Followers

Thursday, 28 February 2013

Runtuh lagi?......petanda apa ni belalang?


Sahabat telefon beritahu......'Runtuh pulak dah..'

Bila ditanya, 'Apa yang runtuh?......Mana?'

Katanya, 'Jambatan runtuh.'

Saya mencelah, 'Kat terengganu ka?'

sahabat menjawab, 'Dekat2 dengan Putrajaya'

Adoi......petanda apa ni 'belalang'?

Saya difahamkan, dalam al-Quran ada disebut segala kerosakan di bumi dan laut adalah hasil tangan-tangan manusia seperti termaktub dalam Surah Ar-Rum Ayat [41Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Kalau dalam cerita-cerita hindustan atau drama Melayu kalau secara tiba-tiba siheroin tengah minum air...tak semena-mena gelas terlepas dari tangan lalu jatuh pecah berderai...maka percayalah tak lama selepas itu datang polis kat rumah bawa berita heronya kemalangan...kik kik kik...

Jangan pulak ditafsirkan bahawa Putrajaya akan 'jatuh merudum' dalam PRU nanti......kerana Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud,  "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari) "......yakni berlaku sesuatu perkara jangan dikait2kan dengan sesuatu buruk yang akan berlaku.

al-brangionline:

Nak sangat tengok Putrajaya beralih 'tangan'.


Wednesday, 27 February 2013

Bukan setakat Umno saja yang terasa semacam 'kena tampar',...propesor pun.....ala kangkung, lenggang2 kangkung

'Politik' kedua-dua Tok Guru amat berbisa......bukan setakat Umno saja yang semacam kena tampar......bahkan propesor pun......ala kangkung...lenggang kangkung.

Kalau Umno tak faham perumpaan, itu al-maklum kerana bila masa Umno ni cerdik...asyik kena kelentong di Colek je.....

Sapa pulak si Colek nih?...ala...si raja akro-bed tu...raja ranjang...kikikikiki.

Patutlah Parlimen tak terbubar.....kerana sungguh berbisa 'tamparan' TGNA dan TGHA pada pipi-pipi Umno hingga al-semak pun dah lupa isi kandung 'Taj-Muluk'.

al-brangionline:

Tak yah tunggulah bab bubar tuh......yang penting persiapan kita.

[mungkin berkaitan]

Monday, 25 February 2013

Juanda : Juara atau Joker?......tepuk dada kuat2 tapi jangan jengok poket.....


Juanda: BN, PAS atau PKR?

Tak payah nak berebut......belum tentu 'winnable candidate'.

Terserah kepadanya......bukankah beliau sorang cendikiawan Islam?

Cuma kita mengharap beliau 'tepuk' dadanya kuat-kuat......tapi tolong jangan jengok apa yang ada dalam poket......cuba tengok apa yang terserlah......sendawa wangian Iman atau sendawa 'wangian kemenyan'.

al-brangionline:

Ku petik cendawan ketika selepas hujan.....alahai.....

____________________________________________________________________________

BAHASA    

BN, PAS dan PKR berebut ‘Mufti Perlis’ untuk PRU13

OLEH MD IZWAN DAN MOHD FARHAN DARWIS
FEBRUARY 25, 2013
Dr Juanda: Di laman sosial Twitter, rayuan kepada pemimpin negara mengenai “arah tuju negara”. — Gambar fail K.C. BoeyKUALA LUMPUR, 25 Feb — PAS dan PKR berlumba untuk merekrut Mufti Perlis Dr Juanda Jaya untuk bertanding di atas tiket mereka dalam Pilihan Raya 2013 akan datang, akan tetapi ulama tersebut turut memikirkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN), mencerminkan kepentingan undi golongan agama konservatif.
The Malaysian Insider difahamkan, mufti yang lantang tersebut telah berjumpa dengan beberapa personaliti di negeri kelahirannya Sarawak baru-baru ini, termasuk pemimpin politik dan agama, mendapatkan nasihat untuk membuat pilihan.
“Beliau baru sahaja pulang dari Sarawak. Ia bagi membincangkan dengan sahabat rapat dan pandangan orang-orang senior dengan beliau,” kata sumber kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.
Di laman sosial Twitter Sabtu lalu, Juanda memuat naik gambar pertemuannya dengan Tun Abdul Rahman Ya’kub, pakcik kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau juga mendedahkan pertemuannya dengan Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu untuk mendengar pandangan kedua-dua pemimpin itu mengenai “arah tuju negara”.
Akan tetapi sumber memberitahu Juanda masih memikirkan mengenai perkara ini dan tidak akan membuat keputusan terburu-buru.
“Tapi buat masa ini, beliau masih dalam analisis dan pemerhatian yang berterusan. Kena nilai tempat terbaik untuk buat sumbangan secara berkesan,” tambah sumber tersebut.
Sumber tersebut turut mengesahkan PAS dan PKR bersaing hebat untuk mendapatkan keahlian Juanda, satu petanda agama memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya 2013.
“PAS dan PKR memang push beliau (Juanda) sekarang ini untuk bagi persetujuan,” kata sumber sebelum  menambah Juanda kini berada dalam “peringkat akhir” sebelum mendedahkan pilihannya.
Jika Juanda menyertai politik, tambah sumber tersebut, beliau akan mencipta sejarah sebagai Mufti pertama yang bertanding pilihan raya.
“Tetapi lanskap politik negara telah berubah. Parti yang menawarkan senarai calon terbaik akan mempengaruhi mood pengundian,” kata sumber lagi.
Cakap-cakap tentang kemungkinan penyertaan Juanda dalam politik termasuk juga dengan rakannya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikatakan akan menyertai pilihan raya akan datang.
Sebagai tokoh agama yang popular dan mempunyai pengaruh besar, kedua-duanya dilihat sebagai aset kepada BN dan PR, dalam perlumbaan untuk mendapatkan undi Melayu, kelompok terbesar dalam Malaysia yang berbilang kaum.
Menurut The Straits Times (ST) Singapura semalam, Juanda mengesahkan minatnya untuk menyertai politik, mengatakan perubahan lanskap memerlukan pemimpin seperti dirinya untuk membuat polisi.
Keputusan yang akan dibuat dalam masa dua minggu lagi.” — Dr Juanda, sebagai dipetik The Straits Times
“Keputusan yang akan dibuat dalam masa dua minggu lagi,” beliau dipetik sebagai berkata.
Akhbar tersebut turut melaporkan, Juanda lebih cenderung untuk menyertai parti PR dan akan bertanding di kerusi sama ada Perlis atau Sarawak, di mana kedua-duanya merupakan kubu kuat BN.
Awal bulan ini, dilaporkan Asri mengakui beliau memikirkan kemungkinan untuk menyertai Pilihan Raya 2013, selepas berjumpa dengan beberapa parti politik.
“Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu,” kata beliau seperti dilapor Sinar Harian pada 15 Febuari.
Spekulasi tentang bekas mufti itu mungkin bertanding dalam pilihan raya akan datang pada mulanya timbul apabila media melaporkan kedua-dua BN dan PR mensasarkan tokoh agama yang popular itu sebagai kelebihan untuk mendapatkan undi Melayu-Islam dalam pilihan raya akan datang.
Dipercayai Asri yang ketika ini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, kubu kuat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Terdapat juga khabar angin Asri bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya PR masih mengekalkan Pulau Pinang.
Pada masa lalu, bekas mufti Perlis itu dikaitkan dengan parti Islam PAS, akan tetapi dinafikan olehnya dan mengatakan beliau tidak akan menyertai parti politik.
[sumber .]

Saturday, 23 February 2013

TG Hadi Awang dari kacamata sorang kaum Cina......adesssss

Di petik dari Harakahdaily pandangan sorang kaum Cina terhadap TG Hadi Awang a.k.a. Ayah Chik.
Nukilan Li Fook Gao,23 Feb 2013


Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar.

(Ustaz Hadi ketika membantu seorang mangsa lemas di pantai Rusila 2010 lalu)

Saya tidak mengenali Ayah Chik, nama panggilan manja untuk TG Hadi, secara dekat mahupun lama, tapi sekadar melalui kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ayah Chik yang dilaporkan di media mulai 2010.

Kali pertama, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah melalui kemunculan video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010.

Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik bertungkus lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda.

Kali kedua, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah tatkala Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke 58.

Itu adalah pertama kali saya terhibur, tersentak dan terpegun dengan isi ucapannya yang begitu padat dan bernas.

Tiada satu saat yang saya terasa mengantuk. Ucapan Ayah Chik sudah bertambah hebat sebab akhirnya saya terasa mudah diikut, walaupun untuk seorang bukan Islam seperti saya. Ucapan ini jauh berbeza dengan ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan tersendiri.

Daripada wajah ahli-ahli PAS yang mendengar, ternyata di hati mereka, Presiden PAS ialah ‘Ayah Chik’ mereka. Tuan Guru Presiden sudah dianggap sebagai seorang bapa kepada semua ahli PAS yang tertawan dengan ilmu yang terserlah daripada diri Ayah Chik.

(Membantu memadamkan api dalam kebakaran di asrama Maahad Darul Quran)

Kemudian, saya terkagum buat kali ketiga apabila melihat Ayah Chik dengan berpakaian pelikat dan pakaian di dalam rumah membantu menyelamatkan kebakaran di Sekolah Maahad Darul Quran yang merupakan sekolah Ayah Chik sendiri yang selalu memberikan kuliah di situ.

Apabila Ayah Chik berbahasa Cina semalam di Kedah ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina, saya kagum untuk buat kali keempat.

Seorang Tuan Guru yang disanjung tinggi, seorang pakar agama Islam, berbangsa Melayu, belajar bahasa Cina untuk menghiburkan hadirin yang hadir – cukup berbeza dan cukup terkesan. Tuan Guru Presiden PAS berucap dalam Cina? Biar betul? Betul.

Menurut setiausaha politik Ayah Chik, Dr Ahmad Samsuri, Ayah Chik belajar berbahasa Cina dengan seorang guru Mandarin petang sebelum majlis bermula.

Bukan itu sahaja, Ayah Chik turut menulis kaligrafi Cina "吉" yang bererti ‘tuah’ untuk dihadiahkan kepada warga Tiong Hua dalam majlis tersebut.

Mengapa perkara ini bermakna? Selain tulisan itu betul (bukan sepertimana yang tersilap tulis dalam sebuah video ucapan Tahun Baru Cina seorang VIP yang dipaksa tontonkan berulang-kali kepada warga Tiong Hua di setiap pawagam) dan tulisan itu ditulis begitu indah oleh Ayah Chik.

(Menulis kaligrafi Cina di Alor Setar semalam)

Dalam acara menggaul Yee Sang selepas itu, boleh dilihat cara Ayah Chik memegang chopstik seperti seorang yang telah menggunakannya untuk waktu yang lama.

Peristiwa-peristiwa ini pada hemat saya, menunjukkan kehebatan Ayah Chik sebagai pemimpin yang keluarbiasaannya ialah sifat kesantaian dan ‘rakyat biasa’nya.

Kehebatan Ayah Chik menyerlahkan lagi slogan yang dicanangkan kebelakangan ini – “Kita juga rakyat biasa, Kita adalah Pakatan Rakyat.”

Ayah Chik adalah contoh terbaik  kepada rakyat bahawa inilah Pakatan Harapan Rakyat – yang dipilih rakyat, ditadbir rakyat dan bekerja untuk rakyat – yang menerajui Putrajaya pada PRU13 nanti.
Akhir sekali, Hidup Rakyat! Takbir!

Friday, 22 February 2013

Siap ngko......Deepak saman Najib dan pasangannya RM3.0 billion

Kalaulah Almarhum yang pernah pegang orang nombor dulu masih hidup...tentu Almarhum terkedu mengenangkan berbillion-billion henget kena saman...mana nak gagau......Almarhum jugak selalu sebut angka berbillion-billion...kalau tekan kalkulatur cikai, habis nombor...keluar error...error...error.

al-brangionline:

Sudah jatuh dihempap lift...tak sempat nak ber-aduh...habaq hang.

___________________________________________________________________________


Deepak fail saman terhadap Najib

Anis Nazri,22 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini.

Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti.

Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka. [sumber .]

Thursday, 21 February 2013

Cik Gu kencing berdiri...anak murid kencing berlari...pemimpin minum berdiri...rakyat telan air liur sendiri


Bila Cik Gu kencing berdiri...anak murid kencing berlari...bila pemimpin minum berdiri...rakyat  telan air liur sendiri......ka ka ka kepimpinan melaui teladan......

al-brangionline:

Terasa haus sesangat......itu tanda masa nak 'merudum' udah dekat.

p/s Ingatkan Kelantan ajer ada masalah air.....aaaiiittt udah 50 tahun lebih baru nak bercakap pasal bekalan air bersih?

p/s

Petanda kabir Sarawak bakal bergoncang

____________________________________________________________________________


Najib lancar projek bekalan air Lifesaver 1M di Beladin, Betong

BETONG: Kira-kira 20,000 keluarga di negeri ini kini menikmati bekalan air bersih menggunakan sistem 'Lifesaver 1M' yang dimajukan di negara ini menggunakan teknologi nano British terkini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan sistem itu di Beladin, sebuah bandar perikanan dan pertanian, kira-kira 60 kilometer dari sini yang juga sebahagian daripada kawasan Parlimen Batang Lupar.
Berucap pada sesi perjumpaan dengan rakyat di perkarangan masjid bandar Beladin, Najib berkata, projek itu adalah satu lagi testimoni usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional meningkatkan taraf kehidupan rakyat.


Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membelanjakan RM60 juta bagi melaksanakan projek itu.

"Dalam agenda pembangunan kita, kami beri perhatian membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka melalui program transformasi.

"Kita mempunyai satu program dengan matlamat untuk membawa kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh dalam negara dan untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan. Kita juga mempunyai program transformasi luar bandar yang bermatlamat membina lebih banyak jalan, membawa lebih banyak projek bekalan air dan elektrik dan perumahan di kawasan luar bandar di seluruh negara," katanya.

Najib berkata, program transformasi jauh lebih bermanfaat daripada agenda reformasi pembangkang yang hanya akan mencetuskan lebih banyak masalah dan kerosakan.
Oleh itu, beliau merayu kepada rakyat supaya memberi mandat kepada kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 bagi memastikan kejayaan program yang dilaksanakan kerajaan lebih-lebih lagi di Sarawak yang juga sebuah negeri yang luas dengan penduduk yang bertaburan.

Beliau berkata, tidak seperti pembangkang, kerajaan BN sangat serius menunaikan janji yang dibuat berhubung kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Mereka hanya pandai menabur janji manis yang tidak dapat ditunaikan dan ini bahaya.

"BN mampu berpegang kepada janji-janjinya kerana ia mempunyai sumber untuk berbuat demikian berikutan kedudukan ekonominya yang kukuh yang mencatat pertumbuhan 6.4 peratus pada suku keempat 2012, yang juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia," katanya.

"Ini juga bermakna ekonomi kita sangat baik. Kita ada banyak dana untuk melaksanakan lebih banyak projek dan bantuan yang sangat-sangat bermanfaat buat rakyat seperti bantuan kewangan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan kini kita mengagihkan bantuan BR1M 2.0 yang lebih baik," katanya.

Najib mengulangi sekali lagi jika keadaan ekonomi membenarkannya, kerajaan akan mempertimbang pemberian BR1M 3.0.

Mengenai kerajaan BN, beliau mengulangi bahawa kekuatannya adalah kerana ia percaya dengan konsep perkongsian kuasa di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

"Kita juga sangat kuat dan stabil kerana kita bukan saja berkongsi kekayaan negara tetapi juga pelbagai cabaran dan masalah yang datang kepada kita di mana kita percaya dalam perundingan bersama.

"Malah kita juga berkongsi perayaan semua kaum," katanya sambil menambah tidak seperti pembangkang kerajaan Selangor yang setiap kali berdepan masalah ia akan menuding jari kepada BN.

"Selangor kini berdepan masalah kekurangan air yang serius tetapi kerajaannya masih berdegil enggan berunding dan bekerjasama dengan kita bagi menyelesaikan masalah," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, beliau sangat gembira dengan lawatannya ke sini apabila mendapati warga emas sesetengahnya dengan hanya dua gigi menyambut beliau dengan mesra membawa plakad "Saya Sayang PM".

Beliau berkata, ini satu petanda bahawa BN masih dekat di hati mereka dan menjadi pilihan mereka dalam pilihan raya akan datang. - BERNAMA 

Asal yang sana 'lemas', yang sini ber'kokok'......asal yang sini ber'kokok', yang sana 'lemas'

Kali ini betul-betul yang sana 'lemas' kerana yang sini ber'kokok' secara luar biasa. kalahkan ayam serama atau ayam hutan.

Kali ini mamad ini berkokok menggunakan kalimah 'Iman'......{sumber .]  'kokokan'nya, bolehlah dirakamkan seperti berikut, " Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman"......seolah-olah kalau tak dapat jugak bersatu seolah-olah mereka tiada iman.

Yang jelasnya yang dimaksudkan 'mereka' itu iala Umno dan PAS.

Sekarang yang kononnya Umno yang jelas lagi ikhlas mahu bersatu, manakala PAS tak mahu bersatu......adakah mamad ni berani mengatakan PAS tiada iman?

Kokok jangan sebarang kokok wahai yang kuat iman?

Dalam 'kokokan'nya mamad dengan celuparnya menghukumkan PAS bertahaluf siasyi bersama kafir harbi yang menolak Islam......bagaimana pulak dengan yang satu lagi yang bertahaluf dengan parti tokeh2 besar yang jugak menolak Islam? Zimmi atau harbi?

Mohon majlis fatwa kebangsaan buat fatwa; masih wujud ke lagi kafir harbi di Malaysia?

Satu lagi, mamad yang berkokok tadi sudah nyanyuk......ooopppsss bukan nyanyuk tapi lupa, masih ada satu lagi yang akan bertanding di bawah panji-panji 'Berjasa' dalam PRU13 nanti......yang ini terlepas ke daripada hukum bersatu jika ada iman?

al-brangionline:

Masuk bertandinglah geng......tengok camner.

Wednesday, 20 February 2013

Kalau dah 'cap ayam'......runtuh lagi.....habislah Mamad tuh kali ni...

[sumber .]
Runtuh lagi.....maka benarlah pepatah amenu...sudah jatuh ditimpa tangga, hidung pulak terkena taik ayam candu......tu ah jangan cakap besar sangat a\menu...konon-konon hanya amenu yang pandai tadbir negeri.

Jutaan duit rakyat hilang bersama runtuhan batu-batang dan bilahan besi.

Semasa runtuh kali pertama dulu......JKR di'kambing hitam'kan...\maka se'gerombolan' pegawainya ditukarkan ke Putrajaya......kali ini siapalah pulak Mamad tu nak tukarkan.......kali ni kita pakat tukar Mamad tulah pulak......cukuplah amenu......kali ni giliran munglah pulak kena tukar.

al-brangionline:

Stadium oh stadium...kenapa mu kerap runtuh
Macamana ku dok runtuh...tuan aku nak 'pergi'

Kalau tuan mu nak 'pergi'...kenapa mung runtuh jugak
Macamana aku tak runtuh...payment belum\ boleh lagi...kik kik kik.

Tuesday, 19 February 2013

Bahan 'reject'......satu patah darinya, terserlah autanya


Kalau seseorang yang separa 'nyanyuk' bercakap......lagi banyak dia bercakap lagi banyak merapunya.

Kalau seseorang yang jahil Agama bercakap pasal hukum-hakam, lagi banyak di ber'fatwa' lagi terserlah autanya.

Kalau seseorang yang sudah jadi barang 'reject', lagi digunapakai hasil dari kepala hotaknya, lagilah naik meloya orang ramai mendengarnya.

Dikatakan kalaulah tidak dipaksa turun dalam PRU11 pada tahun 2004 dahulu, nescaya jatuh merudum puak-puak amenu......diketika itu tahap meluat orang ramai ialah tahap optimum.

Dan sekarang dia dijadikan (atau sendiri mahu kerana takutkan PR memerintah......biasalah kalau orang rasa diri banyak bersalah tentulah takut pada bayang2nya.) juru kempen......beritau orang Felda, jangan gigit tangan Kerajaan......kononnya tangan Kerajaan itulah yang memberi rezeki.....anihnya hanya berani pergi tempat yang dikatakan, mereka yang telah lama menggantungkan hotak mereka dipelepah pokok sawit sebab itu susah nak melapangkan fikiran buat perubahan. (maaf ye bukan semua begitu).

al-brangionline:

Satu patah autanya ber\makna satu undi untuk PR


Monday, 18 February 2013

Dong Zong: Same song...different lyrics maa...


PM yang sedia ada hadir di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong, diberi sambutan meriah dengan kibaran slogan 'I Love PM'...jugak diikuti tarian singa.

'Bakal PM' pula tiba kira-kira sejam kemudian dikatakan diberi sambutan yang dikatakan lebih meriah dengan kibaran slogan 'I Love New PM Anwar' dan sorakan gemuruh 'R - E - F - O - R - M - A - S - I'.

Kehadiran kedua-dua 'tetamu' memberi makna yang tersendiri......kedua-duanya di 'claim' lebih meriah di antara satu sama lain......yang bezanya ialah Pengerusi Dong Zong tidak buat ucapan semasa kehadiran PM yang bakal 'pergi' manakala Pengerusi Dong Zong memberi ucapan semasa kehadiran 'PM yang bakal jelma'.

Dalam ucapan itu, Dr. Yap Sin Tin selaku Pengerusi Dong Zong merayu agar 'rakan' Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan oleh Dong Zong.

Siapa yang berjaya meyakinkan Dong Zong nescaya berjaya meraih undi kaum itu.


 al-brangionline:

Setakat ini ameno/bee end masih lagi dicurigai kaum itu dalam dalam bahasa pilihanraya ialah masih lagi terkial-kial meraih undi dari Dong Zong.
____________________________________________________________________________

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.

Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
NONESlogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.

Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.

Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN.

"Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.

Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.
Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.
Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.

Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.
"Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.
Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.
Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan.
Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.
Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.

Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
[sumber .]

Sunday, 17 February 2013

Kalau 'Tok Siak' buatlah kerja 'Tok siak'......alahai...

Kerja awak hanya jaga hal-hal yang bersabit pilihanraya aje.......kerja-kerja orang politik biar orang politik selesaikan melainkan ada kerusi khas diperuntukkan duduk dalam parlimen......itu pun mungkin sebagai seorang senator aje...kalau nak jadi ahli parlimen masuklah bertanding.

Mana mungkin tok siak masuk campur hal siapa jadi imam...hal imam jemputan...tok siak kerja dia hanya jaga setor...bukak-tutup swis lampu dan kipas...cuci bilik air...sapu tahi cicak dan sebagainya.

Tok imam tidak boleh jadi tok cai mana-mana imam atau mana-mana orang perseorangan atau mana-mana makmum.

al-brangionline;

Baru dapat maklumat...mana-mana lembu atau kucing yang kena kasi.....perangainya suka melatah dek terganggunya emosi mereka kerana kena potong @ kasi 'anu'nya......alahai...

_______________________________________________________________________


PETALING JAYA: The Election Commission (EC) defended today Australian Senator Nick Xenophon’s deportation from Malaysia, saying that immigration authorities were merely performing their duty.
EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar also said that it was unjust to judge the fairness of Election 2013 based on Xenophon’s expulsion.
“I think it’s an insult to the intelligence of Malaysians,” Wan Ahmad told reporters here yesterday.

“They don’t have to rely on the opinion of this one fellow to make a conclusion,” he said.

Xenophon was detained at the Low-Cost Carrier Terminal in Sepang yesterday morning and was to be deported last night.

Xenophon had planned to meet Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, de facto law minister Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz and EC officials next week to discuss the country’s electoral system, according to Anwar’s chief of staff, Ibrahim Yaacob.

Electoral reform group Bersih 2.0 co-chair Datuk Ambiga Sreenevasan has lambasted Xenophon’s deportation as a move that showed the government’s “paranoia” about the coming national polls.
Several other Twitter users joined Ambiga in raining scorn on the government’s decision, with the subject spawning a hashtag #xenophon.

But Wan Ahmad stressed that there was nothing to hide as Malaysians were free to observe Election 2013.

Immigration Department director-general Datuk Alias Ahmad said earlier today that Xenophon was deported because the senator had made statements that allegedly tarnished Malaysia’s image.

Alias highlighted Xenophon’s remarks about the Malaysian government being “authoritarian” in handling last April’s Bersih 3.0 rally for free and fair elections.

Xenophon, who had observed the mass protest, noted that the police had fired tear gas and chemical-laced water in what had been a largely peaceful protest.

Alias added that the Australian senator was barred from entering Malaysia under the Immigration Act 8(3).

Ibrahim said today that other Australian MPs and senators, who were due to arrive here, have cancelled their plans.

Wan Ahmad, however, said that the EC was willing to meet foreigners who wished to monitor the coming Election 2013 as long as they contacted the EC directly.

“I’ve never received his (Xenophon’s) call. The EC chairman also did not receive any call,” said Wan Ahmad.

He added that Xenophon had made an appointment with a senior EC official through a third party, but did not specify further.

Wan Ahmad also questioned Xenophon’s intention in coming here, saying: “We don’t know what (is) the agenda in his mind.”

He urged foreigners not to disparage Malaysia’s democratic process as it was based on Malaysian law, not Australian or European law.

“I think we have laws in this country. If people don’t respect the laws, I think the majority of the rakyat will not like it,” said Wan Ahmad.

Australia’s Foreign Ministry has expressed its disappointment with Xenophon’s detention.

News of Xenophon’s detention has also been picked up by international press.

“I am effectively a prisoner here,” he was quoted as saying in the Australian newspaper The Sunday Mail.

The paper reported the Australian lawmaker managed to slip through a phone call when he was left unattended in the interrogation room.

“I’m being held in an area with all these holding cells which are full of women. They have basically told me I am an enemy of the state. They are trying to get me on the next plane out of here and back home.

“I was even meeting members of the government, I mean, the whole situation is ridiculous, we are meant to be the closest of friends with Malaysia,” he told the paper.

“We are meant to be having a people swap deal on asylum seekers but so far it looks like the only person being swapped is me,” he was quoted as saying.

The paper also reported Xenophon as saying he believed a recent piece he had written for Fairfax newspapers last month, which was critical of human rights here, may be a reason for the authorities to refuse him entry.

Xenophon came to Malaysia last April as an election observer after being invited by Anwar.

The Australian senator was part of a seven-member international team of election observers who later met Nazri.

Despite being invited by Anwar, the group insisted they were independent, claiming that their expenses for the fact-finding mission were borne by themselves or their respective governments.

Xenophon had said that fundamental concerns regarding Malaysia’s electoral roll, campaign period, media access and other issues pertaining to electoral reforms were raised with Nazri.

The senator was portrayed by local English daily the News Straits Times (NST) last year as anti-Islam in an article that falsely quoted him as calling Islam a “criminal organization” during his 2009 speech in Australia’s Parliament.

Xenophon later said he would sue the NST after the newspaper admitted its mistake.
[sumber .]

Saturday, 16 February 2013

Hikayat Pornthip si-Rambut Gerbang......eee.....eee.....penuh misteri...


Cerita-cerita dongeng Melayu seperti Pak Pandir-Mak Andih, Si-Tenggang, Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah, Musang Berjanggut dan banyak lagi amat menghiburkan.

Kekadang tersenyum bila mengenangkan ke'cerdik'an Pak Pandir berbanding dengan rakan-rakan yang sama watak dengannya yang masih hidup di lembah-lembah yang lembab......yang akan muncul apabila hujan turun lebat lalu mengeluarkan bunyi...kwonk...kwonk...kwonk...

Tak sangkalah pulak di zaman android ni masih ada lagi cerita-cerita dongeng seperti itu seperti kisah ini......'Pornthip si Rambut Gerbang' seperti DI SINI .

al-brangionline:

Rambut Pornthip mengerbang tatkala mendengar tangisan 'Teoh' ketika perut 'Teoh' dibedah untuk kedua kalinya......eeeee...eeeee...eeeeee.

p/s

Tu-lah pasal dia serik untuk belah perut orang untuk kedua kalinya......eee......eee......eee

Thursday, 14 February 2013

Psyyyyyy.....ni ada cerita lain pulak setelah terkantoi...kik kik kik


Tak habis-habis kisah Yes - No...Yes.- No...ini ada cerita lain pulak.

Psyyyyyy.....mari kita sondol rahsia amenu/be-end yang semenjak sedari dulu, kini dan selama2nya ayik mengelirukan (itu bahasa lembut) a.k.a menipu (?) rakyat.

Cer baca DI SINI dan di bawah 'sebab-sebab' yang kukuh untuk menguatkan seseorang yang di'aib'kan yang boleh menghilangkan ke'malu'-'malu'an seseorang.

Apa tidaknya bila dipanggil Psy untuk ber'yee sang'.......rupa-rupanya Psy membatukan diri untuk berkata No.....adesss malunnya aku.

Begitulah kerja Psy yang professional......beliau hanya dibayar berjuta-juta hanya untuk menyanyi dan berenju-renjut...bukan untuk ber'yee sang'.

Kalau nak jugak Psy ber'yee sang'......kenalah tabur pulak duit...masa ada lagikan...lagi pun Parlimen belum pun bubar lagi.


al-brangionline:


Are you ready to sponsor Psy......oh No.....please

___________________________________________________________________________

GEORGE TOWN: An attempt on K-pop sensation Psy’s life forced organizers to call off plans to have the singer participate in a “yee sang” tossing ceremony with Barisan Nasional (BN) dignitaries during the coalition’s recent Chinese New Year open house here.
State BN chief Teng Chang Yeow said today the police have been informed of the threat.

He denied speculation that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak left the stage after Psy did not come up when invited to toss “yee sang” with BN leaders.

Teng said the delay in Psy making his appearance was due to an attempt on his life.

“There was an attempt on Psy’s life so the police had to act to secure the area since his tent was a distance to the stage, that’s why we ask the prime minister to come down from the stage,” he said.

He denied that the Korean pop star had refused to “low sang” (tossing yee sang) with the BN leaders, saying it was not part of Psy’s programme.

“He was only here to perform, this (tossing yee sang) is not part of the programme,” he said.

He said the emcee did not follow her cue which had resulted in the yee sang “misunderstanding”.

Teng added that bringing Psy to Penang was his way of telling the people that he delivers on his promises.

“All I wanted was just to tell the people of Penang that what I promise, I will deliver,” he said.

He said if the people have confidence in him, next year he would bring another superstar to Penang and it did not necessarily have to be during Chinese New Year.

Teng said he had friends in the industry who had offered to bring the Korean superstar over and the performance was also fully sponsored by a private sponsor.

“It was sponsored by private sponsors who preferred to remain anonymous as they are afraid of being ‘victimized’ if their identities were revealed,” he said.

Speculation has been rife on social networking sites and websites that BN had used taxpayers’ money to fund the massive event on Monday where more than 60,000 people turned up for the event.

“I was given a choice of between Psy or Justin Bieber but since I don’t know who Justin Bieber is, I decided to bring Psy over,” Teng said at a press conference at the Jelutong Gerakan Chinese New Year open house
. [sumber .]

Wednesday, 13 February 2013

Kenderaan Najib habis 'clutch'......udah tak boleh pecut...harap me'raum'kan je

Gambar hanya sebagai hiasan

Apa yang nak dipecutkan lagi?......kalau kereta udah haus 'clutch'.....tekanlah minyak setara manapun...harapkan me'raum' ajelah.....sudahnya kereta tak bergerak.......ibarat kokok ayam jantan.....riuh sekampong...habuk pun tarak...kik kik kik

Rakyat udah buat keputusan...terutama pengundi kaum Cina.....bawaklah bermacam-macam K-Pop sekalipun...setakat buat K-epoh ajelah...berenjut dan berjogetlah ala 'Gangnam' sekalipun semuanya berat nanam (66)...alahai...

Taburlah BR1M 1...BR1M 2...BR1M 3 sekalipun...kenapa tak bubar jugak?...yang sebenarnya amenu sudah patah ST1M.....

Kenapa ye, hanya Najib dan Muhyiddin aje yang ke hulu ke hilir buang air lior......yang lain-lain kemananya?...tidor?

al-brangionline:

Apa tanda semuanya itu?.....

_________________________________________________________________________


PRU13: 'Pecutan' terakhir PM
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
13 Februari 2013
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau sekali lagi membuat kunjungan ke beberapa negeri sehingga 24 Februari ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, lawatan itu boleh disifatkan sebagai pecutan trakhir Najib dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir.

“Ini adalah persiapan paling rapi yang pernah dibuat Perdana Menteri, beliau (Najib) mahu memastikan PRU13 adalah lebih baik daripada 2008.

“Saya percaya pecutan terakhir ini mampu memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN). Melalui lawatan itu juga adalah penentu bila tarikh PRU13,” katanya.
Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia berkata, lawatan perdana menteri itu juga sebagai penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi untuk bersedia menghadapi PRU13.

“Lawatan turun padang itu juga adalah peluang perdana menteri untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan, dan apabila telah berpuas hati pasti tarikh pilhan raya itu akan lebih hampir,” katanya.

Beliau turut berpendapat yang BN masih mempunyai kelebihan di dalam pilihan raya akan datang dengan melihat sokongan dan gerak kerja yang dilakukan oleh perdana menteri dan parti kompenan BN.

“Walaupun banyak pihak yang mengandaikan parti kompenan BN tidak buat kerja, saya fikir tidak semuanya begitu, mungkin mereka kurang mendapat pendedahan media massa.

“BN masih menguasi beberapa perkara yang mampu menjadi penentu kemenangan parti itu dalam PRU13 nanti,” katanya.

Semalam, Najib berada di Johor menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan komuniti di Kulaijaya dan turut melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Kelmarin beliau berada di Pulau Pinang.

Beliau akan ke Sabah hari ini selama dua hari yang mana beliau dijangka menghadiri beberapa program di Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis.

Seterusnya, pada Jumaat, Najib akan berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri sebuah program bertemakan ‘Mengubah Destini Orang Asli’.

Najib juga dikhabarkan akan berkunjung ke Majlis Santai Para Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu pada 18 Februari dan beliau dijangka akan singgah di Johor Bahru pada hari berikutnya untuk melihat perkembangan pembangunan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri, juga akan mengisi masa di Sarawak pada 20 Februari sehingga 22 Februari untuk menghadiri beberapa program di Kuching dan Miri, dan kemudiannya ke Terengganu pada 23 Februari untuk lawatan sehari di mana jadual beliau akan melibatkan program Jelajah Janji Ditepati.

Kemungkinan yang terakhir, Najib  akan berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menghadiri program bertemu rakyat pada 24 Februari. [sumber .]

Tuesday, 12 February 2013

Are you ready?......Yes we are!!!

Tagline yang meniti di setiap bibir pengikut politik Malaysia...ha ha...kalaulah anda masih ingat......
  • Ini satu lagi projek amenu/bee end
  • You help me, I help you
  • Listen...Listen...Listen
  • Are you ready for Psy?......Yes...yes...yes
  • Are you ready for BN?......No...No...No
Quotation yang tak berapa nak menjadi 'momok' pada rakyat yang sudah berakal......namun hampir 50 tahun lebih digunapakai oleh pencacai dan amengok-amengok...adakah anda masih seriau mendengarnya atau sudah rasa sejuk ke masih suam-suam kuku dengannya
  • Hanya amenu tempat pergantungan orang Melayu
  • Hanya amenu yang mampu memberi pembangunan kepada negara
  • Hanya amenu yang mampu melindungi orang-orang Melayu
  • Negara akan kucar-kacir wal huru-hara jika selain dari amenu memerintah
  • Melayu sepakat, Islam berdaulat
Itulah rupa tagline dan quotation orang-orang yang terdesak......hinggakan terpaksa gunakan BR1M 1,0, BR1M 2.0......dan dengar khabarnya BR1M 3.0 akan menyusul untuk menyakinkan (bohongi ?) pengundi


Kalau nak senarai tagline dan quotation 'keramat' yang bermacam-macam yang lebih sensasi lagi...tanyalah 'perkasa', 'isma(e?)k ulam raja', kayu 'jati'......kik kik kik 

Are you ready for Putrajaya?......Yes we are!!!

al-brangionline:

Adakah anda bersedia untuk akhirat?
Tepuk dada tanya Iman

Friday, 8 February 2013

Apa makna 'Bonus Khas' oleh TH?......pak haji dan mak hajjah fikirlah sendiri.....ha ha

Apa makna bila Tabung Haji semacam tiba bulan jatuh ke dalam tabung......untung secara tiba-tiba hingga dengan segala penuh keikhlasan mengumumkan bonus sebanyak 6.5% dan BONUS KHAS sebanyak 1.5%?

Issssssyyyyy.....PRU13 udah dekat yup.....jom 'menabung;...

al-brangionline:

Diantara tanda-tanda 'kubra' ialah bila semua saham meletup......jom yeop, kalinilah kita ubah

____________________________________________________________________


Tabung Haji umum bonus 8 peratus
 
Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus Jubli Emas iaitu 6.5 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012.
    
Ia melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM2.46 bilion merangkumi pembayaran bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus khas sebanyak RM325 juta yang mana merupakan yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
    
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah pembayaran sebanyak RM2.46 bilion itu adalah setelah mengambil kira pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM47 juta.
    
"Inilah hadiah ulang tahun terbaik daripada Tabung Haji bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di Tabung
Haji," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan bonus Jubli Emas itu, di ibunegara hari ini.
    
Beliau berkara kedudukan kewangan Tabung Haji yang positif dan kukuh serta lebihan wang rizab yang telah dikumpul selama tujuh lalu, membolehkan Tabung Haji memberi hadiah istimewa ini kepada pendeposit.
    
Sebelum ini, Tabung Haji mengumumkan bonus enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
   
- Bernama [sumber .]

Thursday, 7 February 2013

You are going too deep......'bahaya' tu.....kalau 'sangkut' nanya.....


You are going too deep......bahaya tu.....I takut you 'susah' nanti.....I tahu you ikhlas dalam hal ini......
I tahu you tidak 'ganas' dan ramai orang tahu you sorang yang gentleman dalam bertindak.....terima kasih you.....I suka kat you dan ramai orang suka kat you.

al-brangionline;

Romantiklah pulak bunyinya hahaha......cer baca selanjutnya DI SINI .

Wednesday, 6 February 2013

Sebat jangan tak sebat......amenu pun kaki 'sebat' wal 'rembat'


Satu kali sebat...dua kali sebat...10 kali sebat...ratus kali sebat......masih ramai lagi yang merogol.

Satu tahun penjara...empat tahun penjara...dua puluh tahun penjara...ratus tahun penjara...makin bertambah orang merogol.

Kenapa begitu?

Mereka tak takut dengan sebatan?

Yang sebenarnya hukuman itu dikuatkuasakan tanpa ada roh Islam......hukuman dijalankan manakala perkara yang menaikkan syahwat jugak 
berjalan' dengan leluasanya.....VCD lucah bertaburan...perempuan mendedah aurat bahkan sesetengahnya seperti bertelanjang...hiburan bercampur gaul lelaki perempuan bersemarak sekali samada di TV mahupun dilapangan seperti malam menyambut tahun baru, valentine dan yang se'nafsu' dengannya.

Dalam Islam pun ada sebatan...ada penjara dan yang paling menakutkan pada pemerintah yang 'takut' akan hukuman itu ialah rejaman...kenapa tidak melaksanakan hukuman yang hampir sama (sebatan dan penjara) ditambah dengan rejaman hingga mati untuk memberi rasa gerun bagi mereka yang ingin melempiaskan nafsu mereka?......

Bahkan ada jaminan dari Allah SWT bahawa disebalik sesuatu hukuman, di sana ada jaminan pencegahan datang daripadaNYA. 

Pada hal Allah telah berjanji sebaik saja sesuatu hukuman berjalan mengikut syarak maka PENCEGAHANNYA akan datang dari Allah...cuma manusia yang egoisnya tinggi sahaja sampai hati untuk menidakkan hukuman Al-Quran......laksanakan dulu, lepas itu baru bertawakkal padaNYA.

Cuba saudara ku perhatikan Al-Quran: Surah Al-Maidah, Ayat 38 "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman PENCEGAH dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Hanya mereka yang kaki sebat.. pantang lepa habis semua nak dirembat. ... harta negara dijadikan harta parti......alahai......royalti pun dinafi

al-brangionline:

Kali inilah......jom tukar Kerajaan......'rudum' dan 'ghurup'kan amenu dalam PRU13 nanti......apa macam orang muda?

Tuesday, 5 February 2013

'Mesti pandai pembohong...mesti pandai temberang'......dulu...kini...selama2nya?


Mesti pandai pembohong
Mesti pandai temberang
Tetapi jangan sampai
Hai pecah tembelang

Memang dah pecah pun seperti DI SINI ......tulah perangai rakyat didahulukan? atau tambah bini didahulukan?

Nak tambah nasi...nak tambah baju...nak tambah kereta...nak tambah bini...silakan...nak tambah penggal?......ooopppsss sori rakyat tak ada masa nak pilih pemimpin yang sibuk nak tambah bini.

al-brangionline:

.....hai berhajat ke yeop?...idok ler.

Surah Ar-Rum Ayat 21 " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

Monday, 4 February 2013

Kalaulah Pak Pandir dan Mak Andih masih hidup......alahai.....


[sumber .]
Anda tentu masih ingat akan kata-kata Pak Pandir kepada Mak Andih, "Tapi tidak usahlah Mak Andih susah hati, kita, dalam dunia ini bukan anak kita sahaja yang mati. Aku tadi jalan balik, tengah jalan itu aku jumpa anak orang ada juga yang mati," [sumber .]

Teringat semasa zaman pemerintahan Ibn Toyo suatu waktu dulu dan kawasan jajahan takluk Amenu......setiap banner dan bunting akan 'ghaib' dan 'syahid' ditelan 'garuda'

al-brangionline:

Rupanya zaman maklumat di hujung jari ini pun masih ada orang berfikiran macam Pak Pandir......kah kah kih kih

Sunday, 3 February 2013

Ada orang kata PAS hanya meng'Hukum'.....Umno banyak ber'tasauf'......hang pulak jenis apa?

Ada sorang sahabat yang bersandar atas nama NGO......yang konon2nya tidak berpihak pada mana-mana.

Selalunya kalau berpegang pada 'tidak berpihak pada mana-mana' lazimnya ber'mazhab' Umno.

Sebagai contoh katanya PAS itu hanya pentingkan fekah......asyik2 berhukum seperti DI SINI .

Katanya lagi.....tengok Umno, mereka banyak ber'tasauf' dalam sebarang tindakan seperti DI SINI .

Mai kita pakat gelak kat mamat nih dan tanya, "Woit, hang tu fekah pun tak...tasauf jauh sekali......hang ni bangsa apa?"

al-brangionline:

Inilah dia typical kepala hotak Melayu (yang ber'mazhab'kan Umno)......kalau betul2 hang ambik jalan tengah, mai kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith SAW dan cari penyelesaian di dalamnya.