Melayu dan kedaulatan Islam, tetapi 'perpaduan politik' itu mungkin membawa kezaliman dalam bentuk yang lain.

"Ia boleh mendorong berlakunya salah guna kuasa, yang salah menurut sebarang agama, termasuk Islam. Dua entiti berbeza akan menjadi semak dan imbang lebih baik."

Tuesday, 18 June 2013

Jangan me'Mugabe'kan Malaysia, Madey ingin kembali ke alam ber'tatih'?


Bayi yang baru belajar bertatih tentulah tidak bebas pergerakannya......bahkan perlu pemantauan penjaganya...ini untuk mengelakkan bayi itu jatuh atau terhantuk apa-apa yang membahayakan bayi tersebut.

Itu khas untuk bayi...mesti ada penjagaan atau pemantauan. untuk keselamatannya semasa proses pembesarannya.

Tapi untuk rakyat Malaysia mahu dibendung seperti itu......di sekat pergerakannya adalah satu penghinaan bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi...ini bukan negara pemerintahan Mugabe...ini bukan zoo seperti di Hulu Klang atau pun di Air Keroh...ini Malaysia yang sudah Merdeka 56 tahun yang lalu.

Ini satu usaha memperendahkan keintelektualan rakyat Malaysia kalau Umno masih lagi mengikut 'leteran' Madey yang jelas mungkin dirinya sendiri pun semacam nak balik semula ke alam ber'tatih.

al-brangionline:

Lagi banyak biar dia bercakap lagi meluat orang terhadapnya. [sumber .]
______________________________________________________________________________
Dr M: Kurangkan kebebasan untuk M'sia lebih baik
7:01PM Jun 18 2013 
Rakyat Malaysia mesti belajar hidup dalam keadaan kurang kebebasan jika mahu membina Malaysia yang lebih baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita mesti kurangkan sedikit kebebasan kita, kawal diri dan kawalan kendiri," katanya dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Katanya, terlalu banyak kebebasan menyebabkan lebih peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalah guna dan mengeksploitasi kebebasan, yang menyebabkan ketidakstabilan.

Bercakap dalam sesi berkaitan politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyebut isu perkauman sensitif yang kerap dibangkitkan kebelakangan ini apabila undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri tiada lagi.

Orang Melayu tidak takutkan DAP.....tapi, bahkan 'takut'kan Melayu itu sendiri

Kalau saya dicapkan sebagai melawan arus...biarkan.

Saya menulis ini hanya nak melepaskan apa yang saya dengar, nampak dan rasa.

Kalau nak cerca...cercalah...janji allah tidak cerca saya.

Saya menulis bukan mengharap wang ringgit....cuma ingin merasa serta mencari 'kepuasan dalam kebenaran' mengikut cara saya.

Dalam negara demokrasi, rasanya saya jugak berhak menyuarakan rasa hati saya sebagaimana anda merasakan anda berhak untuk mencari kebenaran mengikut cara anda.

Pokoknya bukan kita nak cari siapa menang siapa kalah...yang penting PR menang mungkin di PRU14...15...16...hanya Allah yang akan menentukan.

'Kerja-kerja' ke jalan raya bukan satu-dua malah sudah berkali-kali diadakan...Bersih 1.0, Bersih 2.0...Bersih 3.0...'Black-out505-1.0, 'Black-out505-2.0......-3.0....-4.0....finalle, tapi apa hasilnya?

Umno tetap mem'buta'kan matahatinya dan me'mekak'kan deria dengar mereka.

Saya tetap bersama perjuangan PR dan memang mengaku permainan 'silap-mata' oleh SPR tapi dalam masa yang kalau kita dapati cara kita 'melawan' melalui jalanraya tidak berkesan dan rasanya ada benarnya ketidakberkesanan cara itu melalui terbuktinya kita kalah di kawasan Melayu di luar bandar selain minda mereka terbelenggu dengan retorik Umno, dalam masa yang sama mereka juga memerhati gelagat PR yang mengaku sebagai parti alternatif untuk mengantikan Umno.

PR seharusnya menunjukkan gelagat yang betul-betul menyakinkan mereka bahawa memang PR betul-betul berhasrat nak ke Putrajaya.

Memang sudah menjadi sifat Melayu......keras memang berlawan dengan keras......selagi PR tunjuk dengan lagak semacam 'taiko' maka di sebelahsana mereka jugak akan tunjuk malah berlebih lagi gedebenya.

Bukan PR tidak boleh berkeras...tapi biarlah kena pada tempatnya.....saya berani menyatakan kalau modus operandi PR dengan hanya menggengam tangan dipodium menunjukkan kepetahan berpidato (kononnya itulah hasrat anak muda.....jangan lupa diluar bandar pun ramai anak muda yang membenci gelagat yang dipamerkan anak muda dibandar) dan bermandikan peluh di dalam ke'gelap'an.

al-brangionline:

Ingin mencari kebenaran dalam terang.
________________________________________________________________________________
Dr Dzul: Umno eksploitasi ketakutan orang Melayu
 
Umno telah berjaya mengeksploitasi ketakutan di kalangan orang Melayu dengan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat yang kuat akan menjadikan DAP dominan, kata ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, strategi ini digunakan Umno dengan berjaya di kawasan luar bandar dan di kalangan segelintir Melayu bandar - termasuklah di kalangan Melayu profesional, bekas pegawai kerajaan dan teknokrat.

Kumpulan ini katanya menolak PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu, katanya.

Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu berkata, orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina, tidak ada masalah untuk menyokong PAS yang berasaskan Islam.

Justeru katanya, PAS dan Pakatan perlu meredakan ketakutan ini di kalangan Melayu, terutamanya di kalangan profesional, sebelum pilihan raya umum ke-14 dalam masa lima tahun lagi. [sumber .]

Monday, 17 June 2013

Dah 'jalur keras' pulak.....jalur 'lembik' ada ke dalam PAS?......


Dah jalur keras pulak dah......
Habih tu jalur lembik...jalur lebar...jalur sempit...jalur bercabang...bercabang-cabang jalur...jalur hijau cair...jalur hijau pekat...jalur hijau kebiru2an...jalur hijau kemerah2an semuanya ada ke dalam PAS ni?

Yang aku tahu aku hanya mengambil satu jalur je......

al-brangionline:

Zaman kecik2 dulu suka sangat dengan baju tidur berjalur.

______________________________________________________________________
'Kempen jalur keras menjelang muktamar PAS bermula'
11:04AM Jun 17 2013
Sebuah kumpulan hak asasi manusia hari ini mengaitkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan kempen "jalur keras" menjelang muktamar pemilihan PAS dengan menggunakan isu kemazhaban dalam Islam.

Mengulas kenyataannya bahawa Syiah berpotensi menjadi fahaman berbahaya, Setiausaha Agung AsSajjad Movement Husin Sajjad menyifatkan tindakan itu tidak sihat dan tidak bertanggungjawab.

NONE"Adalah dipercayai, kata-kata beliau ‘tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri' merupakan satu modal kempen awal oleh blok ‘Islam keras'," dakwa Husin.

Mohd Amar pada 14 Jun lalu dilapor menggesa semua pihak berperanan serius memastikan fahaman Syiah tidak menular dan masyarakat Islam mesti mengukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi mengelak kesan buruk sebagaimana yang kini berlaku di Syria.

Timbalan pesuruhjaya III PAS Kelantan itu juga berkata, ulama Syria pernah mendedahkan kekesalan kerana membiarkan golongan Syiah Alawiyah yang merupakan penduduk minoriti menguasai tampuk pemerintahan negara, sekali gus menindas penduduk majoriti yang berfahaman ASWJ.

"Kumpulan Syiah ini apabila mereka 'di atas' (berkuasa), mereka menekan orang-orang Sunni," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan pejabat PAS Kelantan di Kota Baharu.

pas muktamar 130610 abdul hadi awangDalam kenyataannya hari ini, Husin berkata, kenyataan itu juga tidak konsisten dengan penyertaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Taqrib Antara Mazhab di Tehran, Iran pada Mac 2010.

Menurut Husin, dalam kunjungan hormat dengan Parti Motalefeh, mereka bertemu dengan Saedi Amani, setiausaha agung parti berkenaan yang dirujuk oleh Harakah, organ rasmi parti PAS sebagai "parti Ahmadinejad".

"Kami di AsSajjad Movement ingin menasihatkan Mohd Amar bahawa niat terselindung beliau dan kem ‘jalur keras' dalam PAS untuk mencemarkan nama baik presiden dan mengaitkannya dengan isu kemazhaban merupakan satu langkah politik yang fatal dan akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri," katanya.
pas muktamar voting 030611Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan berlangsung di Selangor pada 22 hingga 24 November depan.
Mesyuarat agung tahunan PAS bagi peringkat cawangan pula ditetapkan bermula 25 Mei ini hingga 15 Julai manakala peringkat kawasan 12 Ogos hingga 30 September.

Sementara Muktamar Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.

Muktamar tahun ini akan menyaksikan pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya, 2013 hingga 2015.

[sumber .]

Saturday, 15 June 2013

Anwar jumpa lagi Najib di Jakarta?......Muhyiddin tak jeleske?...PAS tak pun.

Gambar sebagai hiasan

Kenapa mesti disensasi dan dispekulasikan?
Kata orang-orang tua, tak ada angin tak mungkin pohon boleh bergoyang......tak ada bangkai tak mungkin ada gagak...tak ada taik tak mungkin ada langau...tak ada penonton tak mungkin ada panggung...tak ada lagu tak mungkin ada irama.

Kenapa tanya Muhyiddin jeles ke tidak?
Mahu dia tak jeles......kan inilah peluang terakhir dia nak jadi Perdana Menteri....itu bergantunglah sejauh mana dia rasa dia kuat untuk lawan Najib dalam pemilihan Umno nanti.

Kenapa kata PAS tak jeles pun?
Memang tak jeles pun. Kalau berjumpa betul2 ke atau hanya terserempak berselisih bahu dan berhenti pekena Bakso Jawa serta minum jamu rapat sepakat-kapit berikat ke.....lantak komer le.
Ini bukan kali pertama......sebelum PRU13 dulu pun Anwar pernah buat perjanjian "_ _ _ _ _ _ _" dengan Najib di bumi 'Garuda Berwali songo' ni.

Takkan tak jeles sikit2 pun?
Apa nak jeleskan......kan kedua2nya lahir dari 'lubang' yang sama......mereka saling tahu-menahu luar dan dalam hati budi masing-masing.....mereka saling faham-memahami bahasa badan masing-masing macam si-kembar siam, satu badan...satu perasaan walaupun berkepala dua.

Apa kata macai kedua2nya nanti?

Oh itu pertemua biasa di antara Perdana Menteri dengan bakal Perdana Menteri.
Lagi pun pertemua itu mungkin berlangsung di dalam keadaan terang benderang...bukan dalam gelap......jauh sekali tengah-tengah berbincang ada Wak Supir pergi tutup 'main switch' lalu 'Black-out' kerana dalam gelap boleh menimbulkan fitnah......haha
Pertemuan itu untuk berbincang bagaimana nak bubarkan SPR...lepas tu nak bubarkan Parlimen untuk PRU semula...sebelum itu kena buat banyak lagi 'Black-out505' di seluruh negara sebagai justifikasi pembubaran Parlimen.
Kalau para huffaz diumumkan dapat insentif, para pendemo juga akan diberi insentif mengikut jam dan jaguhnya akan diberi anugerah negara serta ada berjala atas karpet merah.

Apa spekulasi pertemuan ini?

Oh macam-macam......mungkin Najib tak mahu Ku Li atau Muhyiddin menumbangkannya...jadi dia perlukan ke'pakaran' serta ke'licik'an Anwar selama ini untuk bantunya kekal dengan syarat dia akan jaga Anwar dan parti Anwar......atau......

Mungkin Najib akan cuba pujuk Anwar dan parti Anwar berhijrah secara en bloc dan akan serah jawatan PM pada Anwar dengan syarat Anwar akan jaganya........oi dahsyatnya....tak mungkinlah...tapi tak mustahil kan?.......atau......

Mungkin Najib dan Anwar akan 'letak senjata'......masing-masing tak akan serang menyerang sehingga PRU14......atau......

Bermacam-macam lagilah.

[sumber .]

al-brangionline:

Walau apapun kesangsian tetap akan wujud

Thursday, 13 June 2013

Ku Li Sasar jawatan PM 24 Jun?......jangan sasar tukar jadi 'sasau'


Kalau kat orang kampong Ali Lasterm, pagar disebut pagau
Kalau ular jadi ulau
Kalau sasar jadi sasau ke?......kalau salah tolong betulkan.

Sekarang mana orang kata PRU13 adalah yang paling kotor.....ini semuannya kerana SPR...SPR...SPR.
Hinggakan ada yang kata boikot Majlis Angkat Sumpah Parlimen.....ada yang kata udah buat U-turn...tak jadi boikot......walau apapun ramai mengatakan PRU13 menghsailkan buah yang 'haram'.

Setelah PR gagal ke Putrajaya yang bermakna Anwar pun turut gagal jadi PM yang baru, timbul pulak cerita Ku Li veteran Gua Musang men'sasar'kan jawatan PM dengan bantuan sekian jumlah MP dari Sabah dan Sarawak dan cuba memujuk sekian jumlah MP PAS dan DAP.

Teorinya yang nampak semudah makan keropok lekor iaitu ahli BN yang frust dengan Najib dari Sabah dan Sarawak dan dalam masa yang sama ahli BN dari Semenanjung yang tidak suka kepada Muhyiddin dan Anwar, dengan bantuan PAS dan DAP akan 'me'nobat'kan otai berdarah Raja ini menjadi Perdana Menteri dengan cara ala-ala "Anwar sasar PM-16 September 08" apabila Parlimen bersidang 24 Jun nanti.

Saya tidak bercadang mencongak dengan kaedah mathematik sasaran berapa jumlah MP dari PAS, DAP serta BN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) bagi menjayakan sasaran yang berkemungkinan akan menjadi 'sasau' kerana dari awal-awal lagi saya tidak bersetuju kaedah 'merompak di tengahari buta' ini.

Secara prinsipnya umum bersetuju PRU13 itu sendiri menghasilkan buah yang 'haram'......jadi menghasilkan PM yang baru dengan cara 'merompak ditengahari buta' itu bagi saya jugak secara 'haram', maka jadi dua kali haram...lepas itu akan lantik Jemaah Kabinet, yang juga tempias 'haram'nya...maka akan jadi 3 kali haram iaitu...haram...haram...haram...dan berkemungkinan di masa akan datang akan berulang-ulang lagi 'precedent' ini...dan tiap sesuatu yang 'haram' itu tidaklah sihat.

al-brangionline:

Jangan sasar bertukar jadi 'sasau'. [sumber .]

Wednesday, 12 June 2013

Ketua Pembangkang: Awas!!! PAS jangan masuk 'jerat politik'

Daripada dulu sampaikan sekarang, saya cuba memahami apa makna perkataan "shrewd".

Saya cuba memahami kenapa M.Kuppan, bekas jurulatih Harimau Malaya pada era 70an yang sekarang mungkin sudah di'lupa'kan peminat disifatkan sebagai ......a 'shrewd tactician' oleh sebuah akhbar berbahasa inggeris.......perlahan2 saya cuba memahami sedikit demi sedikit......jurulatih yang mendapat penghormatan yang tinggi daripada pemain hinggakan setiap kali berselisih dengannya pemain dikatakan akan wish, Good Evening Sir...Good Morning Sir......jurulatih ini banyak dan berani membuat kombinasi pemain di bahagian pertahanan, tengah dan serangan yang tepat dan menjadi.....tak tahulah mungkin nasibnya baik kerana ketika itu banyak pemain yang berkualiti seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Allahyarham SuperMokh dll.....tapi ada jugak jurulatih yang gagal walaupun ada pemain berkualiti.......rupan2nya 'smart', tajam pengamatan, berani serta berpengetahuan tinggi adalah ciri2 'shrewd tactician.

Selepas itu bila mencebur diri dalam bidang 'blog' ini saya didedahkan lah ungkapan "shrewd" oleh sorang sahabat blogger (mentor politik) yang menulis tentang sorang politician tersohor yang digelarnya.....a 'shrewd politician'......bila saya cuba menyelami apa sebab musabab orang itu digelar a 'shrewd politician'......lama kelamaan baru saya cuba nak faham apa itu a 'shrewd politician' dengan tindak tanduknya seperti bertindak pantas menyekat royalti minyak sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu tahun 1999...menyekat bantuan per kapita Sekolah Agama Rakyat (SAR)...mengguna Akta ISA secara optimum untuk mengunci mulut musuh politiknya dari pembangkang...mencantas malah menge'luar'kan sesama ahli parti sehingga tertubuhnya parti lain agar tidak mencabar jawatannya dalam parti......mengenalkan pengswataan yang bersifat ada' udang di sebalik mee' dan bermacam-macam lagi dan yang paling 'nakal' ialah insiden ter'lebam'nya mata musuh politiknya yang sama se'kapal'.....wal hal 'musuh'nya itu pun tak kurang 'shrewd' kalau tak melebihinya pun mungkin setaraf dengannya......maka dengan itu barulah saya faham apa itu 'shrewd politician'......rupa2nya licik...'cunning' (nakal2 baik dan 'nakal' jaha?)...smart...cepat bertindak...tajam pengamatan...'astute' yakni panjang dan tajam akal adalah ciri2 a 'shrewd politician'.

Mutakir ini suhu politik negara menjadi semakin panas......sebaik saja habis PRU13, timbul pula 'Black-out505)......boikot Majlis Taklimat Parlimen dan yang paling panas ialah anjuran kalau pun tak 'hasutan' memboikot Majlis Angkat Sumpah.

PAS dan DAP mengambil ketetapan untuk tidak turut serta anjuran boikot itu.

PKR lebih daripada tahu akan implikasi tindakan itu.

Persoalannya, adakah PKR akan boikot terus menerus hingga tempoh 6 bulan dikatakan MPnya akan hilang kelayakan MP.

PKR tentu lebih daripada waras akan akibatnya......pilihanraya kecil berlaku...menang kalah satu perkara yang tidak pasti....kalau PKR kalah, Umno senyum melebar mendapat hadiah 2/3 tongkat sakti idaman mereka...kalau PKR menang berkemungkinan akan boikot lagi....maka rakyat akan tanya, "Sampai bila da?"

Umno cuba memasang 'jerat politik' dengan memainkan isu 'Ketua Pembangkang' akibat tindak tanduk yang mungkin akan di'lakon'kan oleh PKR......Umno sentiasa mengadu domba jawatan Ketua Pembangkang tidak layak diberi kepada Anwar dari PKR.

Walaupun PKR mendapat hanya 30 kerusi berbanding DAP yang mendapat 38 kerusi dan PAS yang paling tersedikit iaitu 21 kerusi, PR sudah mengambil ketetapan bahawa Anwar mewakili PKR dilantik sebagai Ketua Pembangkang......jika PKR jadi boikot untuk tempoh 6 bulan maka ikut rangking MP dari DAP layak  dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Jika ini berlaku adakah DAP akan menerima jawatan itu?

Tapi pada hemat saya, DAP tidak akan ambil jawatan itu kerana Lim Kit Siang adalah otai politik yang dalam 'bacaan'nya......DAP tidak mahu dikatakan atau mengesahkan apa tuduhan Umno selama ini bahawa DAP suatu hari akan perintah Malaysia. Kata-kata ini ter'makan' oleh orang 'Melayu Umno' Johor sehingga majoriti 'Melayu Umno' di Johor duduk dibelakang Umno apabila Lim Kit Siang turun ke Gelang Patah dan Pakatan Rakyat gagal merampas Johor dari Umno/BN.

Jika ini berlaku, adakah jawatan itu di tawar kepada PAS oleh DAP, walaupun hanya memperolehi 21 kerusi?
Bagi saya walau seikhlas mana pun DAP, PAS tetap akan dipandang sebagai tergila-gila akan jawatan...tamak...menikam dari belakang...khianat dan seumpamanya oleh penyokong PKR dan Umno akan menangguk di air yang keruh menggunakan apa yang terdedah sebagai canang politiknya.

Atau PKR mahu menguji sejauh mana kesetiaan PAS dalam 'political understanding' ini (Tahaluff Siasyi)?
Ini bertolak dari isu Kota Damansara dan beberapa tempat lain yang bertindih di mana PAS dikecam hebat kononnya KHIANAT. [Bagi saya kalau di Sukan Sea Pingat Emas Bolasepak dianggap sebagai ibu segala pingat (biar pingat emas lain tak dapat asalkan bolasepak dapat) maka dalam PRU13 baru-baru ini pengKHIATan di Lumut adalah ibu segala pengkhianatan...ini realiti...semua orang tahu bagaimana seorang ahli PAS dirunding bertanding di bawah lambang PKR......setelah semuanya bersetuju....tup...tup di'kecek' (bahasa Terengganu, kecek itu adalah tipu hakiki) suruh isi borang keahlian PKR......INI pun belum selesai lagi pencerahan untuk akar umbi PAS dan PKR tahu dan faham kenapa ia berlaku.....Siapa KHIANAT Siapa?]

Amboi, tak kan sampai ketahap itu pengorbanan yang diambil oleh PKR sehingga sanggup mengorbankan Anwar bersama 29 MP PKR yang lain?......Tak mungkin.....mungkin PKR hanya boikot untuk suatu tempoh tertentu sehingga Ketua Pembangkang dilantik, selepas itu baru PKR muncul kembali dan datang balik mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang sah.

Ini macam kisah filem 'Musang Berjanggut' lah nampaknya.

Dalam 'politik Machiavelli'.....'the end justifies the means'......matlamat menghalalkan cara......apa-apa pun tidak mustahil.

Tetapi saya mempunyai keyakinan yang ama tinggi kepada pimpinan PAS untuk menangani perkara ini.

al-brangionline:

"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" Al-Quran, Surah Ali-Imran: Maksud Ayat 54.

Tuesday, 11 June 2013

Berfikir di luar kotak atau di luar 'hotak' ?: Speaker dengan Bard,.....sama tapi tak serupa ?

Yang sorang tu berdegar-degar memekik melolong......hari-hari apa yang difikir hanyalah......'black-out...black-out' macamlah undang-undang berpihak padanya je......cuba perli pulak pada MP yang tak sebulu dengannya......macamana nak sebulu...masing-masing keluar dari "lubang" tak sama.......kalau MP boikot yang sorang tu tak rugi apa-apa pun...silap-silap haribulan bila ada PRK bolehlah pilih kawasan.....Permatang Pauh ke...Bukit Katil ke.....ah lantak demelah...itu bukan berfikir di luar kotak, tapi berfikir diluar 'hotak'.

Yang sorang lagi pulak walaupun berkemungkinan dalam nada 'lawak' serta sinis tapi jika ia berlaku.....baru betul-betul 'black-out' jadinya.....yang ini berfikir di luar kotak ke?.....anda fikirlah sendiri.

Jika betul PKR (PAS dan DAP sebelum ini sudah keluar kenyataan tak akan boikot) akan boikot......apa implikasinya?....Pilihanraya Kecil akan diadakan?......jika PKR menang kesemuanya baru dikira seri...kalau kalah kesemuanya dengan 30 kerusi PKR 'buta-buta' beri ke BN...maka BN dengan senyum lebar...dicampur 133 kerusi yang BN sedia ada dengan 30 kerusi yang dapat seolah-olah percuma dari PKR, maka ia akan jadi 163 kerusi......ini bermakna BN akan dapat 'buta-buta' 2/3 majoriti......haha

ni baru dikatakan semacam kisah Pak Kadok, ayam menang kampong tergadai.....atau kisah Lebai Malang ATAU memang sudah dirancang ke? [sumber .]

al-brangionline:

Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar......walaupun pengundi pendalaman tidak berfikir di luar kotak tetapi mereka masih mempunyai hotak

Jangan telunjuk lurus...kelingking berkait......

Sunday, 9 June 2013

Kenapa sedari awal lagi tak boikot PRU13?......perangai bebudak hingusanlah pulak.....alahai.....

Gambar sebagai hiasan......kanak di kaki Pergunungan Everest

Memang tidak dapat dinafikan dari sebelum PRU13 lagi, PR menghadapi double-standard dari parti pemerintah.....seluruh Agensi Kerajaan dijadikan alat pemerintah.....berbagai bantahan seperti pembersihan daftar pemilih yang meragukan tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0......himpunan rakyat dan sebagainya sebagai tanda protes untuk membaik-pulih sistem pilihanraya yang nampaknya berat sebelah, namun pihak berkuasa semacam membuat pekak-badak.

Namun dalam keadaan sedari dulu, kini dan mungkin selamanya pembangkang tidak pernah dilayan serta diberi gelanggang yang tidak sama rata, pembangkang tetap mengambil keputusan menyertai jugak PRU13.

Tagline 'Ini kalilah' sudah bertukar menjadi 'Lain kalilah' sebaik tamat PRU13......terbukti SPR sudah gagal mengendalikan pilihanraya secara profesional dan terbukti banyak keputusan yang men'curiga-ragu'kan dengan parti pemerintah menfailkan puluhan petition, begitu jugak dengan pembangkang.

Maka sebagai protes, 'Blacout-505' diadakan di seluruh negara dengan penuh emosi tanpa mengambilkira hati nurani pengundi yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka yang sudah bergelar YB atau yang hanya sedikit lagi jumlah undi diperlukan untuk jadi YB dan yang paling penting bakal pengundi yang tidak berkesempatan mengundi tempoh hari.

Sekarang sudah dengar desas-desus Parlimen akan diboikot......sehingga takat ini masih lagi kabur adakah mereka akan memboikot Majlis Taklimat Parlimen atau Majlis Angkat Sumpah....dan sebagainya......tuan-tuan dan puan-puan Yang Berhormat yang paling arif apa implikasi akibat pemboikotan itu.

Saya tidak berminat apa implikasi akibat perbuatan yang saya sifatkan sebagai 'budak kecik hingusan' yang belum akil-baligh.......samada nasib Ahli Parlimen itu hilang kelayakan ke...tidak mendapat elaun ke...samada pilihanraya kecil akan diadakan ke.....yang saya khuatir ialah sokong rakyat yang sudah sekian ramai dan padu menyokong PR akan hilang sorang demi sorang.

PRU14 masih jauh......inilah masa untuk mereka yang bergelar Yang Berhormat untuk menunjukkan serta menyakinkan pengundi di luar sana bahawa PR memang berhak dan layak mengambilalih Umno/BN untuk menerajui negara, bukan dengan membuat gimik di Parlimen......kasihan kepada petugas parti serta penyokong dan pendokong parti yang berpenat lelah untuk menaikkan parti hingga calon mereka bergelar Yang Berhormat jangan pulak nanti bertukar menjadi 'Ya Badut'.

Blog ini bukan penganalisis yang ada kepakaran seperti mereka yang sudah tersohor, memadailah setakat luahan untuk mereka yang boleh berfikir......untuk mereka yang sudah nampak semacam sudah dekat sangat dengan Putrajaya....seolah-olah dalam hati mereka berkata, "alah....sikit aje lagi....kenapa tidak buat lagi aggresif..."...mintak maaf posting ini bukan untuk anda.....kalau anda rasa dengan cara anda, anda boleh ke Putrajaya...silakan......cuma blog ini ingin mengingatkan......PRU14 (2018) masih jauh.....mood 1999 tidak sama dengan mood 2004...gelombang 2008 tidak sama dengan gelombang 2013......tsunami 2013 adakah anda boleh jamin akan sama dengan apa yang berlaku pada 2018?......sekali air bah...sekali pasir berubah......dengan satu saja lagi 'big blunder' dari mana-mana pihak......jangan diharap untuk menagih 'ghanimah' di PRU14. [sumber .][sumber .]

al-brangionline:

Yang anihnya DUN yang menang, tak pulak nak boikot.....berebut-rebut 'ghanimah' lagi......adesss....hehe.

p/s Tunggu posting seterusnya mungkin bertajuk 'Perjanjian Setan" antara si anu dengan si anu......jika keadaan mendesak.....dan jika dikurniakan 'ilham'.

p/s Blog ini masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada PR sekiranya pemimpin dan penyokong saling hormat menghormati di antara parti-parti yang ada political understanding iaitu PAS-PKR dan DAP.

Friday, 7 June 2013

Rintihan si-Anak FELDA......jenguklah kami, jangan asyik berdemo aje

Gambar sebagai hiasan

......"hampir 90% karier politik beliau sepanjang lima tahun dengan mengadakan pelbagai kempen dan aktiviti kesedaran politik di tanah rancangan Felda di seluruh negara......".

"Untuk rekod, sebanyak 54 kerusi parlimen di seluruh negara merupakan kerusi majoriti pengundi peneroka Felda.
Manakala sebanyak 96 kerusi DUN di seluruh negara merangkumi kerusi majoriti pengundi Felda".

Diharap anda bacalah [DI SINI .}dengan teliti jangan ikut emosi dengan komen berapi.....

Janganlah asyik berdemo aje......kerana mood 1999 tidak mungkin sama dengan mood 2018

Ini bukan masalah siapa berani siapa penakut.....yang berani tak ke mana...yang penakut pun tak ke mana......cuma yang pandai menulis aje yang pandai mensensasikan keadaan......yang menggunakan emosi akan menuding jari ke situ ...ke sini......

al-brangionline;

Kalau serius nak ke Putrajaya marilah berpijak di bumi nyata.

Selagi Umno/BN berkuasa memanglah masalah SPR dalam genggamannya.

Wednesday, 5 June 2013

Aku wakil orang miskin......kau wakil 'orang' apa?


"Saya berazam melakukan yang terbaik. Ini adalah satu penghormatan kepada perjuangan India miskin di Malaysia." kata P Waythamoorthy [Malaysiakini .]

Agak-agaknya apa pulak nak dikatakan oleh rakan sejawatnya?

al-brangionline:

Masih wujud lagi ke 'antara 2 darjat' dalam BN yang diterajui oleh umnu ni?

Orang2 Sabah, Sarawak dan warga minyak sawit.....kau orang jawablah sendiri.

Tuesday, 4 June 2013

Transformasi politik: Khairy sebagai Presiden dan Mukhriz sebagai Timb. Presiden Umno? ......panas bibir yop...

Gambar sebagai hiasan

Kalau orang umno betul-betul cerdik menterjemahkan transformasi politik yang galak disembang oleh bos nombor satu umno sebelum PRU13 dulu......Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir punyai peluang yang cerah dicalonkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno masing-masing......ada berani?

Siapa yang panas punggung.....siapa yang merah padam pipi.....siapa yang tersengeh memanjang.....apa nama...apa nama mula senyum paling macho......alahai.....Umno2.

Tapi transformasi yang dicanang hanyalah macam air liur basi......disapu-sapu bibir ditelan juga walaupun payau rasanya.

Bertambah 'sasau' lagi bila jaguh demokrasi ini mencadangkan DI SINI .

Tapi kalaulah betul berlaku, bersiap siagalah wahai golongan muda dalam Pakatan Rakyat......anda berpeluang untuk melonjakkan diri.......siapa yang layak.....jangan ada pulak yang dengan ikhlas hati menawarkan diri.....

al-brangionline:

Semestinya ke?????

Monday, 3 June 2013

Kehadiran 'kemuncup' di seluar jangan buat Khalid 'geli' hingga hilang fokus


Selangor bukan milik PKR sorang.

Pun bukan milik PAS dan DAP masing-masing.

Selangor adalah milik Pakatan Rakyat.

Di harap TS Khalid dengan jemaah EXCO yang mantap dapat memacu Selangor ke tahap yang lebih tinggi dengan menyediakan berbagai pasarana dan imbuhan untuk membangun rakyatnya simbang duniawi dan ukhrawi.

TS Khalid tiada apa-apa masalah untuk memulakan atau menyambung kembali tugas beliau setelah diberi mandat oleh Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sehinggalah dalam Kongress PKR, DS Anwar mengarahkan TS Khalid melantik Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik dalam Pejabat Menteri Besar Selangor. [sumber .]

Ini timbullah suara-suara yang membuat barangkali TS Khalid ter'belahak' serta ter'sedak-sedak' sedikit seperti DI SINI dan DI SINI dan seterus DI SINI .

Isunya sekarang apakah wajar sesuatu perlantikan jawatan di buat atau pun diputuskan dalam Kongress PKR dengan mem'belankangi' Pakatan (PAS dan DAP) yang lain.

al-brangionline:

Agihan 'Kek' perlu dibelah dan dibahagi tiga......apa-apa pun diharap kebijaksanaan TS dapat mengatasi isu ini.

p/s Pengundi di luar sana sentiasa memerhati 'gelagat' kita dalam Pakatan Rakyat.

Majlis resepsi perkahwinan Sefool: Meriah sungguh dengan kehadiran tetamu 'istimewa'


Senyum 'kemewek' tak tahu nak kato.

Mungkin tukang baca doa lagi kot......atau tukang 'translate' bagi daif dari Arab Saudi......kan Sefool ada buat rakaman sumpah lahanat kat depan Kaabah...tentu ramai kenalannya di sana.

al-brangionline:

Takkan dia nak jemput DSAI kot......nanti apakata Nik Suryani Megat Deraman.

p/s Mas kahwin adalah RM41,101.00......banyak tu yop.....haha

Sunday, 2 June 2013

Mazlan Aliman dengan Jabal Eberes......teruskan Saudara



"Tabik-spring" pada warga pelda.....anda bukan setakat jadi "rizab tunai" untuk amenu tapi anda jugak sudah tawan Jabal Eberes......selepas ini akan dikalungkan dengan bungai malai, bras kunyit(tradisi khurafat amenu) dan yang paling penting anda akan dapat "durian runtuh"

al-brangionline:

Nampaknya susah lagi le nak tembus ladang "tamar" Malaysia tu......tak pe, teruskan Sdr. Mazlan Aliman