Followers

Thursday, 19 December 2013

Rakan kongsi warning, jangan kasi bukan Melayu marah maa......pulak

"MCA gesa Umno jangan bangkit kemarahan bukan Melayu

MCA memberi amaran Umno hari ini agar lebih berhati-hati dalam ucapan dan tindakan supaya tidak membangkitkan kemarahan bukan Melayu dan mengatakan pengundi Cina tidak akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika pemimpin hanya memperjuangkan bangsa tertentu sahaja.

"Keadaan ini akan memberi kesan atau memusnahkan masa depan BN," kata bekas ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong (gambar) dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA menjelang pilihanraya sayap itu hari ini.


Selepas pilihan raya umum Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalahkan ’tsunami Cina’ terhadap prestasi buruk BN dengan mengatakan bahawa beliau tidak menjangka dipinggirkan oleh masyarakat Cina.

Beliau juga menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan daripada kumpulan etnik kedua terbesar di negara ini .


Penilaian Najib kemudian diambil dan diterima pakai oleh pemimpin-pemimpin Umno yang lain.


Pada pilihan raya umum ke-13, Umno muncul pemenang terbesar dalam BN, dengan berjaya memenangi 88 daripada 133 kerusi persekutuan dan berjaya mengekalkan kerajaan.


Sementara MCA, sebuah parti kaum Cina yang juga rakan komponen kanannya pula mendapat keputusan buruk. Ia berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 negeri, yang berkurangan berbanding jumlah pada pilihan raya umum 2008 iaitu 15 persekutuan dan 32 kerusi negeri.


Dua hari selepas pilihan raya, Umno melalui akhbar rasminya Utusan Malaysia menyiarkan satu artikel bertajuk "Apa Lagi Cina Mahu", dan beberapa siri berita dan rencana kaum Cina ingin melemahkan kuasa politik Melayu, walaupun telah diberi peluang oleh kerajaan untuk memperoleh kekayaan mereka.

Bagaimanapun menurut penganalisis politik, Pakatan Rakyat menembusi bukan sahaja dengan kaum Cina tetapi juga orang Melayu, terutamanya di bandar.


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin menyoal dalam blognya: "Apakah tidak mustahil ia sebenarnya bukan 'tsunami Cina ' atau cauvinisme perkauman, tetapi tsunami Malaysia berdasarkan realiti dan aspirasi baru generasi muda". – 19 Disember, 2013.
  " [sumber .]

al-brangionline:

Lu fikirlah sendiri Umno.....kalau lu buat pekak badak.....habislah lu PRU14

Bak kata 'Upin-Ipin".....betul 3x.....kikikikiki