Followers

Thursday, January 31, 2013

Lawak 10 sen Rosmah......cerita dalam kelambu takyahlah citer kat orang

Gambar hanya sebagai hiasan

Secara berseloroh, Rosmah berkata: 
"Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, 
saya pun tak tahu bila pilihan raya, 
saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.[sumber .]

Tak payah nak buat lawak 10 senlah......cerita-cerita 'dalam kelambu' tak perlu ceritakan kat orang ramai.......ini bukan budaya orang Melayu apatah lagi Islam pun larang umatnya buat cerita-cerita camtu.....banyak lagi 'cerita-cerita' lain Cik Kak.

Lagi pun kalau semua masalah Negara nak diceritakan 'dalam kelambu' apa pulak peranan Parlimen dan Rakyat jelata yang berhak mendengar penjelasan/malumat yang sahih tanpa sebarang prejudis atau tempias kotoran atau hasutan serta pujukan (kalau pun tak arahan) dari 'pihak' lain.

Seorang pemimpin tulin akan kurang tidur dek memikirkan masalah negara......

al-brangionline:

Ku campak jauh-jauh 'masalah negara' sebaik melangkah masuk kamar tidur......ceh wah.


Wednesday, January 30, 2013

YDP PAS Kawasan 'Kubang Runtuh' pertikai kenapa PAS tak serah calon PRU13 pd SPRM?......ha ha



Ha Ha......nampaknya YDP PAS Kawasan 'Kubang Runtuh' udah berani 'bbunyi' (bersuara) kenapa PAS tidak serah senarai calon PRU13 pada SPRM? [sumber .]

......Apa, mung ingat bila SPRM kata 4 orang amenu dok leh tanding sudah membuktikan calon amenu selebihnya bersih?.....wek...wek...wek...rasa loya pulak.

al-brangionline:

Yang kononnya berani bersuara itu belum tentu nasibnya weh

Tuesday, January 29, 2013

Mekasih amenu.....Muslimat PAS dapek RM50 juta dari 'Transformasi Halal'


Terima kasih amenu kerana beri duit RM50 juta untuk kegunaan Muslimat PAS bila Parlimen bubar nanti......dengan duit sebanyak itu bolehlah Muslimat PAS berkempen, pujuk warga emas mengundi PAS......tak jeles ke Wanita Amenu?.....bukankah Wanita Amenu banyak berjasa...kesian sungguh...udahlah jadi sesama warga Malaysia masih dipilih 'bulu'...syabas amenu.

al-brangionline:

Transformasi meng'halal'kan apa saja.....iyolah sementara ngko berkuaso.....
________________________________________________________________________

Najib salur program Di Hati Rakyat RM50 juta
HASLINA KAMALUDIN
29 Januari 2013
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, khusus bagi program 'Di Hati Rakyat' dan akan bermula bulan depan.

Ia diumumkan oleh menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Pelancaran Jubli Emas Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) di Dewan Perdana Felda, di sini pagi ini.

"Peruntukan ini akan memberi bantuan kepada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

"Ia akan merangkumi bantuan kerusi roda, latihan, lampin dan apa sahaja mengikut keperluan masing-masing," katanya.

Katanya lagi, peruntukan tersebut adalah sebagai langkah untuk memperkasakan golongan wanita di negara ini.

"Mereka adalah golongan minoriti yang sebenarnya banyak menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.[sumber .]

Monday, January 28, 2013

Gengaman longgar. senyum hambar......bye2 PRU13...patutlah pun, terlebih sangat pakai kepala lutut

 Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ala di Jalan Tokong Melaka semalam.- Foto B
Berita yang paling syiok didengar bila ada orang kata namanya tersangkut kat 'penapis' SPRM.[sumber .]

Ada sahabat kata kalau ikut penapis sebenar hampir 99.999999% orang amenu tersangkut.

Kalau kes mereka terlibat dengan wang ringgit, itu kerja SPRM......bukan kerja kita nak buat tohmahan.....terserah kepada keikhlasan SPRM untuk bertindak selanjutnya.....itu pun bergantung kepada tapisan Kementerian Kesihatan samada SPRM cukup sifat yakni sempurna tanpa kurang satu organ pun mengikut 'keupayaan' gender masing-masing.

Tapi pendapat saya lebih condong dan cenderung kepada satu ujukaji iaitu 'stress-test' di mana resultnya ialah peratusan otot di sekitar kepala lututnya terlampau regang berbanding otot di sekililing leher yang memberi petunjuk bahawa kepala lututnya banyak digunakan berbanding kepala yang menampung hotaknya.

Di atas dasar itulah saya lebih berkeyakinan namanya akan tercicir dalam PRU13 nanti.

Mungkin berita DI SINI membenarkan ujikaji itu.

al-brangionline:

Mungkin ini petanda Melaka akan dapat 'anak sulung'......

Sunday, January 27, 2013

Innalillahi wainnaa ilahirroji'un Ustaz Nasha......

Innalillillahi wainnaa ilahirroji'un Ustaz Nasha......rujuk DI SINI .

Teringat akan sorang sahabat komen bila saya bertanyakan akan Ustaz Nasha......beliau menjawab ringkas dan padat, "Dari dulu dia yang 'mengajar' kita.....takkan kita pulak nak 'mengajar' dia."

Masin manis......ini semua rencam dan ragam dalam dalam jemaah...yang penting kita rapatkan saf kita...teringat sekitar akhir 90an dalam satu sesi tazkirah oleh Ust. Nasha, beliau menganjurkan agar setiap jemaah menghafal Surah AsSof.

al-brangionline:

Sahabat Khalid Al-Walid menghadapi saat yang lebih getir dari ini.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Friday, January 25, 2013

4 'kecundang' awal......siapa dan kenapa?.....terlebih 'viagra' kot?

4 ahli politik peringkat tertinggi iaitu 1 orang MB, 1 orang KM dan 2 orang pemimpin tertinggi gagal tapisan awal SPRM.

Siapa mereka?

Kalau KM,......rasanya budak PASTI pun boleh teka...sapa KM yang malang tu, manakala MB pulak siapa ye?, rasanya MB itu ialah yang paling 'kurang cerdik' daripada yang 'kurang cerdik' mungkin suka sangat ajak orang ber'gocoh' dengannya...manakala 2 pemimpin tertinggi itu pulak ialah...ah tak payah nak tahu...lantak deme le....rasanya 'David Copperfield' tahu semua tu.

Kenapa SPRM menyekat mereka?,,,,,,kalau betul terlebih makan 'viagra', dakwakan mereka,,,,,,jangan gantung tidak bertali.

Jangan setakat menimbulkan sensasi kononnya amenu memang betul-betul nak laksanakan transformasi politik setelah diperakukan sendiri berjaya mengtransformasi ekonomi......akhir sekali 4 orang itu akan terlepas bebas dek teknikal atau memang 4 orang itu dikambing hitamkan untuk melonjakkan reputasi bos amenu khasnya atau keempat-empat itu memang betoi-betoi sudah menjadi liabiliti kepada amenu.

Blog ini tidak bersetuju keempat-empat 'playmaker' amenu itu disekat dari bertanding dalam PRU13 nanti......kalau betul-betul ada bukti, dakwakan mereka sebelum PRU13 ini......elakkan persepsi kerana ia akan menjadi sensasi.

al-brangionline:

Rasanya ini hanyalah permainan 'David Copperfield' sebelum PRU13
_______________________________________________________________________


4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN DAN NORSHAHZURA MAT ZUKI
25 Januari 2013
MUKA DEPAN
Muka depan Sinar Harian hari ini
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.[sumber .]

Thursday, January 24, 2013

Lantak hangpalah nak jadi 10 terkaya......janji amenu hidup walaupun aku hanya bergerek tua......kik kik kik



1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion

2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion
9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion
Inilah wajah-wajah berbillion-billion henget punya orang......ada aku kisah? [sumber .]
Sempat mengusik orang-orang amenu di Surau......hebat orang Melayu ada jugak terselit sorang yang duduk carta 10 terkaya di Malaysia......'berkat' usaha amenu.....tak 'sia-sia' memerintah Malaysia lebih dari 50 tahun.
Orang amenu itu sempat menjawab dengan yakin, "kalau disenarai 30 orang terkaya akan muncul beberapa kerat lagi muka Melayu."
Saya sempat buat provokasi, "agak muka Melayu selainnya itu anak sapa ya."
Orang amenu itu tak tahan...telinga udah panas dan sempat memberi jawapan standard bagi sorang amenu yang kian hilang aqal, "Tak yah cerita pasal orang lain kaya.....jangan aku cukup makan dan amenu menjadi pembela Melayu."
Saya provok lagi," Hidup Melayu."
Ini yang dikatakan Melayu hidup negara tergadai......kah kah kah
Teringat semasa kat Kuala Berang dulu, "Sokong mane pok cik kali ning?"
Sambil 'gateh' basikal tua...roko sigerek di tangan, "Amenulah.....tukang bela Melayu."
al-brangionline:
Tahniah kerana berjaya men'zuhud'kan orang Melayu......ke guane wahai kangkung-kangkung yang menjalar menyuburkan diri sendiri?

Pee-ech-dee mega.....berbillion habaq hang


Gambar ini sebagai hiasan

Ada sorang bekas orang besau amenu sekarang sudah jadi Almarhum amat terkenal dengan satu ungkapan
iaitu 'Berbillion-billion...Berbilliol-billion...Berbillion-billion......mau tak berbillion-billion, Tasik Kenyir yang luas itu nak pagarinya.

Mana-mana amenu pergi.....mesti tabur janji 'Berbillion-billion' projek.....nak buat lebuhraya...masjid...stadium...janji 'Berbillion-billion...Berbilliol-billion...Berbillion-billion...

Mana dapat duit?...ah, kan Plus untung berbillion-billion...Petronaskan untung berbillion-billion...tapi

Rupa-rupanya ungkapan 'Berbillion-billion' ini amat sinonim dengan amenu.......tak caya?

Cuba tengok DI SINI.....betul ke projek pee ech dee ni ada kaitan?......ntahlah, anda selidiklah sendiri.

Listen!...Listen!...Listen......amenu akan tabur berbillion-billion lagi katanya kalau demo bui undi lagi kali ning......udahlah...hentikanlah kelentong tu.

 al-brangionline:

Sedang tunggu katak gomok dan  mamad aqidah kulim dapat pee-ech-dee.

Wednesday, January 23, 2013

Sori Musa Hassan.....mutu 'vokal suara' mu ke longkang

[sumber .]

Maaf wahai Musa Hassan......tolong baca dan hadam 'Buku Jingga' dan buku 'Negara Berkebajikan'.

Hanya Kerajaan yang angkuh lagi bodoh sombong aje (almaklum kerana diterajui oleh amenu sekian lama) yang tidak mahu menerima pakai segala cadangan dan ajuran dari pembangkang.

Dan hanya mereka yang sudah buta 'matahati' dan pekak 'pendengaran' walaupun kedua-dua pacaindera mata dan telinga masih elok berfungsi tidak dapat melihat, mendengar dan menerima apa-apa cadangan dari pembangkang.

al-brangionline:

Terlalu lama taat setia kepada 'penunggang' hingga hilang deria 'melihat' dan 'mendengar' pandangan orang lain

Tuesday, January 22, 2013

Nasib baik jadi macai amenu......kalau tak, udah lama berendam air longkang

Seorang demi seorang pemimpin Pakatan Rakyat menang saman fitnah di Mahkamah.

Oleh kerana amenu memerintah Malaysia terlampau lama...maka ia terlupa bahawa Malaysia ini milik semua warga Malaysia (termasuk yang jadi warga melalui 'projek bengong' yang beri ruang pedatang asing jadi warga Malaysia di Sabah...semata-mata kerana tamak politik sanggup 'jual' Malaysia kepada pendatang asing)......maka kerana tamak politik yang hanya memikirkan "perut dan di bawah 'perut'", amenu sanggup menabur fitnah melalui macai-macai yang terlatih dan setia kepada mereka.

Akhirnya satu demi satu Mahkamah isytiharkan pemimpin PR bebas dari fitnah.

Bukan jumlah tuntutan yang menjadi ukuran, tapi jumlah intergriti serta aib satu keluarga yang telah berterbangan perlu dibersihkan.

Fitnah, rasuah, sex, kelentong dengan amenu tak boleh dipisahkan......kalau dipisahkan sudah lama amenu berendam dalam air longkang.....hik bhik hik


al-brangionline:

Ingat wahai sekian sahabat, fitnah itu lebih kejam dari membunuh.

__________________________________________________________________________


Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama. [sumber .]

Sunday, January 20, 2013

Ambo nak umum doh......ada aku kisah, majoriti me'loya' dalam hati

'"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.'[umbser .]

30,000 bersorak riang kerana ayat penakut tu?......yang bersorak tu adalah totok amenu termasuk Berahing yang berangan nak bertanding.

Umum tak umum pun pasti tarikh itu akan jelma jugak dalam sebulan dua nih.....jadi apa nak gimiknya.....majoriti rakyat Kelantan akan kata...'ada kami kisah?'

Kalau betul-betul nak buat lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu dan Stadium baru.....sudah lama dah demo buat.....kenapa mesti tunggu pilihanraya...apakah rakyat Kelantan yang pilih PAS bukan rakyat Malaysia?......rasonya itu statement yang kurang cerdik kerana rakyat Kelantan semuanya bijak-bijak...dok leh dibeli weh.

al-brangionline:

Tanam tebu di tepi bibir.....oooppss udah lupa pulak lagu SM. Salim

Bebanyak terima kasih pada Berahinggg dan amenu

Pertama al-brangi ucapkan bebanyak2 terima kasih pada Encik Berahing khasnya dan amenu amnya kerana banyak membantu PR dapat undi percuma dalam PRU13 nanti.

Samada sifatnya semulajadi menjadi jaguh 'provokasi' lagi kontroversi atau memang jadi 'jurucakap' tak resmi bagi amenu atau memang bersedia ditunggang oleh amenu atas sifatnya yang pemurah dari segi bercakap tanpa upah......mana nak tahu kot2 tok ppeti kata perbuatan itu semacam ber'amal jariah'.....hik hik hik.

Setiap patah cakapnya bermakna satu undi pada PR dan ini sudah merunsingkan sekutu amenu seperti DI SINI .

Terima kasih bebanyak jugak kepada amenu yang masih tidak merenggangkan diri dengan Encik Berahing mungkin di antara mereka di sana ada saling memerlukan......selagi amenu bertaut rapat dengannya maka selagi itu undi akan lari ke PR.

Akhir sekali kepada Pak Cik itu yang selalu ditanya tentang masa depan Melayu dan Islam kepadanya mengikut kacamatanya......lagi banyak majlis menjemputnya berceloteh selagi itu undi berciciran jatuh ke PR......kepada jurubodek a.k.a macai tahukah anda bahawa 'kacamata' pak cik itu sudah lama retak seribu?

al-brangionline:

Jugak terima kasih pada media macai yang tolong 'meluat'kan lagi pengundi di luar sana.

Saturday, January 19, 2013

Melayu mudah kembang serombong kapai biaq pun dapat anugerah ala-ala barangan harga runtuh



Setiap hujung tahun atau musim perayaan, sana-sini pasaraya akan buat offer harga runtuh...atau harga pecah.....atau harga jatuh tak naik lagi......atau jualan gedung.....atau mega sales dan pelbagai istilah lagi tapi semuanya itu nak menceritakan harga barangan itu murah giler.

Betul ke murah?

Kita jawablah sendiri kerana kita sendiri pernah berebut-rebut kejara akan tawaran itu.

Ada kualiti ke tawaran itu?.....kualiti soal kedua...janji ianya murah.

Satu lagi perkara yang setaraf dengan fenomena di atas ialah bentuk anugerah yang direka oleh mereka yang sangat 'kreatif' kepala hotak......kreatif atau bodek?......anda nilailah sendiri.

Kita tidak heran kalau sesuatu Anugerah diberi oleh Universiti......tapi kalau setakat anugerah dari individu yang kontroversi dab NGO, maka anda nilailah sendiri nilai tambah yang ada pada anugerah itu......alahai...macamlah main pondok-pondok.

Kalimah Gelaran itu pulak sedap didengar terutama oleh sepasang telinga yang memang perasan giler dia yang hebat dan akan rasa bangga kononnya dia telah berjaya dalam apa yang dibodek tu.

Kekadang anugerah itu berbunyi ala-ala Jawa sikit sebagai contoh Anugerah Adi Jagat...

Anugerah Pahlawan Pribumi Perkasa.....dan yang terkini Anugerah Wira Transformasi Ekonomi Bumiputra dan banyak lagi.

Yang peliknya orang Melayulah yang pandai mereka anugerah dan orang Melayulah yang mendominasi anugerah......kik kik kik

al-brangionline:

Melayu tak hebat kerana kerana anugerah.....hebatnya Melayu kerana Islamnya Melayu.....Melayu menjadi hina bila Islam dipinggirkan.

_____________________________________________________________________


Agih ekonomi saksama

 Haika Khazi | mfaizul@bharian.com.myCetak
Najib berganding tangan bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif GABEM, Datuk Ramlan Othman; Dr Rahim; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat dan Pengerusi GABEM Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada majlis anjuran GABEM di Putrajaya, semalam.
Najib berganding tangan bersama (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif GABEM, Datuk Ramlan Othman; Dr Rahim; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat dan Pengerusi GABEM Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada majlis anjuran GABEM di Putrajaya, semalam.
Kerajaan jamin jaga kepentingan Melayu tanpa abai hak kaum lain

Putrajaya: Kerajaan sentiasa berlaku adil dalam pengagihan ‘kek ekonomi’ negara supaya faedahnya dinikmati secara saksama oleh semua kaum.

Datuk Seri Najib Razak juga memberi jaminan kerajaan akan menjaga kepentingan orang Melayu tanpa merampas atau menafikan hak orang bukan Melayu. 
Tiada yang terpinggir 


Perdana Menteri menegaskan, sudah menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan tiada yang terpinggir daripada merasai kekayaan ekonomi negara.

“Kita berupaya mengagih kekayaan negara tanpa nafikan hak bukan Melayu dan masyarakat usahawan bukan Bumiputera, jauh sekali merampas peluang ini daripada mereka. Pada masa sama, kita bangunkan ekonomi Melayu secara makro.

“Malah, kaum bukan Melayu dan usahawan bukan Bumiputera mula memahami pendekatan ini bagi mengekalkan kestabilan serta kemakmuran ekonomi negara dalam jangka panjang.

“Itulah sebabnya kita lihat ramai usahawan bukan Bumiputera yang berjaya kini membantu rakan niaga berbangsa Melayu,” katanya berucap pada majlis anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu/Bumiputera (GABEM) di sini semalam. 

Terima sokongan GABEM

Pada majlis itu, Perdana Menteri menerima memorandum sokongan lebih sejuta ahli GABEM diketuai Pengerusinya, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik yang turut menganugerahkan gelaran ‘Wira Transformasi Ekonomi Bumiputera’ kepada Najib.

Najib berkata, kaum bukan Melayu dan usahawan bukan Bumiputera tidak marah atau membantah dasar menolong orang Melayu serta Bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya pertolongan diberi kepada orang Melayu dan Bumiputera yang tidak layak, maka mereka akan kurang senang hati. Justeru, kerajaan akan terus berusaha meningkat nilai pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera di Malaysia berdasarkan merit, kebolehan serta pencapaian mereka.


Tingkat ekuiti Melayu

“Kalau kita memberi peluang kepada golongan yang hanya harapkan komisyen (rent see-kers), kekuatan orang Melayu dalam ekonomi tidak akan meningkat. Jika kita tidak amalkan dasar ini, sudah tentu sasaran 30 peratus ekuiti Melayu dan Bumiputera sudah lama dicapai.

“Kita perlu mengikut peredaran masa... jangan sebut ekuiti Melayu dan Bumiputera untuk seronok-seronok saja,” katanya.

Najib juga berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dibawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) berjaya membantu meningkat ekuiti orang Melayu dan Bumiputera kepada lebih 23.09 peratus pada 2010 berbanding 21 peratus pada 2008.

Friday, January 18, 2013

Eeelek.....nahi...nahi...Najib kata jgn caya kat Deepak...habistu rakyat caya ke kat Najib?....

Najib kata Deepak tak boleh dipercayai......dalam bahasa mudah jangan caya kat Deepak.

Sapa2 pun tak boleh caya buta gitu je.

Biar Mahkamah tentukan apa yang Deepak kata......samada Deepak bohong atau orang yang dia cakap tu bohong.

Kenapalah susah sangat nak buat kertas siasatan?

Jangan buat rakyat jadi celaru......kata orang Melayu lama takkan bergoyang pokok kalau tak ditiup angin.....maafkan ambo kalau salah nanti Cik Berahing dengan puak-puak yang seJati dan sePerkasa dengannya marah pulak.

Teringat masa zaman main pondok-pondok dulu...bila bergaduh sesama sahabat......ayat yang sama kita orang pakai..."jangan caya dia...dia cakap bohong"...."aya cakap benar tauuu...tobat pun saya cakap benar...tak bohong".

al-brangionline:

Selaku orang yang memegang tampuk negara, tak cukup @ kurang bijak dengan hanya kata...'si anu tak boleh dipercayai.".....alahai.....sonangnyer hidup bang.

_________________________________________________________________________


Najib kata Deepak tak boleh dipercayai
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menangkis dakwaan yang ditimbulkan Deepak Jaikishan dan menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.

Beliau juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai.

(Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur lewat malam ini.

Jawapannya itu merupakan reaksi pertama Najib sejak Deepak mula menimbulkan dakwaan serius ke atasnya sejak akhir tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertama pada tahun 2008.

Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

Peniaga permaidani itu juga menjelaskan, beliau tampil dengan dakwaan itu selepas mendakwa ditipu oleh ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dalam satu urusniaga tanah. [sumber .][sumber .]

Thursday, January 17, 2013

Tuan DO a.k.a. Pegawai Daerah gian: Ni padahnya bila berkepala hotak Agama suku...yg 'lain2'nya suku


Kesian Tuan DO yang gian nih......bila gian hilang segala pertimbangan.....saya percaya sorang pegawai PTD sudah tentu dan pasti telah menjalani pelbagai kursus dan induksi...termasuk kursus di BTN.

Kalau setakat berjiwa patriotik setelah kembali dari kursus tidak cukup bang kerana modul kursus itu hanya retorik yang berasaskan Agama suku.......kehidupan suku...hasilnya kepala hotak jadi tiga suku...anak bini orang ditengok penuh bernafsu.

Begitulah apabila amenu memerintah Malaysia......dosa pahala tidak diambilkira...hidup penuh dengan pura-pura...depan mak mertua berjalan pun macam kura-kura.

al-brangionline:

Kembalilah pada cara hidup Islam......jangan ambik suku-suku daripadanya...ambiklah Islam itu sepenuhnya.

___________________________________________________________________


Pegawai daerah didakwa cabul wanita

Cetak
BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lalu.

Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara jam 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.
Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.

Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes berkenaan.

Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Roslan membayar wang jaminan itu.
- BERNAMA

Wednesday, January 16, 2013

Amenu terkedu......kalimah apa lagi nak dicari?.....tanyalah pd mak mah


Macam-macam isu amenu sensasikan untuk pujuk hati pengundi Melayu.

Kerana Melayu mudah di'cair'kan dengan emosi, sensasi dan fantasi......macam dalam cerita lebai malang, pak pandir, batu-belah batu bertangkup, bawang merah......kerana kempunan telur ikan tembakul boleh melelehkan air mata Melayu.

Amenu guna isu Raja...isu 'Amanat'...isu kalimah 'Allah'.....semua isu ini kononnya boleh 'cair'kan Melayu walaupun ramai orang tahu amenu bukannya suka sangat ke Raja....bukan ke suatu masa dulu Madey dan amenu pernah hina Raja...bukankah Perlembagaan Negara dipinda untuk mengekang kuasa Raja?

Ramai orang tahu amenu bukannya kaki yang sayang Agama walaupun dinampakkan amenu ni sayangkan Allah...kalau betul-betul sayang bang woi jangan hanya pada kalimah, sayanglah jugak pada syariatNYA.

Cuma tinggal satu saja lagi senjata yang ada pada amenu, iaitu wang......a.k.a duit...a.k.a. pitis...a.k.a. fulus......masyuk...masyuk banyak2.

Amenu amat sedar dan amat insaf hanya duit yang mampu men'cair'kan Melayu......tunggulah saat akhirnya di malam-malam '10 malam terakhir' selepas Parlimen dibubarkan nanti,, amenu akan tabur duit macam tabur hampas nyioq untuk beri ayam makan.

Dari mana datangnya duit?

Usah ditanya...beres dong...bisa dong...gampang dong...tanyalah pada empunya toko-toko 'sukan judi' samada di gunung atau di tempat tinggi atau di mana-mana lorong dan jalan.

al-brangionline:

Boleh 'cair'kan sebahagian 'Melayu' tapi bukan semua Melayu.

Monday, January 14, 2013

Tragedi motor besar buat CT be'rubah'?......walau apa pun Datuk K restu


Saya yakin perubahan imej CT tiada kena mengena dengan tragedi 'motor besar' ke atas suaminya Datuk K

Perubahan itu adalah salah satu nikmat daripada ribuan nikmat kurniaan dari Allah SWT kepada hambaNYA iaitu nikmat mendapat dorongan dari Allah SWT yakni Taifiq dariNYA .

al-brangionline:

Tahniah, semoga berkekalan seiring dengan usia kita......moga anda dan kita berdua dan kita semua sentiasa mendapat Rahmat dariNYA.

___________________________________________________________________


Datuk K Kagum Siti Nurhaliza Mahu Bertudung Litup
Imej baru Siti Nurhaliza Tarudin.
PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.
"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini.
"Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.
Sementara itu, Siti berkata, walaupun sudah berhijab, ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni.
Malah Siti masih lagi mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang sesuai untuk dipakai.
"Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan mengikut corak persembahan.

Siti Nurhaliza tampak manis bertudung ketika pertama kali muncul pada majlis resepsi perkahwinan ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey di Hotel Royale Damansara pada Isnin. FOTO Facebook Rozi Abdul Razak
“Buat masa ini Rizman Ruzaini akan membantu dalam menyesuaikan gaya tudung dan imej untuk muncul di pentas.
"Siti juga selesa tampil memakai 'inner' di dalam manakala di bahagian luar pula, Siti gayakan mengikut cara sendiri dengan mendapat ilham fesyen yang terkini.
"Siti juga mengambil inspirasi daripada majalah, Internet serta melihat di YouTube dan menggabungkan gaya-gaya yang sesuai mengikut keselesaan diri. Mungkin fesyennya akan berubah-ubah juga nanti," tuturnya.
Ditanya adakah sebarang perbezaan sebelum dan selepas bertudung, kata Siti dia lebih berfikiran positif dan berharap akan menjadi lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.
"Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan, Insya-Allah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain Siti akan berehat sehingga Mac depan untuk memberi tumpuan kepada penjagaan suaminya yang masih dirawat akibat kemalangan motosikal di New Zealand pada 13 Disember lalu.. [sumber .]

Hei macha!......amenu suka tengok 'anu' dedah.....tapi lain 'barang' tak mau dedah tau...


Hei macha! Jangan suka tunjuk-tunjuk 'barang' tau.....jangan suka dedah-dedah itu barang.

Amenu tarak suka tengok macha dedah itu 'barang'......amenu hanya mahu dan suka tengok lain punya 'barang' ada dedah...ada erti?

Kalau macha mahu dedah jugak itu 'barang'......nanti semua amenu punya orang boleh jatuh pengsan...ada erti?

Ingat ya macha Deepak......tolong jangan dedah itu 'barang'...kalau itu worang ramai mahu tengok itu 'barang...boleh tengok DI SINI .

al-brangionline:

Dedah dan terdedah......ada yang amenu suka tengok...rupanya ada jugak yang amenu 'malu' tengok dan yang pasti amenu memang suka bagi remaja tengok seperti DI SINI .

Thursday, January 10, 2013

Babi betoilah kamu wahai babi......alahai.....

Malaysia serba boleh.

Tiada yang tiada boleh......semuanya boleh berlaku.

Kita pernah dengar kes tahanan PATI terlepas lari.

Kita juga pernah dengar barang kes hilang di Mahkamah......fail kes hilang di Mahkamah...tahanan dari penjara menuju ke Mahkamah melolos diri.....selipar terbang seperti piring UFO di Mahkamah hampir kena Tok Hakim.

Dan yang paling 'lucu'...babi pun boleh meresapa masuk ke Mahkamah......babi betullah kamu babi.....ahaksss.

al-brangionline:

Pernah dengar orang kata 'garbage in...garbage out'......babi betullah kamu wahai babi.

___________________________________________________________________


Babi 'masuk' Mahkamah Majistret, kejar anggota JPAM dan orang awam
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Januari 2013
Babi 'masuk' Mahkamah Majistret, kejar anggota JPAM dan orang awam
Anggota Perhilitan melepaskan tembakan ke arah babi yang sesat dalam kawasan Mahkamah Majistret di sini.
ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.

Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.

“Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat.

“Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.

Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi  itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.

Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan.

"Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya.

“Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.

Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi  itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.

Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.

“Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya,” katanya.

Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati.[ sumber .]

Tuesday, January 8, 2013

Panazzz: Dalam Pak...Dalam Pak...dalam-dalam Pak kasi gegar

Figura ini tidak terkenal langsung malah orang ramai tertanya siapa dia ni......warga Malaysia ke? Atau PATI?

Dalam Pak
Dalam Pak

Sekarang figura ini lebih sensasi dari Cik Ta......lebih bernilai dari Yuna.....lebih 'kontroversi' dari Mat Yo.....lebih jadi tumpuan dari Apek.


Dalam Pak
Dalam Pak


Macai-macai sunyi sepi macam tikus menyorok dalam beras.....media macai pun ambik langkah selamat kononnya lebih baik banyak diam dari berkata-kata...kan kalau banyak berkata-kata...manyak silap...bila manyak silap maka manyak dosa...bila manyak dosa maka masuk neraka, bukan gitu...dengan itu di'divert'kan isu yang amat penting tentang figura yang amat berharga ini dengan mencungkil isu lapok seperti 'Amanat', isu gelombang banjir ketiga dan sebagainya.


Dalam Pak
Dalam Pak


Kenapa pihak berkuasa terkedu dan terkunci mulut?
Kenapa secara tiba-tiba lupa akan prosedur penyiasatan sedalam2nya sesuai dengan jenama figura ini.


Dalam Pak
Dalam Pak


al-brangionline:

Kalau tekan 'Dalam-Dalam Pak' maka bergegarlah 1Malaysia.

p/s
Untuk lebih menDALAMi lagi apa itu 'Dalam Pak' sila baca artikel ini DI SINI .

p/s

Dalam Pak
Dalam Pak

Deepak
Deepak

Monday, January 7, 2013

Baboon di Babylon?......oh tidak ini Aaron di Malaysia


Gambar semasa AJL27 malam tadi. [sumber .]

Apa saranan ISMA gelagat artis ini didepan khalayak ramai?......apa fatwa Tok Peti siburung tiong untuk menjaga kesucian Islam?.....Data yang macamana lagi yang si Ah San pee-ech dee mahu menilai samada Islam tercemar tidak?.....aktivis terkenal si katak Kulim tentang perjuangan aqidahnya nak tunggu apa lagi?....pejuang Melayu terkenal si katak bermulut luas adakah ini mem'Perkasa'kan akidah umat Melayu?....para majlis propasor kangkung negara, tak cukup lagi ke nak berseminar dan berforum untuk memodenkan Islam?.....dan akhir sekali wahai 40 ekor burung serindit yang lapar dalam sangkar amenu, jangan jadi syaitan bisu.

al-brangonline:

Janganlah me'munafik'kan pemikiran anda walaupun pun fulus dambaan utama......alahai.....bulan MaulidurRasul hampir tiba, puak-puak inilah yang akan jadi 'Raja Berarak' berselawat kononnya sayang Nabi SAW.

Sunday, January 6, 2013

Puspahanas yang panas......tak habis2 amenu nih


Gambar hanya hiasan

Apa itu Puspahanas? Boleh dapat DI SINI .

Memang benarlah kata2......tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia.

Terbukti dunia amenu bergegaran kerana dihayun oleh tangan-tangan yang 'lombut-lombut'.

Kalau diperingkat global mungkin anda masih ingat figura yang punyai tagan-tangan yang lombut...mulus yang sentiasa dahagakan fulus seperti Leila Trabelsi, Farah Diba, Imelda Marcos, Elena Ceasescu dan ramai lagi.
Anda boleh rujuk DI SINI .

al-brangionline:

Amenu dan rasyuah tidak boleh dipisahkan......ibarat kentut dengan kepala taik sembelit.....kalau terpisah terbantutlah hasrat...seluruh anggota jatuh sakit...ahaaaaaakkksss

Saturday, January 5, 2013

Pinggul ku ter'peleot'.....camana nak naik pelamin lagi minggu depan nih...


Bila keadaan banjir melanda negara sekarang, teringat akan masa sebelum pencen dulu.......kebetulan kena cover negeri-negeri pantai timur...tentulah seronok boleh balik Kuala Berang tanah tumpah darah ku.

Tapi yang tak seronoknya bila tang 'stay-back' kerana nak menyiapkan report banjir......pernah tak balik hingga pagi semasa Johor dilanda banjir dua 'gelombang' dulu......asyik2 terima telefon tanya pasal hujan dan aras air.......satu hari Mr. Lee Pengarah Hidrologi kata, 'Tuan Haji...ini malam kita jaga dua orang."..."Dalam hati....saya merungut...hayya.....ini malam ManU ada game oh."......yang tak tahannya setiap 30 minit tanya, "Tuan Haji, itu awan mana pigi sekarang?"...saya jawab, "Itu awan banyak tebal punya macam belangkas duduk atas negeri Johor (real-time sattelite image.)......sambungnya, "kalau itu macam, Johor mesti hujan lagi ah".....sehingga sekarang kampong2 seperti Serom, Bukit Gambir, Kesang, Chaah, Bekuk sebagai contoh masih dalam ingatan pada hal dulu tak pernah mimpi berulang-alik ke situ.

Sempat jugak merasa naik helikopter pergi ke Gunung Gagau yang setinggi 1378m, Gua Musang kerana nak memastikan Stesyen Hidrologi di situ tip-top......tapi cukuplah sekadar 3 trip......mengerikan.......ada ke pulak bila kita tanya pilot tu apa ke bende lampu yang berkelip-kelip merah tuh...dia jawab biasalah tuan, minyak reserve...berderau darah naik ke kepala, kalau atas darat bila kapcai minyak reserve boleh kita tongkat tepi jalan dan cari botol pegi beli minyak......ni atas udara bang......patutlah helikopter selalu jatuh mungkin yang jenis berkepala 'caribou' (kerbau?) yang bawaknya kot.

Tapi ada satu pengalamn yang tak boleh lupa malah masih 'merana' kerananya hingga sekarang.

Kebetulan al-brangi dilantik oleh KSU Kementerian jadi Ahli Jawatankuasa Melupus Harta Kerajaan Persekutuan.

Satu hari pergi ke Daerah Hulu Terengganu untuk melupus rumah pump. Pump tu letaknya atas platfom setinggi lebih kurang 7 kaki di lereng tebing. Semasa naik ke atas platfom tu terasa senang kerana ikut tepi lereng......setelah mencatat nombor chasis, jenis dan keupayaannya, para staff lain semua terjun kebawah sebagai jalan pintas...tinggallah al-brangi yang berbadan 'comel' ni sorang2 kat atas.....saya melaung ke bawah, "Tak ada cara lain ke/"......mereka sambil ketawa, "Terjun je tuan."...apa lagi konon2nya perasan masih muda, terjunlah saya....Alhamdullillah tak rasa apa2......lepas itu kami terus ke Kota Bharu untuk satu tugasan lain.....tiba-tiba ketika check-in kat hotel pinggul terasa sakit dan jalan senget.

Sebaik saja masuk bilik, terasa sakit yang amat.....terus cari klinik terdekat dengan dipimpin oleh staff lain...Doktor kata tak ada fractured cuma mungkin torn-muscle tapi lama2 mungkin ia berulang-ulang sakitnya......memang tepat sekali, sekarang sudah 2 tahun tiba-tiba sudah tiga hari pinggul ni sakit semula...berjalan senget2 sebelah.

Yang merisaukan kerana nak naik pelamin untuk kali kedua minggu depan.....malulah melangkah senget.....alahai

al-brangionline:

Naik pelamin?......takdelah...naik pelamin bergambar dengan anak yang akan menamatkan zaman gadisnya.

Thursday, January 3, 2013

Lombutnyer tangan adik-adik......wasatiyyahnyer


SHAH ALAM, 3 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan para guru semasa membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Alam Megah (2), di Seksyen 27 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Guru Besar SK Alam Megah (2), Ros Aini Che Man. BERNAMA.
 

[sumber .]

Apa kata bulan Januari ni diberi nama bulan penerangan......dimulai dengan TGHA beri penerangan pasal 'Amanat'nya yang mengeri dan menakutkan puak-puak amengok......pasti bos no. 1 amengok pasal 'Deepak'.........pastu pok cik no. 2 amengok pasal konsep 'wasatiyyah'nya.....pastu pok cik apa nama pasal benak hatinya tak berjumpa apa nama apa nama...'Hudud' dalam Al-Quran......pastu pok cik misai bekas no.1 polis jugak pasal benak hati nya hingga tak jumpak ayat judi dalam Al-Quran......kawan pok cik tu yang jugak bekas no.1 polis yang ala ala jaguh tomoi beri penerangan pasal terliur serta meruap dan meluap-luap nafsunya nak lepuk bro Anwar hingga lebam sebelah mata.

Alahai......kalau nak dikira beri penerangan bulan Januari nih mungkin tak cukup kerana ramai lagi puak-puak amengok yang ber'hutang' penerangan dengan rakyat Malaysia.

Pernah suatu ketika puak-puak amengok menggunakan Majlis Raja-Raja untuk membatalkan debat PAS-Amengok......takkan kali ni pun sama jugak weh.

al-brangionline:

Tolong beri satu slot......rasa-rasanya teman pun kena beri penerangan kenapa teman masuk dan sokong PAS.

p/s

Dan jugak ada sorang Ulamak PAS tu pun patut beri penerangan pada ahli-ahli PAS kenapa beliau semacam menongkah arus sekarang dalam PAS.