Followers

Friday, 19 April 2013

Oh TG Abdul Hadi Awang !!!......wat pa jadi gitu?


Inilah dia Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang calong P037 Marang dan N19 Ru Rendang.

Tiada protokol......tak banyak kerenah macam pemimpin lain dalam parti 'musuh'.

Biar musuh membuat 'trade mark' yang berbagai lagi menghina kepadanya, namun sedikit pun tidak terjejas pegangannya pada perjuangan ini dan juga kebergantungannya kepada Allah SWT......yang  sedihnya ada segelintir penyokong yang kepala 'masam' termasuk blogger penyokong PR yang 'istimewa' meletak pelbagai label......tapi InsyaAllah Allah SWT Maha Mengetahui akan segala kekuatan dan kelemahan TGHA..

al-brangionline:

Perjuangan kita bukan mencari kepuasan hati manusia serta sanjungan manusia......tapi yang penting adalah mencari Keredhoaan Allah SWT.

p/s Kali ni lah geng.

Thursday, 18 April 2013

Wanita mengeluh...agaknya dia ingat macam baju...bila dah lusuh dibuat mop lantai je kot...siap ngko...

Aishah (kanan) bersama sebahagian daripada 40 ahli wanita yang hadir menghantar memorandum kepada MB semalam.

Seharusnya selaku mantan penyandang Menteri Pembangunan Wanita...dia lebih faham hati budi nurani wanita...pengorbanan wanita ke hulu ke hilir sanggup tinggal suami hingga tak sempat nak menutup aurat pergi rumah ke rumah berkempen untuk memenangi kaum lelaki...kikiki.....

Rupa-rupanya selepas 'mentedarah' manisnya...sepahnya dibuang begitu je...

Itulah dia transformasi politik kot...kakakakaka

Yang sebenarnya amenu memang sudah migraine tahap mereng...serba buat tak kena...nak dikatakan nyanyuk masih lagi pandai mengira apa yang perlu masyuk...apa yang perlu buang.

Wanita pun satu...disuruh jaga wanita dijaganya lembu...disuruh tutup aurat disinsing lengan baju...disuruh tutup aurat diselaknya kain tinggi...disuruhnya pakai tudung...dibiar ber'jambul'...hahaha

al-brangionline;

amenu akan menyaksikan satu pesta cantas menyantas...peteh memeteh...cakar mencakar...kalau garu menggaru bolehlah tahan kikikikiki...DI SINI dan DI SINI .

Wednesday, 17 April 2013

Udahlah ketam, tarah pulak...udahlah haram, berjadah pulak.....amenu mula berpecah

Mula-mula Umno diharamkan oleh Mahkamah oleh 'orang'nya sendiri.....pastu ditubuh parti baru tapi bernama Umno jugak, cuma ditambah perkataan baru dalam kurungan - UMNO (Baru).

Semalam diumumnya beberapa calon mesin basuh a.k.a. suuurat kabor lama a.k.a. kiiitaar semula yakni calon yang sudah pencen berpenggal2...calon yang sudah kalah...calon yang direject oleh pengundi tapi masih dijual bundle...diperjudikan dalam PRU13 untuk mengabui mata pengundi atas dasar transformasi politik......kakakakaka sepatutnya calon itu diberi transformer untuk menang...itu pun belum tentu boleh menang....kalau setakat calo kiiitaaar semula Umno tu kalah mungkin boleh tahan lagi......tapi penyokongnya sudah mula beralih angin seiring dengan angin perubahan......sensungguhnya "Bermula hari ini, Umno akan berpecah".

p/s ada satu 'katak puru' telah bertanding di Shah Alam dan satu lagi di Batu Kawan - agaknya itulah dia tranformasi politik......kikikikiki

Cuba baca DI SINI .

al-brangionline:

Menyokong Umno itu bukan satu 'Aqidah'......keluarlah dari belenggu selama 50 + lebih.....berilah sokongan pada Pakatan Rakyat.

Tuesday, 16 April 2013

Transformasi Najib rupa2nya ada 'sakti' tersendiri......haha

Rupa-rupanya yang duk heboh...kepoh...gempaq sana sini...bagaimana nak main silap mata pada rakyat...bagaimana nak tunjuk 'ajaib' pada pengundi......jenuh propesor kangkung mikirkan apa 'jargon' yang paling ber'sakti' yang boleh memukau pengundi...setelah memeraskan kepala hotak (bukan kepala lutut?)  maka keluarlah 'jargon' keramat kononnya iaitu ''transformasi".

Maka macai-macai pun siang malam...pagi petang be'ratib'...tranformasi politik...transformasi ekonomi...JKKK yang tak tahu hujung pangkal pun pagi petang kat warung kopi ber'zikir'...transformasi...transformasi beribu-ribu kali...lagi banyak sebut lagi 'afdal'......BR1M 1...BR1M2...KR1M...BL1M......lagi banyak 'zikir' lagi datang 'sakti'nya...haha boleh berjalan atas 'air' kot.

Bila diumukan senarai calon untuk beberapa negeri.....barulah terserlah 'transformasi' yang kononnya 'sakti' itu......Isa Samad (Parlimen Jempul) dikekalkan dan diupgrade...Rozaidah Talib (Parlimen Ampang) yang mempunyai 'hikayat' yang menarik, tidak dibenarkan bertanding di zaman Pak Lah dalam PRU12 atas sebab moral...Rahman Ismail (Parlimen Gombak) tak kurang juga mempunyai kisah 'sensasi' juga tidak 'sidelined' oleh Pak Lah...Yap Pian Hon (Parlimen Serdang) veteran 70 tahun......kesemuanya telah di'transformed'kan menjadi 'winnable candidates' oleh Umno ke arah 'tagline'nya '..."Sayangi Selangor Yakini BN".

Beberapa 'katak puru'...ada yang lemas tenggelam dan ada yang timbul megah......Zulkifli Noordin t'timbul' di Shah Alam.....manakala rakan sekutu lagi sekufunya seperti Ibrahim Ali...Hassan Ali...Zahrain tenggelam ke'lemas'an......jaguh akro-bed Soi Lek kecundang di awal lagi......

al-brangionline:

Transformasi politik terbesar lagi realistik ialah......Pakatan Rakyat merudunkan BN untuk ke Putrajaya

Saturday, 13 April 2013

Orang itu bukan Su Lek


Orang PAS bukannya maksum, suci dari dosa dan buat silap......dalam masa yang sama taklah sehina seperti malaun yang kononnya pandai buat 'face transfer' dalam video lucah itu.

Ini kerja-kerja orang yang desperado tahap gila khinzir yang paling kronik.

Tak usah dilayan 'khinzir yang menggila' dalam badan malaun tu......buang masa aje.....lepas ni mesti macai-macai yang berserban...berkopiah...bersongkok hitam 7 inci setengah akan mencabar suruh buat sumpah laknat.......jangan masuk ke dalam perangkap mereka untuk hilang fokus PRU13 nanti.

Tindakan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengadu kepada Allah 'instead of' buat police report adalah tindakan yang paling betul seperti DI SINI .

al-brangionline:

Politik Umeno adalah politik zaman batu......siapa kuat dialah raja......jom ber'tempur' dalam PRU13 secara anak jantan.

_________________________________________________________________________

Isu video seks: Hadi solat Hajat
MOHD AZLIM ZAINURY
13 April 2013
Isu video seks: Hadi solat Hajat
Abdul Hadi bersalam dengan orang ramai termasuk kanak-kanak yang menunggu di luar Masjid Rusila selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam.
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

“Budaya fitnah ini bukan satu cara ajaran kita. Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam pengedaran video cakera padat itu, tetapi termasuklah semua pihak.

“Dua-dua pihak jangan (melakukan politik kotor). Jangan ambil peribadi orang,” katanya ketika ditemui selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini.

“Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

“Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,” katanya.

Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini.

Friday, 12 April 2013

Umno kena 'Checkmate'


InsyaAllah Umno/BN akan ter'checkmate' dalam PRU13 5 Mei 2013 nanti, akibat 'bidak-bidak' yang berjalan mengikut 'kepala hotak' yang ter'perasan' hebat dan ter'syiok' sendiri.

Jangan terperasan diri hebat tapi rakyat nampak macam kurang cerdik a.k.a 'dok pok' atau 'half-baked'......kikikikiki...


al-brangionline:


Cuba baca DI SINI......contoh 'bidak-bidak' yang tersangat 'cerdik'

Thursday, 11 April 2013

PRU13 : Anwar di'kempunan'kan jadi PM walaupun ditakdirkan PR menang???

Apakah benar jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU13, Datuk Seri Anwar dinafikan daripada menjadi Perdana Menteri?

Pertamanya 'mitos' yang direkacipta oleh mereka yang tamak akan kuasa perlu dikikiskan dari minda pengundi......ikuti keratan artikel ini...



al-brangionline:

Saya percaya jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13, maka "......Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menerima nasihat undang-undang bebas, iaitu bebas daripada BN dan Pakatan." 

Sila ikuti artikel sepenuhnya DI SINI .

Wednesday, 10 April 2013

Amenu gelabah beruk bila PR umum calon secara 'staggered'......bukan pening-pening lalat lagi...

Amenu hampir pitam......lutut udah bergoyang longgar macam rim kereta tercabut 'nut' bila Pakatan Rakyat umum calon secara 'staggered'.....lebih-lebih lagi bila PR letek calon 'heavyweight' di tempat yang strategik.

Ini terbukti bila amenu naik 'migraine bila 'katak-katak puru yang kononnya 'winnable candidates' mengelebah mencari kerusi sedangkan kerusi sesama sendiri pun lintang pukang......tak caya?......Sila lihat DI SINI .

al-brangionline:

Peteh awang peteh......cantas yop cantas

TERKINI !!! Pengumuman dari SPR : Sahlah penamaan calon pada 20 April 2013 (Sabtu) dan buang undi pada 5 Mei 2013 (Ahad)



Dengan ini SPR mengumumkan (melalui siaran langsung TV1 pada jam 12.30 tengahari 10 April 2013) hari penamaan calon untuk PRU13 ialah pada                 : 20 April 2013 (Sabtu )

Manakala hari buang undi untuk PRU13 ialah pada   : 05  Mei  2013 (Ahad)

al-brangionline amat bersyukur bila diumumkan hari buang undi jatuh pada 5 Mei 2013 kerana al-brangionline dijangka balik dari menunaikan Umrah padac 2 Mei 2013......hati ini sentiasa berdebar-debar kot2 hari mengundi berjalan ketika al-brangionline berada di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

Segi al-aulawiyatnya memilih pemimpin adalah satu kewajipan, manakala menunaikan Umrah adalah sunat......tetapi oleh kerana amenu amat takut nak bubar Parlimen dan al-brangionline menjangkakan PRU12 hanya jatuh pada penghujung bulan Mei maka dibuat segala urusan pendaftaran untuk menunaikan Umrah pada awal bulan Mac 2013 lagi.

al-brangionline hanya dapat membantu kerja-kerja pilihanraya sebelum dari 19 April 2013 (tarikh berangkat) dan mengharap sahabat-sahabat dapat meneruskan kerja-kerja pilihanraya sehingga hari buang undi.

Insya Allah pada 2 Mei kami akan pulang dan dapat bertugas sebagai Polling Agent di dalam Saluran mengundi pada 5 Mei 2013, Insya Allah.

Harap sahabat-sahabat semua dapat mendoakan agar dipermudahkan Allah SWT segala ibadat sepanjang kami di sana.

al-brangionline:

Ini kalilah geng......cukup2lah biar amenu perintah......jom buat perubahan.

Tuesday, 9 April 2013

Madey dan 'jemaah'nya beri 'julap' paling mujarab pada amenu.....'ciri-birit' habaq hang......ada gambar di dlm

Sekali berleter darinya......amenu hilang satu undi 

Satu ayat darinya.....amenu hilang satu undi 

Satu 'geromal' darinya.....amenu hilang satu undi  


Satu 'fatwa' songsang darinya......amenu hilang satu undi 

Satu 'cemuhan' darinya......amenu hilang satu undi



Satu rungutan darinya makin bertambah 'sayang' ahli PAS kepadanya

Satu 'deklamasi sajak' darinya......amenu hilang beribu-ribu undi 

al-brangionline:

Ada mata tengok...ada telinga dengar...ada tangan 'pangkah'......ini kalilah  geng......tolak amenu dan sekutunya....boleh?...

Monday, 8 April 2013

Papa akan Gomo Anwar di Permatang Pauh

Wakil papagomo [sumber .]

Hahahahaha......baru-baru ni Papagomo dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris kononnya bukanlah orang yang sama.

Semua orang kampong udah tahu tembelang itu......malah tembelang itu pecah membusuk lagi meloyakan bila banyak gambar-gambar Mamad poyo itu bergambar dengan taiko-taiko amenu.

Mamad yang takut-takut berani itu mula pucat lesi bila Datuk Seri Anwar menyaman RM100 juta......nah bangkrap hendaknya Mamad 'belaan' taiko-taio amenu ni.

Lagi mensensasikan lagi keadaan bila dapat tahu Papagomo ini nak lawan DSAI di Permatang Pauh ini dalam PRU13 sebagai calon bebas.

Kenapa sebagai calon bebas?

Kenapa tidak sebagai calon amenu?

Mana ada klas nak jadi calon amenu......tukang kacau daun memang sajak pun.

Perbelanjaan?

Itu no problem.....small matter......banyak rstoran mamak di Tanjung dan Butterworth boleh sponsor demi Bee yEnd.

al-brangionline:

Memang hangpa nak pulun sungguh Anwar ye.......itu perancangan hangpa.....perancang PR tunggu la.

Najib, Anwar atau Hadi?......itu soalan orang mabuk air pinang

Persoalan sekarang adalah pertembungan di antara Umno/BN dengan Pakatan Rakyat.

Jawapan mudah kalau Umno/BN menang maka BN akan memilih siapa yang layak jadi Perdana Menteri.

Najib sendiri selaku Presiden Umno belum tentu jadi Perdana Menteri andaikata BN hanya menang dengan 'simple majoriti '. 

PRU12 menyaksikan Pak Lah di'arah-turun' secara lembut akibat hilang kuas 2/3 majoriti dan nasib yang sama bakal menimpa kepada Najib jika banyak negeri 'tumbang' kepada Pakatan Rakyat.

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang walaupun dengan hanya 'simple majority', Pakatan Rakyat sudah buat ketetapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Habis tu, kenapa ditanya, "Mahu pilih siapa - Najib, Anwar atau Hadi?"

Itu adalah soalan orang mabuk air pinang yang hanya semata-mata bertujuan untuk memecah-belahkan penyokong PAS dan penyokong PKR dan juga DAP.

Barang diingat wahai penyokong dan pendokong PKR dan PAS, kedua-dua parti itu adalah dalam satu Pakatan dan 'seteru' politiknya hanyalah BN.

Jadi tidak timbul soalan Najib, Anwar atau Hadi.

Saya mendapat tahu Umno/BN akan mem'promosi'kan soalan kurang cerdik itu dengan menaikkan 'banner' pada saat-saat akhir menjelang hari mengundi dan akan dijaja di setiap masa dan ketika di media pencacai mereka.

Saya difahamkan, mana-mana 'banner' atau banting yang dinaikkan tanpa mewakili mana-mana parti yang bertanding dengan hanya bertujuan untuk provokasi, boleh diturunkan.

al-brangionline:

Ini kalilah geng......Pakatan Rakyat ke Putrajaya In sya Allah.

____________________________________________________________________

Mahu pilih siapa - Najib, Anwar atau Hadi? [Malaysiakini.]

ULASAN Perdana menteri melontarkan tiga nama, termasuk beliau sendiri, untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Tiga nama ini sebetulnya subteks jujur sebagai perlambangan tiga tokoh parti Melayu (walau PKR lebih pelbagai kaum) yang berupaya merebut Putrajaya.

NONELim Kit Siang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng tidak tersenarai kerana dalam paradigma politik negara ini, khususnya dari kaca mata Umno, pemimpin bukan Melayu tidak layak dipilih menerajui Malaysia.

Najib Abdul Razak melontarkan tiga nama ini sewaktu berceramah ketika melancarkan manifesto BN hujung minggu lalu.

Selain bimbang asakan Pakatan Rakyat, beliau juga kelihatannya risau tahap sokongan dari dalam parti BN sendiri.

NONEMaka rayuannya itu turut meraih simpati terhadapnya (baca: calon boleh menang pilihannya) daripada penyokong BN sendiri -- membayangkan rasa tergugat dengan strategi terbarunya itu, "winnable candidates".

Pilihan senarai calon BN, seperti juga Pakatan, akan menentukan tahap sokongan dan sabotaj.

BN awal-awal lagi cuba mendisiplinkan "warlords" di peringkat bahagian dengan mengugut mereka agar mematuhi pucuk pimpinan.

Isu disiplin sentiasa menjadi agenda majlis tertinggi Umno dan media arus perdana sejak Najib memperkenalkan konsep "winnable candidates".

Pintar, tapi bukan begitu popular

Difahamkan, sejak dua tahun lalu, presiden Umno terpaksa menggunakan saluran maklum balas akar umbi yang berharga puluhan juta ringgit dan jenteranya sendiri untuk memastikan konsep ini dapat dijayakan.

Melaluinya, sekali gus akan membelakangkan saluran Umno bahagian bersama "warlords" masing-masing, wang pelincir jentera tersebut akan disalurkan terus kepada "calon-calon boleh menang" pilihan Najib.

machap election monitoring 080407 jasa officePresiden Umno, dengan sistem pangkalan data ini, mencipta saluran maklum balas baru selain bahagian-bahagian dan jentera kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atau Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Langkah Najib ini bolehlah dikira pintar tetapi beliau bukanlah terlalu popular sehingga jentera tradisi bahagian-bahagian Umno boleh menerimanya sebegitu sahaja.

Umno bahagian -- seperti juga parti-parti Pakatan -- ada waktu-waktunya boleh melancarkan "serangan balas" melalui pelbagai taktik sabotaj -- sama ada membiarkan calon sendirian, menyokong calon lawan, merosakkan jentera kempen atau tidak keluar mengundi.

Philip Nassimi, MD of Jacob & Co rosmah ring 2Apatah lagi Najib dan keluarganya digayuti pelbagai kontroversi yang merimaskan Umno akar umbi.

Selain bermacam-macam kontroversi Najib, isterinya Rosmah Mansor dikatakan satu daripada beberapa punca akar umbi parti itu sulit untuk mempertahankan Umno daripada asakan pembangkang.

Penjelasan Jacob & Co, tauke barang kemas tersohor dunia, Sabtu lalu dalam hal cincin RM24 juta menunjukkan betapa seriusnya palitan kontroversi itu terhadap keluarga Najib dan risiko isu ini pada pilihan raya umum.

Gara-gara cincin "puaka" ini, Rosmah sebelumnya terpaksa bersumpah dalam satu majlis makan malam di Kementerian Pertahanan dan juga mengulangkan penafiannya dalam buku autobiografinya yang terbit baru-baru ini.

Layanan istimewa pada isteri PM

Tidak hairanlah, kononnya, satu kajian di sebuah universiti menunjukkan tanggapan terhadap Rosmah jauh lebih buruk di kalangan ahli Umno berbanding orang ramai yang sedia negatif sikapnya.

Namun, mungkin keluarga Najib tidak menyedari betapa ganjil imej isterinya di mata umum.

NONELihat sahaja pelancaran buku autobiografinya -- pelancaran awal dibuat oleh sultan Pahang dan pelancaran sebenarnya oleh mantan perdana menteri yang paling berkuasa Dr Mahathir Mohamad!

Apakah pernah ada sebuah buku isteri seorang perdana menteri yang baru memerintah selama empat tahun mendapat layanan seistimewa ini?

Namun, bukan hanya Najib bergelut dengan kontroversi. Calon perdana menteri Anwar Ibrahim juga tidak pernah kering daripada kontroversi.

Selain kes mahkamah sejak 1998 dan gosip-gosip seksual terkini, Anwar juga berdepan krisis kepercayaan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan sendiri, khususnya PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kelihatan tidak bercita-cita memimpin negara juga tidak selesa dengan Anwar.

tengku razaleigh hamzah in galasBukan sekarang, malah sejak projek 16 September 2008 lagi, Abdul Hadi bersama barisan penasihat kanannya meragui Anwar sehingga projek itu gagal dilaksanakan oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagi PAS, lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah -- rakan kongsi lama dalam projek Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 -- dipilih menerajui negara daripada Anwar.

Ahli parlimen Gua Musang akan berpindah kiblat politik sekiranya PAS mengundangnya berbuat demikian. Sejauh mana tokoh Umno Kelantan itu bersetuju dengan 'grand design' tersebut tidaklah dapat dipastikan.

Kontroversi reformasi vs kontroversi transformasi

Begitulah, khabarnya, keraguan kumpulan pemimpin atasan PAS terhadap Anwar.

Bagaimanapun selepas beberapa siri rundingan antara PAS dengan PKR yang menawarkan Ku Li dan siri rundingan balas yang dibuat PKR terhadap PAS, isu tersebut yang bermula sekitar Februari kini sudah reda.

Satu-satunya calon perdana menteri Pakatan, setakat hari ini (hari lain mungkin berubah lagi), hanyalah Anwar.

Jadi, apabila nama Hadi disebut oleh Najib, beliau sendiri tahu bahawa tokoh utama PAS itu bukanlah pencabar dekatnya.

pas and mafrel meeting 031207 hadi awang and mustafa aliLagipun, menurut sumber dalaman PAS, Hadi masih dibelenggu rasa tidak yakin diri atau "inferiority complex" untuk menerajui PAS berdepan isu-isu kompleks negara.

Bukan sahaja Hadi kekok berdepan dengan Umno, malah berdepan dengan PKR atau DAP. Hadi hanyalah seorang tuan guru yang selesa dengan kehebatannya itu.

Malah disebut-sebut juga ada presiden "de facto" dalam PAS yang menggerakkan Hadi; tidak ubah menteri besar "de facto" semasa parti itu menguasai Terengganu.

Maka, perdana menteri tidak menjadikan Hadi sebagai sasaran serangannya di Bukit Jalil. Sebaliknya Anwar diburuk-burukkan oleh Najib.

Tetapi rakyat tentunya sedar -- sama ada perdana menteri atau calon perdana menteri -- kedua-duanya bergelumang dengan kontroversi yang besar dan kedua-duanya juga berdepan dengan sabotaj dalaman yang boleh merosakkan peluang masing-masing.

Di hari mengundi nanti, kita layak memberikan kata dua kepada Najib dan Anwar.

Dan sekali gus terpaksa menjawab persoalan ini: Kontroversi siapakah yang mahu kita sokong --- kontroversi reformasi atau kontroversi transformasi?

Sunday, 7 April 2013

Madey sanggup me'londeh'kan 'seluaq'nya dan me'lutut'kan aqainya pd 'Tuan Guru'.....hebat sungguh...


Dulu mamad ni kena pecat dari Umno......tapi sekarang?.....fikirlah sendiri.

Ibarat hujan dah naik ke langit......dulu ada sorang perwira lagi 'perkasa' pernah ber'nazar'.....'kalau masuk semula ke Umno...dia akan menjilat P _ _ _ _ _ Q Madey.

Tapi sekarang dia memang tak masuk semula ke Umno (sebab sudah kena pecat)...tapi kenapa Madey sanggup turun ber'kempen' untuk wira 'perkasa' ini bertanding dalam PRU13 nanti?

Tak payah buat spekulasi samada mamad ni udah langsaikan 'nazar'nya menjilat P _ _ _ _ _ Q Madey atau tidak.

Tetapi kenapa Madey sanggup merendahkan martabatnya sebagai seorang mantan PM sehingga sanggup men'samarata'kan taraf inteligensnya......sanggup 'merendah'kan tahap pemikirannya sehingga menjadi sama level dengan mamad 'perkasa' ni?

Islam memang menganjurkan kita berdakwah kepada siapa saja tanpa mengira asal keturunan dan pangkat darjat kita dan golongan sasaran yang nak didakwahkan samada mereka itu golongan mustadh'afin atau golongan bangsawan tapi dalam masa yang sama kita mesti menjaga batas-batasnya supaya tidak menimbulkan fitnah........contoh tak perlu diberi kerana khuatir ada orang kecik hati dan terasa kita mengatakan mereka....anda sama-sama tahu dan faham sendiri.

al-brangionline:

Perlu masuk ke kelas ilmu hisab walaupun pun usia sudah dimamah zaman kerana kita perlu tahu dan sedar bila masa kita nak menghisab diri sendiri......sekurang2nya kita boleh agak betul ke tidak angka 400,000 orang ahli tu?...(adakah kerusi dan bayang2 diambil kira serta 'syaitan'2 yang berkeliaran?)

_______________________________________________________________________
Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali [Malaysiakini .]

Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen.

Friday, 5 April 2013

Tindakan Azmin semacam tolak (atau tak layak?) jawatan Timbalan Perdana Menteri......masa udah suntuk weh...


Diri ini tidak nak memanjangkan lagi isu ini kerana masa untuk ke Putrajaya sudah suntuk.

Sekarang bukan masa untuk menuding jari pada sesiapa, tapi untuk menjawat di antara jawatan tertinggi dalam negara nanti perlu kepada sorang pemimpin yang berjiwa besar, berhemah dan inteligence, bukannya bersyak wasangka...merasa cuak pada orang lain jauh sekali bersikap telunjuk lurus, kelingking berkait.

Ish...ish...ish...syioknya umno bila tengok 'game' macam ni.

al-brangionline:

Malas nak ulas......harap-harap berita itu tidak benar.

Sila baca DI SINI .

Thursday, 4 April 2013

Bukan setakat PKR terkejut......malah seluruh kongkang tercabut bulu kening dek terkejut amat......alahai...


Ada satu berita yang amat menggemparkan serta mengejutkan negara terutama ahli penyokong tegar PKR apabila dikhabarkan Prof. ini (DI SINI) meninggalkan serta menjauhkan diri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan setakat penyokong tegar PKR terkejut malah seluruh warga kongkang amat terkejut menjadikan hingar-bingar satu rimba hinggakan hampir-hampir terlucut ekor serta tercabut bulu kening kongkang-kongkang itu.

Kalaulah betul-betul penyokong PKR terkejut pun malah keseluruhan penyokong Pakatan Rakyat terkejut......mungkin berita (DI SINI .) yang mengatakan Datin Seri Wan Azizah tidak dicalonkan dalam PRU13 nanti kerana beliau masih berkemampuan dan layak untuk berada dalam DUN.....bukan berita gelagat Prof itu.....aduhai, nilai sebuah berita...memang tak hairanlah para kongkang terkejut melompat lintang pukang.....kikikikiki...

al-brangionline:

Saya lagi terkejut bila dapat tahu kongkang suka makan kangkung......hihihi...

Wednesday, 3 April 2013

Sah dan Sahih Parlimen bubar hari ini 3 April 2013......tapi kenapa muka2 deme tension macam tunggu turn nak bersunat ye?....alahai.....


Sudah sekian lama tak tengok TV pak cai.....tapi tepat jam 11.30 tadi terpaksa jugak tengok.

Terpaksa tengoklah jugak, kerana dengar citer harini deme nak umum bubar Parlimen.

Lebih kurang 11.31 pagi kelihatan orang no.1 dan no.2 negara menghampiri rostrum......kedua2nya kelihatan amat tension......kalaulah boleh recall zaman kecik2 dulu......sebiji macam muka orang nak masuk jawi a.k.a. bersunat......kenapa ye?...rasaner muka orang nak jawab nikah pun tak sepucat dan tension macam tu.....Adakah terbubarnya Parlimen terasa sakit?.....Mahu tak mahu maka dia umum jugak bahawa Parlimen Malaysia dibubarkan berkuatkuasa hari ini 4 April 2013 setelah mendapat perkenan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

Pengumuman bubar hanya lebih kurang seminit tapi sempat lagi berkempen menagih simpati selama 15 minit......selepas itu bersalaman dengan 'Menteri-Menteri expired' dengan muka senyum tak senyum...masam tak masam...tension...berdebar dan terasa semacam sedih pilu......apa pertanda ye?

Perlu diingat wahai 'Menteri-Menteri expired'.....sekarang adalah tempoh 'caretaker government', jangan 'rembat' semacam segala harta Kerajaan Malaysia seperti kenderaan resmi, RTM, Agensi-Agensi Kerajaan yang lain termasuk bangunan untuk kegunaan parti Umno.

al-brangionline:

Secara jujur saya lihat satu macam kepelikan ketika pengumuman dan ketika bersalaman dengan 'geng-geng expired'......pucat, berdebar...senyum tak senyum...masam tak masam.....apa petunjuk ye?

Tuesday, 2 April 2013

Mak Cik mata bundar dan Abang Misai tentu terbeliak biji mata bila berhadapan dengan Brig Gen (B) ni.


Sorang demi sorang orang 'Askar' dan orang 'Polis' masuk Pakatan Rakyat, samada PAS atau PKR.

Kenapa fenomena ini berlaku?

Faham-faham sendirilah......bila sudah dapat jawapan, simpan elok-elok dan gunakan jawapan itu dalam saluran mengundi nanti.

Kalau-kalau ada orang amenu yang perasan tahu sikit-sikit dalam bab Agama atau tahu lebih dalam Agama, tentu mereka akan terkedu...terbeliak biji mata bila dapat tahu Brig Gen (B) Datuk Najmi Ahmad akan menjadi calon PAS di Parlimen Baling dalam PRU13 nanti.......dan 'mak cik bermata bundar' dan 'abang misai lipan bara' tentu tersenyum lesu bila memikirkan kawasan mana lagi yang tinggal untuk mereka turut bertanding.....haha.

..Ish ish ish.....bila masa pulak orang amenu tahu lebih? Kalau mereka tahu lebih dan ikhlas dalam ilmu Agama Islam sekali pun, sudah tentu mereka tidak akan bersekongkol dengan puak-puak sekular amenu yang lain.

Kebanyakan ahli Agama lain hanya pandai dan mendamba diri untuk menjaga perut dan apa-apa yang di bawah perut saja......( memang pun Agama menganjurkan kita menjaga makan dan menjaga syahwat)....ha ha ha hanya pandai jaga tembolok persis ayam jantan.....patuk dan patuk dan patuk dan 'menindih'.....kikikikiki.....

al-brangionline:

Salute sambil mengangkat topi pada Datuk Brig Gen (B)

p/s......kalau big boss dah sokong PAS...abang-abang misai lain apa macam?

_______________________________________________________________

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.
 [ sumber .]