Followers

Saturday, 30 March 2013

'Lebai' Kulim, Peguam setengah 'masak', kata Rajagopalu......ciannyer.....


Datuk T. Rajagoplu AJK Kerja Pusat MIC kata, 'Dia tidak layak menjadi Ahli Parlimen. Dia adalah peguam setengah masak dan dia bukanlah seorang Islam selayaknya kerana seorang Islam yang sebenar tidak sekali2 mengutuk atau menghina kepercayaan penganut yang lain.' Baca DI SINI .

Ini ekoran 'Lebai' Kulim itu yang dikatakan seolah2 menghina kepercayaan penganut Hindu.

Istilah setengah masak kalau ikut bahasa orang Terengganu ialah 'dok pok'.....kalau kita rebus ubi kalau 'dok pok' ubi tu masih keras...maka kalau dimakan kita akan sakit perut......kalau kita bakar kek setengah masak...kek akan mentah dan bentat...kikikikiki......kalau beri makan free macam depa dok beri BRiM pun amenu totok pun tak lalu nak makan.

Dulu masa 'Lebai' tu datang surau Annur Bangi, dia suka buat lawak 10 sen dengan serban hitamnya.....pooorrraaahhh 'Lebai'.

Kalaulah orang PR berucap macam tu...belum habis telan air-liur dan baca 'Tasbih Kaffarah' mesti kena ngap punya......alahai memang perkasa sungguh depa ni...dok makang ssamang.(tak makan disaman).

al-brangionline:

Cakap siang pandang-pandang......cakap malam dengar-dengar.....

p/s Islam mengajar umatnya menghormati kepercayaan Agama orang lain weh......

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu.)" Al-Quran, Surah Al-Hujurat, Ayat :13

Friday, 29 March 2013

SPR 'ajar' rakyat matematik?......diri sendiri tak tahu 'ilmu hisab'.....


Tak payah berceritalah bila Parlimen 'gugur' sendiri kerana ia pasti 'gugur' bila sudah 'ranum'.....yang rakyat nak tahu setelah DUN Negeri Sembilan 'gugur' sendiri, bila SPR nak beri tarikh penamaan calon dan hari mengundi?

Kalau betul SPR tak dipengaruhi amenu kenapa masih tak bermesyuarat nak tetapkan tarikh-tarikh tersebut secepat mungkin walaupun umum tahu pilihanraya mesti diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh 'gugur'......ha ha.

al-brangionline:

diajar semasa di sekolah dulu 2 x 5 = 5 x 2 kikikiki......

_______________________________________________________________________

SPR: Tarikh akhir pembubaran Parlimen 30 April

28 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
   
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
   
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
   
"Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
"Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira," katanya.
   
Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
   
Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.
   
Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. - Bernama

Thursday, 28 March 2013

Hassan Ali : Masih lagi 'blank'.....ada aku kisah?


Orang ramai di luar sibuk buat telahan bila Parlimen nak bubar.

Rupa-rupanya ada jugak hikmahnya Najib ber'hempas-pulas' pilih tarikh yang sesuai Parlimen dibubar.....sekurang-kuangnya orang ramai dapat sedikit ilmu demokrasi dan 'politik' di Malaysia.

Dalam duk sibuk-sibuk orang ramai buat tekaan dan telahan......rupa-rupanya Hassan PhD ini masih ber'hempas pulas' memikirkan nak bertanding di mana?.....Gombak Setia?.....Shah Alam?

Kalaulah boleh beri cadangan pada beliau......disyorkan beliau betanding Presiden Tok Siak Melayu Se Malaysia atau pun Presiden Pembancuh Cendul Melayu Se Malaysia.....dengar kata Presiden Pembuat congkak Melayu SeMalaysia pun masih kosong atau pun Presiden Pengikat Sampin Melayu Se Malaysia......berita terkini Persatuan Kompang dan Rebana Ubi Se Malaysia sanggup beri ruang tanpa bertanding sebagai Presiden mereka yang baru.

Hayatilah kata-kata keramat (jahat?) beliau......" Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU-13.' seperti DI SINI .

al-brangionline:

Ada aku kisah?.....orang kuatnya di Taman Equine tentu tersenyum getik bila terbaca posting ini.

Wednesday, 27 March 2013

Umno macam nasi 'hangit' berkerak......ini di'endorsed' oleh Che Det


Che Det sudah mula meluahkan kerisauannya......

  • Beliau risau malah keseluruhan orang Umno pun risau, bukan setakat tak dapat balik 2/3 malah berkemungkinan hilang terus pemerintahan yang gah selama 50 tahun lebih.
  • Apa yang sangat-sangat merisaukan lagi beliau andai kata Umno masih lagi memerintah walaupun hilang 2/3 majoriti, maka Najib pasti kena turun sepertimana berlaku kepada Pak Lah selepas PRU12 dulu. Jika ini berlaku beliau lagi risau, ini kerana Umno sudah tiada lagi pemimpin.....wow itu pukulan KO...tentu Muhyiddin amat sugul bila mendengar ini.

al-brangionline:

Sesungguhnya Umno sudah diibaratkan nasi hangit yang berkerak......nak bagi makan ayam...ayam pun cabut lari.

p/s agak-agak orang Umno ada selera lagi berbalik kepada Che Det jika apa yang dirisaunya berlaku?

[sumber .]

Tuesday, 26 March 2013

Tengok pd gambar : Tiba2 terlupalah pulak tarikh tu......nasib Nazri pandai jawab

Kalau tengok pada gambar macam orang gugup......gugup kerana terlupa nak bubar Parlimen......nasib baik ada macai yang pandai jawab...'kami tak gugup......tunggu aja 28 April...ia pasti datang DI SINI .

al-brangionline:

Kamu tak bersalah selagi mana kamu berkuasa......guane gamok weh.....

Monday, 25 March 2013

Penyakit kerap 'kencing' punca tak ke Mahkamah?......alahai sang pengecut Papagomo


Zaman musim tilam diusung ke Mahkamah dulu.....ada sorang tu takut ke Mahkamah...dengar ceritanya berdozen-dozen pampers digunakan seharian kerana kerap kencing.

Mutakhir ni ada sorang lagi sebut saja pasal PRU nescaya akan terkencing.....bila terkencing saja mesti ada orang sebut pasal PRU......kikikiki

Paling terkini rupa-rupanya ada sorang lagi...ada sorang mamad.....dia tu punyalah takut pergi ke Mahkamah hinggakan terkencing-kencing tak terkira saat dan ketika.....bila terkencing-kencing mesti ada orang sebut pasal Mahkamah......bila sebut saja ke Mahkamah mesti mamad tu terkencing.....kakakakaka

al-brangionline:

Mana lebih teruk, tak ada tulur atau terkencing-kencing macam baby kesejukan?
___________________________________________________________________________
Papagomo tidak hadir ke Mahkamah [sumber .]

KOTA BHARU: Blogger lucah Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun beliau selaku defendan sepatutnya hadir setelah disaman oleh Datuk Husam Musa.

Ekoran itu, pelbagai pihak yang hadir ke mahkamah hari ini menyifatkan beliau sebagai penakut walaupun sangat berani apabila menulis dalam blognya.

"Selaku defendan Papagomo mesti hadir di mahkamah biarpun lawyernya berhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman!" tulis Datuk Saifudin Nasution Ismail yang turut hadir selaku saksi melalui twitternya.

Papagomo melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran beliau sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.

Sunday, 24 March 2013

PR akhirnya bertanding guna lambang 'dacing' ?


Ada ura-ura DAP akan digantung dek dombaan barua a.k.a. macai-macai penjilat.

Jika ini berlaku maka DAP tidak teragak-agak akan guna tiket PAS.atau pun PKR.

Jika umno merasakan masih lagi tak makan 'cekak'untuk hadapi PRU13.....berkemungkinan PKR juga akan digantung......ye di gantung macam Persatua Bolasepak di perdalaman Afrika tu buat...asyik gantung mana-mana individu yang kritik persatuan.

Jika PKR juga digantung maka PKR dan DAP akan guna tiket PAS untuk bertanding dalam PRU13.

Maka PAS akan bertembung satu lawan satu dengan 'umno dacing'.

Jika risikan terakhir 'umno dacing' masih lagi tak boleh 'gigit' PR maka tak mustahil PAS jugak akan digantung dan ketika itu tok cai-tok cai 'umno dacing' akan keluar 'fatwa', mana-mana calon bebas akan di'paksa-rela' guna lambang dacing......

Agak-agak dengan perancangan meroyan beruk cam tu, 'umno-dacing' boleh menang dengan 'land-slide victory' tak?

Tu tandanya kiamat sudah dekat, apabila ramai orang gila kuasa nak kekalkan kuasa dan tanda-tanda 'kiamat-kecil' di Malaysia amat jelas dan hampir.[ sumber .]

al-brangionline:

Tidak mustahil 'dacing' akan memakan diri sendiri.

Saturday, 23 March 2013

Mantan PM yang pandai bercakap tapi selalu dalam 'tidur' @ konpius?

                                                    [sumber .]                                   [sumber .]

Mantan Presiden Umno @ mantan PM dalam status konpius.......masakan dia lupa (atau memang sudah pelupa?)......bukankah politik itu serba mungkin......bertanding di mana sekalipun asalkan beramanah dan sanggup berlaku adil pada rakyat.

Nak tengok orang yang pandai bercakap tetapi selalunya dalam keadaan lupa bertanding di Permatang Pauh......apa macam?.....Ada berani kaaaaa?

al-brangionline:

Kedua2nya adalah 'winnable-candidates'.....bezanya yang mana satu ada 'tulur'?

Friday, 22 March 2013

Nanti jawab UMNgOK, Sabah kan hilang......Ayuh bersama DS Lajim

Datuk Seri Lajim Ukin

Tanya pada pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, angin yang goncang,
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti jawab UMNgOk, Sabah kan hilang
......kakakakaka

Orang Sabah sudah lama cerdik......sudah lama pandai tukar orang......kali inilah bah.....

Kalau Datuk Seri Lajim Ukin pun berani berubah......ayuh sama-sama berubah bah......

Datuk Seri Lajim Ukin akan bersama PAS/Pakatan Rakyat untuk buat perubahan.
 [DS Lajim Ukin .]

al-brangionline:

Jangan samakan Datuk Seri dengan al-kataki

___________________________________________________________________________

 Ahli parlimen Beufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) tidak menolak 
kemungkinan beliau bertanding menggunakan tiket parti PAS dalam usaha mempertahankan
 kerusi yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
"Saya akan bertanding...saya akan menggunakan salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat, 
sama ada PAS atau PKR.



"Mustahil saya bertanding di bawah DAP kerana kawasan saya kawasan Melayu Islam," 


kata beliau ketika ditemui Malaysian Digestbaru-baru ini.



"Kita sudah bincang tetapi biarlah pimpinan Pakatan yang menentukan untuk saya 


menggunakan lambang apa dan sebagainya," katanya.



Kata beliau, Sabah ketika ini bukan lagi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) dan ianya 


dapat dilihat apabila puluhan ribu orang hadir setiap kali menyambut kehadiran 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurutnya, rakyat Sabah juga telah faham mengenai perjuangan Pakatan di mana


 ketakutan rakyat Sabah suatu ketika dulu adalah mengenai kepimpinan Anwar 
sendiri yang dipertikaikan oleh BN dan dakwaan salah laku serta peribadi beliau.



"Nampaknya kebangkitan rakyat sudah pun meningkat...setelah kita buat kajian 


secara terperinci, apa yg dilalui oleh Anwar itu adalah satu konspirasi oleh Umno.



"Kenapa dakwaan liwat sahaja yg boleh dikenakan kepada Anwar? Tidak ada dakwaan 


lain seperti rasuah dan kes-kes lain.



"Jadi ini adalah merupakan satu yang agak ganjil pada pendapat kita," jelas beliau.




Tambah Lajim, jika pemimpin PAS yang majoritinya adalah ulama tidak mengesyaki 


sesuatu mengenai Anwar, mengapa kita sebagai rakyat harus mendengar mitos 
Umno yang telah mengeluarkan pelbagai skandal.



"Nampaknya rakyat memahami semua ini di mana ini adalah konspirasi 


politik yang ingin menjatuhkn imej dan karier politik Anwar," kata beliau.



Selain itu, Lajim turut menyifatkan krisis pencerobohan di Lahad Datu sebagai 


satu kelebihan kepada Pakatan kerana ianya jelas menunjukkan kerajaan yang 
sedia ada gagal menjaga keselamatan dan perairan negara.



"Tentera polis dan pihak keselamatan cukup siap siaga dengan senjata yang 


canggih dan mempunyai radar yang mampu mengesan musuh atau apa-apa 
perkara yang diragui dalam 100 kilometer.



"Mereka membawa senapang, sudah tentu ianya boleh dikesan oleh radar," 


tegas beliau.



Beliau turut mengulangi gesaan Pakatan supaya mengadakan sidang khas


 Parlimen sebelum dibubarkan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan 
Diraja untuk membuktikan siapa dalang yang terlibat dalam krisis itu.



"Isu ini tidak boleh dipolitikkan kerana ini adalah isu keamanan dan 


keselamatan. Kita tidak mahu walau seinci tanah di Sabah itu diambil orang lain," kata beliau.

Wednesday, 20 March 2013

Husam nekad......selamat tinggal pada politik?


Memabiarkan Husam bertanding di Putrajaya samalah ibarat melepaskan ayam serama ke dalam reban ayam kampong......pasti kena patuk dan kena taji.

Pernah satu ketika albrangi membela beberapa ekor ayam serama......cantik dan mahal harganya...tiba-tiba satu hari tersengaja bukak reban, maka meluru keluar ayam serama yang sangat cantik itu...tiba datang ayam jantan jiran meluru padanya lalu ditaji hingga berdarah......lalu ditangkap semula ayam serama itu dan dimasuk dalam reban.

Nak ceritanya......ayam serama itu ditaji bukan kerana kehebatannya tapi kerana dengki dan dendam kesumat pada semua baka ayam serama yang gah dengan kokokannya serta cantik pada bentuk badan dan bulunya.

Begitu jugaklah dengan Husam......aura serta ketokohannya.....malah sudah terbukti integriti kepimpinananya di Kelantan membuat orang Putrajaya tidur tidak lena walaupun rata-rata semua rumah di Putrajaya miliki 'air-cond'.

Jikalau ditakdirkan Husam bertanding 5 tahun lagi di Putrajaya......rasanya barulah selamat kerana ketika itu 'ayam-ayam jantan' yang bergelumang ekornya dengan taik sudah patah tajinya. [Husam I .][Husam II .]

al-brangionline:

Sedang mengejar ayam kampong untuk dibuat gulai......

Monday, 18 March 2013

'Merebut' Kota Raja, samalah macam me'runtuh'kannya

Kenapa di saat akhir tiba-tiba berminat dengan Parlimen Kota Raja?

Kenapa mesti berebut dengan PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya?

Kenapa ingin bertanding atas lambang PAS?

Kenapa sampai peringkat hendak bertanding tiket bebas jika PAS tidak beri laluan?

Kenapa mesti PAS memberi alasan kenapa beliau tidak 'layak' bertanding atas tiket PAS?

Kenapa...kenapa...kenapa...?  DI SINI .

Komposisi pengundi mengikut kaum:

Melayu : 47.7%

India     : 28.27%

Cina     :  23.16%

Lain-lain: 0.79%

PAS (YB. Dr. Siti Mariah Mahmud) perolehi 38,630 undi
BN   (S.A. Vigneswaran) 8,239 undi.

Majoriti menang  20,751 undi.

Kalaulah nak runtuhkan kezaliman 'BN' dengan perasaan yang meluap-luap sekalipun janganlah dilihat sebagai mem'bantu' BN dengan memecah undi kaum Melayu nanti.:

al-brangionline:

Cukuplah sekali berlaku di Pasir Mas......peritnya terasa hingga sekarang.

Sunday, 17 March 2013

'Puas' hati aku......nah ambik kau Anwar...kaw kaw punyer

Masa 90 minit sudah lama habis......namun pembantu pengadil tidak angkat papan digital yang papar waktu tambahan (stoppage time)......pasukan merah/biru masih menyerang dengan cara biasanya...mengangkat kaki tinggi, memeteh kaki, menyiku, menarik baju, menarik seluar hinggakan striker handalan pasukan hijau-putih-biru muda ter'bogel'.....namun pengadil tetap me'mekak-badak'kan telingannya...mem'buta'kan matanya.....begitulah jugak dengan pembantu pengadil (linesman) di kiri dan kanan padang sentiasa menaikkan bendera menandakan 'curi ayam' (off-side) setiap kali striker handalan pasukan hijau-putih- biru muda menggetel bola...malah telah pun menjaringkan gol namun tidak dikira.

Keadaan stadium menjadi gamat......penonton bersorak memberi sokongan pada pasukan hijau-putih-biru muda dan mula marah-marahkan pengadil......namun permainan tetap diteruskan......kalau-kalau pasukan merah-biru dapat sumbat gol......tapi sayang, pasukan merah-biru sudah keletihan...sudah mengcekak pinggang...sambil meminta air minuman dari luar padang.

Ketika pengadil meletakkan wisel dibibir hendak meniup tapi diberi isyarat dari ketua pasukan merah-biru agar jangan tiup dulu kerana 'pitis' sedang diagihkan kepada penonton, gambar lucah dan video lucah kononnya aksi striker handalan pasukan hijau-putih-biru muda diberi percuma kepada penonton agar penonton yang sedang ghairah menyokong itu membenci striker handalan itu.

Apa yang terjadi?

Penonton 'gembira' mengambil 'pitis' tapi video lucah itu dibaling ke padang.

Penonton makin membenci pasukan merah-biru namun tetap sabar menunggu pengadil itu menerima isyarat daripada pasukan itu untuk meniup wisel.....nampaknya wisel dijangka ditiup sehingga semua pemain hijau-putih-biru muda keletihan dan 'tumbang' di atas padang......alahai.....mana ada perlawanan bolasepak semacam ni...cesssss...ia hanya ada di Malaysia, habaq hang. {sumber .}

Patuttlah pun rangking tercorot...low class...manyak mengong maa.

al-brangionline:

Fitnah dan amenu berpisah tiada......ibarat kentut dengan kepala taik sembilit.....hanya mereka yang sentiasa duduk dalam ke'busuk'kan sukakan 'barang' busuk.

Thursday, 14 March 2013

Patut pun Tak berbubar...tak terbubar...tak dibubar hingga sekarang, rupa2nya pasal 'siapa dia?'

Parlimen tak berbubar...tak terbubar...tak dibubar......sehingga sekarang..

Kenapa?

Mereka yang perasan diri tercalon bermundar-mandir seperti menunggu isteri melahirkan anak sulung.

Mereka yang rasa ada gerak tidak dicalonkan akan berusaha keras melobi dengan apa cara sekalipun.

Mereka yang perasan tercalon dan terperasan akan jadi MB atau KM akan menempah sut hitam serta sepersalinan baju Melayu hitam untuk mengangkat sumpah serta mengambil gambar ukuran pasport dan visa umrah untuk mengerjakan Umrah tanda kesyukuran.

Para isteri yang terperasan suami mereka akan sekali lagi jadi orang 'besar' atau pertama kali menjadi orang 'besar' telah kerapkali mengunjungi SPA untuk mandi bunga dan sauna agar ruparas kelihatan berseri dan badan pun kelihatan sedikit langsing walaupun sebelum ini ber'meter' kain benkung melilit berpusing-pusing keliling badan agar kelihatan langsing.

Para peniaga tersenyum girang menunggu bakal harga barang akan naik.

Pengguna serta rakyat jelata ternanti2......menang PR, menjanjikan kehidupan yang lebih ter'jaga'.....menang BN, bakal menghadapi suasana 'gelap'.....laksana memakai cermin mata gelap seperti gambar di atas.....mengenakan cermin mata gelap akan nampak redup serta 'menyejukkan' mata memandang walhal ia hanyalah satu kepalsuan......menanggalkan cermin mata gelap, menyerlahkan lagi akan kepalsuan, yang nampak hanyalah sebuah fata morgana...

Berbalik kepada pembubaran Parlimen......kenapa masih tak berbubar...tak terbubar...tak dibubar......sehingga sekarang?

Jawapannya orang nombor satu Umno itu perlu menanggalkan cermin mata gelapnya agar senarai [DI SINI] jelas kelihatan......kalau tidak jawapannya selepas PRU13 nanti Umno/BN hanya akan nampak
 'fata morgana'......

al-brangionline:

Teringat akan cerita 'Lebai Malang'

Wednesday, 13 March 2013

Siapa jadi MB Selangor jika amenu menang PRU13?......ada aku kisah...tapi kalau si-mamad tu habis le.....


Siapa calon MB Selangor jika amenu menang PRU13?

Sudah tentu bukan Ibn Toyo mahupun Mike Tyson.

Tapi kalaulah si-mamad 'tu' dipilih......siaplah rakyat Selangor.

Si-mamad yang paling 'gedebe' di antara yang lima tu hampir pasti terpilih......yakni panglima 'padi'...atau panglima 'air'...atau panglima 'dirham'...atau panglima 'batu-bata-jalan raya' atau yang kononnya panglima muda 'hartanah?

al-brangionline berkeyakinan penuh, Insyaallah TS Abdul Khalid Ibrahim akan terus memimpin Selangor bila Pakatan Rakyat sekali lagi berjayan mempertahankan Selangor berdasarkan prestasi lima tahun yang baru berlalu.

al-brangionline:

Jangan nak tunjuk 'gedebe' sangatlah wahai amenu.
___________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor selepas 
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya 
merampas kembali negeri itu terus menjadi persoalan bukan sahaja kepada pemimpin,
 malah rakyat Selangor juga tertanya-tanya siapa bakal menteri besar mereka.
Jika dilihat kepada kedudukan negeri Selangor sebagai sebuah negeri 
industri yang kaya dengan pelbagai hasil, BN perlu menyediakan senarai 
calon-calon yang memiliki latar belakang korporat seperti Menteri Besar, 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ini.
Terdapat beberapa tokoh korporat yang mula diintai BN Selangor 
yang dilihat mampu menandingi keupayaan Abdul Khalid untuk menguruskan 
ekonomi sekaligus negeri Selangor.
Tan Sri Rozali Ismail
Tan Sri Rozali Ismail

Antara tokoh korporat yang sering dikaitkan bakal menjadi menteri besar adalah Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismai.

Beliau yang juga merupakan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor
(DPMMS) dikatakan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan ahli perniagaan 
di dalam dan luar negara, dan mampu menaikkan keyakinan pelabur untuk melabur 
di Selangor. Tidak seperti Abdul Khalid Ibrahim yang kurang berpengalaman dalam politik, 
Rozali dilihat mempunyai pakej lengkap kerana beliau juga aktif berpolitik dan
 pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Umno Selangor.

Bagaimanapun, imej beliau sedikit tercalar apabila Syabas dikatakan menjadi 
punca krisis air yang kini melanda Selangor.

Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja menuduh Syabas telah mensabotaj 
bekalan air Selangor sebagai usaha terakhir untuk merampas kembali negeri itu
 pada PRU13 nanti, malah Rozali telah diberi amaran oleh pemimpin Selangor, 
kononnya mereka akan mendedahkan gaya hidup mewah Rozali kepada rakyat 
dan memotong gaji beliau sebanyak RM10 juta.


Tan Sri Fateh Iskandar
Tan Sri Fateh Iskandar
Selain Rozali, seorang lagi tokoh korporat muda yang dilihat mempunyai potensi 
besar yang boleh dikembangkan ialah Datuk Fateh Iskandar.

Beliau yang merupakan pengerusi syarikat hartanah terkemuka Glomac Berhad 
mempunyai peluang cerah dan setakat ini tiada kedengaran tentangan 
dari dalaman Umno untuk menerimanya sebagai menteri besar.

Keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melantik Fateh sebagai 
Bendahari Umno Selangor merupakan keputusan tepat untuk memuaskan 
hati semua pihak yang beranggapan kuasa menteri besar harus diberikan 
kepada ahli politik.
Datuk Mohamad Adzib
Datuk Mohamad Adzib
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa 
juga dikatakan mampu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor.


Selain dari imej korporat yang bersih, hubungan baik beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mampu mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh Najib.

Bagaimapun, beliau pernah terpalit dengan isu politik apabila Ahli Parlimen Shah Alam, 
Khalid Samad mendakwa terdapat pertemuan antara Mais, 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
dan NGO Islam yang didakwa merancang untuk menjatuhkan Abdul Khalid.

Terdapat juga beberapa pemimpin Umno yang cuba menonjolkan diri
 masing-masing bagi menunjukkan kemampuan mereka untuk menerajui Selangor.
Datuk Seri Mohd Zin
Datuk Seri Mohd Zin
Ramai berpendapat Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed 
sedang mengintai peluang untuk dilantik sebagai menteri besar.

Kedudukan beliau sebagai koordinator memudahkan beliau untuk mendapat
 sokongan daripada dalaman Umno itu sendiri dan juga rakyat.

Seorang lagi pemimpin Umno yang disebut-sebut sebagai pengganti Abdul Khalid 
ialah Datuk Seri Noh Omar berdasarkan pengalaman beliau diperingkat persekutuan 
dan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor.

Tetapi, tidak seperti tokoh korporat seperti Fateh dan Mohamad Adzib, Noh dan Mohd Zin 
dikelilingi pelbagai masalah dan kontroversi sepanjang penglibatan mereka di dalam politik.

Bagaimanapun, menurut sumber, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat 
nama asing yang akan mengejutkan semua pihak untuk menerajui Selangor.

"Bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dulu bukan nama besar atau yang 
disebut-sebut bakal menjadi menteri besar... tetapi akhirnya beliau dipilih disebabkan
 beliau muka baru dan muda.

"Tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku semula," kata sumber yang ditemui Malaysian Digest baru-baru ini.
Datuk Seri Noh bin Omar
 Datuk Seri Noh bin Omar 
[sumber .]

Monday, 11 March 2013

Wanita ini mungkin 'sepupu-sepapat' dgn sorang mufta yg tidak Haruss disebut di Sini


Anda kenal wanita di atas?

Beliau ialah  Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zaininah binti Mohd Zain.

Beliau berkemungkinan 'sepupu-sepapat' dengan seorang 'Mufta' yang tidak Haruss dinyatakn namanya di Sini.

Kalau wanita di atas melarang kakitangannya menampal apa-apa bentuk pelekat (sticker) atau logo pihak pembangkang pada kenderaan sendiri......[ DI SINI .]......manakala Mufta itu pulak menganjurkan 'menyangkut' poltik di pagar Masjid (yakni melarang mengajar politik dalam Masjid).

Begitulah kalau yang mentafsirkan sesuatu tu ikut sedap kepala hotak dia je.

al-brangionline:

Teringat menziarahi seorang sahabat di sini.
Mereka yang dirawat di sini pun mereka yang rasa semua yang terkeluar dari kepala hotak mereka betul semuanya......hahaha...


Friday, 8 March 2013

PAS Bukit Bintang nampak Bintang di siang hari......hebattt, ini mesti selepas bersuluk kot.....

PAS Bukit Bintang telah nampak bintang di siang hari......ini mesti 'akar umbi' (akar umbi di mana?) di Bukit Bintang melepasi satu tahap ber'suluk' yang tinggi...tinggi sungguh maqamnya.

Tak percaya?

Sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Samalah seperti orang-orang 'Raja Sulu' (tak ori)......mereka nampak 'bintang' kebesaran Raja mereka di langit Lahad Datu......rupa-rupanya hanya fatamorgana.

p/s

Parlimen belum pun bubar lagi......PRU belum pun menang lagi......burung terbang dipipiskan lada......alahai...

________________________________________________________________________


PAS Bkt Bintang cadang EGM bincang usul calon PM
PAS Bukit Bintang mencadangkan kepimpinan PAS Pusat mengadakan muktamar khas bagi membincangkan usul kawasan itu supaya mencalonkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya ke13 dan memerintah Malaysia.

Yang Dipertuanya, Mohd Radzi Hashim berkata, cadangan itu dibuat ekoran wujudnya kegelisahan akar umbi berhubung status calon perdana menteri pakatan jika gabungan itu berjaya menawan Putrajaya.
Selain itu, katanya, ia turut diperkatakan secara meluas di kedai kopi, blog, pejabat, masjid, surau dan markaz.
"Forum  yang lebih baik (untuk membincangkan perkara itu) ialah dalam muktamar agung khas," katanya ketika diminta mengulas lebih lanjut kenyataan yang dikeluarkan PAS kawasan itu berhubung cadangan tersebut.
Katanya, cadangan tersebut dibuat dalam mesyuarat khas ahli jawatankuasa kerja kawasan itu pada 5 Mac lalu dan dipersetujui 10 daripada 14 anggota jawatankuasa kerjanya.

Bagaimanapun, katanya, seorang jawatankuasa yang tidak hadir maklum dan menyokong usul tersebut.

Sementara bakinya, Mohd Radzi percaya mereka telah mengetahui usul tersebut, tetapi "tak pasti" sama ada bersetuju ataupun tidak.

Katanya, setelah mengambilkira aspirasi rakyat masa kini, beliau berkata, PAS kawasan tersebut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pedana menteri jika Pakatan memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohd Radhi berkata beliau telah menyerahkan cadangan tersebut kepada pegawai kepada setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tengahari semalam.

"(Usul itu) sudah dihantar dan diterima oleh setiausaha kerja tengahari tadi (semalam) dan dia cakap nak bagi dekat Datuk Mustafa malam ini (tadi)," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Mohd Radzi juga menafikan pihak berbuat demikian disebabkan dipengaruhi oleh pihak tertentu.

"Tidak dipengaruhi oleh sesiapa, ianya kerana kami rasa (muktamar khas) sebagai saluran yang terbaik bagi kami di peringkat bawahan menyatakan hasrat ahli-ahli (akar umbi)," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Radzi berharap supaya Mustafa mengambil perhatian berhubung permohonan tersebut dan PAS kawasan lain sudi bersama untuk menjayakan muktamar agung khas itu.

Sebelum ini Majlis Syura Ulama PAS dilapor menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Anwar yang juga ketua umum PKR dari menjadi perdana menteri jika Pakatan menang pilihan raya umum itu kelak.

Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sementara kepimpinan DAP pula dilapor menyokong Anwar yang juga ketua pembangkang menjadi perdana menteri.

Wednesday, 6 March 2013

Gambar 'Permaisuri Kesultanan Sulu' yang dikatakan 'ori'......rupa2nya ada yang 'ori' dan ada yang 'palsu'......


Y.M Permaisuri Dayang Nurhijrah Kiram

Dikatakan yang datang menceroboh Lahad Datu sehingga terkorban wira-wira negara tempoh hari (Al-Fatihah untuk mereka yang berAgama Islam) di mana isteri-isteri mereka menjadi janda sekelip mata dan anak-anak  menjadi yatim menderita, adalah dari pengikut Sultan Sulu yang tidak 'ori iaitu 'Sultan Jamalul Kiram Ke III.'

Oleh kerana blog ini ingin mencari pencerahan maka di'google'lah seharian hari dan berjumpa dengan satu laman seperti DI SINI .

Di dalam laman tersebut dikatakan 'Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram' adalah Sultan yang ori.

Tujuan dipaparkan di sini adalah untuk pengetahuan am supaya dapat gambaran cerita sebenarnya.

al-brangionline:

Kita mempunyai tugas yang lebih berat iaitu menghadapi PRU13.....kisah-kisah yang berlaku janganlah ia menjadi 'pelindung' kepada hal yang lebih 'auwliyat' yakni lebih priority.

p/s Apa pun, kita mengucapkan syabas kepada mereka di'medan' dan tak lupa mengucapkan takziah kepada keluarga yang menerima musibah. Al-Faatihah untuk mereka yang gugur bagi yang beragama Islam.

Tuesday, 5 March 2013

Apa pulak 'Sulu' dikaitkan dengan 'SPRM' ?......

Mana-mana pergi......orang ramai bercakap pasal 'Sulu'......kat Surau...Kedai Kopi...sambil-sambil tunggu bas atau teksi masing bercerita pasal 'Sulu' dalam versi tersendiri......ada yang claimed dia ada saudara di sana...ada yang kata baru balik dari sana......malah ada secara tiba-tiba menimbulkan jelitawan bernama 'Dayang Sulu' yang berlakon dalam filem 'Laxmana Do Re Me' dalam sembang-sembang mereka (semata-mata kerana ada perkataan 'Sulu'...saja nak menyedapkan cerita) sambil masing-masing membuat analisa sendiri.

Kenapa tajuk nampak macam nak kaitkan 'SULU' dengan 'SPRM'?

Ha ha......S - Sulu
               P - Penceroboh
               R - Ramai
               M - Mati?

Sekarang kita lupakan dulu kisah berdarah 'Sulu'......cer tengok 2 berita di bawah :

Berita 1: SPRM kata BR1M bukan politik wang......dengar tu.....satu statement dari 'mereka' yang berotoriti. [ sumber . ]

"Pegawai SPRM kata bantuan BR1M bukan politik wang

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia dan janji untuk menaikkan jumlah bantuan itu sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-13 bukan satu bentuk politik wang.

Pendapat itu dinyatakan oleh timbalan pengarah kanan bahagian siasatan SPRM Han Chee Rull dalam satu forum anjuran pejabat ketua pembangkang di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin pada sesi khusus membicarakan tajuk 'Menentang politik wang dan rasuah pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13'.

"Secara jujurnya pada pendapat saya, BR1M disampaikan kepada semua rakyat tanpa mengira mereka itu pengundi atau tidak.

"Ia juga adalah satu bentuk polisi pembangunan," katanya yang bercakap mewakili pengerusi SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Menurutnya lagi, pihak yang bertanding dalam pilihan raya bebas membuat tawaran mereka kepada rakyat.

"Dalam mana-mana pilihan raya, semua pihak akan membuat janji tentang perkara yang mereka mahu lakukan," katanya.

Sebelum itu, beliau menjelaskan bahawa istilah 'politik wang' tidak didefinisikan dengan jelas dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Namun, kesalahan membeli undi yang jelas tertakluk di bawah Seksyen 16 akta yang sama, katanya. "

Berita 2 : Kalau BR1M bukan politik wang.....maka yang ini apa pulak 'jenama'nya ye (rasuah seks ke?).......pulak?

"Pegawai SPRM mengaku salah cuba lakukan persetubuhan haram


MISWANDI (kanan) bersama Dewi keluar dari Mahkamah Rendah Syariah, Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasangannya seorang wanita warga Indonesia masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di di Mantin dekat sini Jumaat lalu.
Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Miswandi Samin, 55, dan pasangannya, Dewi Maryanti, 23, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Terdahulu, Pendakwa Syarie, Wan Mohd. Helmi Masran yang mengendalikan kes berkenaan memohon kes tersebut dijalankan secara tertutup dengan alasan mendapat arahan daripada pihak atasan.
Bagaimanapun, Hamizan menolak permohonan pihak pendakwaan selepas Wan Mohd. Helmi gagal memberi alasan mengapa kes berkenaan perlu dijalankan secara tertutup.
Menurut kertas pertuduhan, Miswandi yang bertugas di Putrajaya dan Dewi yang bekerja di sebuah kilang di Nilai didakwa cuba melakukan persetubuhan haram dengan berkurung di sebuah rumah di Apartmen Sri Palma di Kolej Lagenda, Mantin dekat sini kira-kira pukul 5.15 petang pada 1 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan iaitu berkurung sehingga mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat dengan pasangan yang bukan mahramnya.
Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Hamizan kemudiannya memerintahkan kedua-dua pasangan berkenaan masing-masing dikenakan denda RM1,800 atau satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Pasangan berkenaan menjelaskan denda tersebut.
Mengikut fakta kes, sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan awam kira-kira pukul 4.40 petang.
Ketika pemeriksaan penguat kuasa JHEAINS mendapati pintu apartmen berkenaan berkunci dan mereka terpaksa mengumpil pintu selepas penghuninya enggan memberikan kerjasama.
Dalam pemeriksaan itu, pihak JHEAINS menemui Miswandi yang memakai kemeja dan seluar panjang bersembunyi di dalam bilik air di sebuah bilik.
Dewi yang memakai baju-T dan seluar paras lutut ketika kejadian dijumpai bersembunyi di bawah katil di sebuah lagi bilik.
Pemeriksaan lanjut mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah dan bukannya suami isteri. [sumber .]
al-brangionline: 
Lambatnya PRU......macam-macam berlaku sekarang......kali inilah geng......buat perubahan

Monday, 4 March 2013

Wajah "Puteri Jacel Kiram" anak kepada "Sultan Jamallul Kiram III" [gambar]......apa katanya



[gambar ihsan the Malaysian Insider]

Tuding menuding bukan jalan penyelesaian.

Tuding menuding bukan lambang tokoh pemimpin yang unggul.

Dalam duk tuding menuding......mayat bergelimpangan.

Wahai amenu......letak ke tepi dulu sentimen politik kepartian......ambillah langkah politik yang bijak agar negara selamat serta kehilangan nyawa pada tahap minima.

Salam takziah kepada seluruh kaum kerabat dan keluarga Allayarham yang gugur dan juga tidak dilupakan takzih juga untuk keluarga mereka yang bukan Islam.

al-brangionline;

Jangan jadi seperti gugurnya buah catur hasil dari pakar pemain catur.

[sumber ] [sumber .]

Friday, 1 March 2013

Mad Derih mampu tersengih walaupun ter'kempunan' jadi MB dulu, bila dapat perkhabaran ini......

Apabila gajah sama gajah berlaga, kata orang kancil tersepit di tengah.

Begitulah bila dua taiko amenu bertembung......rakyat jadi mangsa 'himpitan'.

Mad Derih yang keciwa dengan Mamad ni pada 2008 dulu, sekarang mampu tersengih hingga tak tertutup bibir atas bila dapat CERITA ini.

al-brangionline:

Moga2 nasib 'lemang' kijal akan berubah dalam PRU13 nanti......ddok gitu orang Kijal?