Followers

Monday, 11 November 2013

'Sengket' sangatlah ngko Khalid.....sumber dari adik beradik Umno dijadikan hujah....

Tidak dapat dinafikan wujudnya 'krisis' dalaman dalam PAS Kedah......tetapi itu bukannya 'sole factor' yang menyumbangkan ter'sungkur'nya PR Kedah kepada Umno/BN dalam PRU13.

Ngko sendiri pun tahukan apa yang Umno buat kat Kedah.......yang tu adik beradik ngko tak cerita ke?

Selaku AJK PAS Pusat dan ahli politik yang berpengalaman....takkan ambik sumber berita dari adik beradik yang totok Umno untuk buat tohmahan yang boleh bikin pengikut ngko meleleh air liur percaya kat ngko.

Kalau nak serang pimpinan PAS sekalipun.....berhujahlah secara gentleman dengan fakta...bukannya auta...cakap terang2, sapa dia pimpinan yang ada usaha nak bawak keluar PAS dari Pakatan Rakyat...jangan wujud satu persepsi kalau ya pun nak berkempen jawatan sendiri dan jawatan member se 'aliran'. [sumber .]

al-brangionline:

Dah masak dengan karenah ngko.....
_________________________________________________________________

Jangan khianati pengundi kata Khalid Samad

Zefry Dahalan
 | November 11, 2013
Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.
SEREMBAN: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan kepimpinan PAS dalam apa jua peringkat agar tidak mengkhianati pengundi dan jangan lupa amanah rakyat yang menyokong mereka.
Merujuk kepada kemenangan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah, Khalid dalam sebuah program ceramah Anjuran PAS Seremban malam kelmarin berkata masalah dalaman PAS di Kedah menyebabkan PAS kalah banyak kerusi di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lepas.
“Di negeri lain PAS gaduh (lawan) dengan Umno. Tetapi di Kedah, PAS gaduh dengan PAS.
“Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.
“Walaubagaimanapun PAS mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman kekalahan di Kedah (kehilangan negeri Kedah kepada Barisan
Nasional pada PRU-13) itu dan faktor utama kemenangan PAS di Sungai Limau ialah apabila kepimpinan dan ahli PAS di semua peringkat bekerja bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa masalah dalaman sudah selesai dan PAS tetap kuat.
“Apa jua masalah, jangan khianati pengundi, jangan lupa amanah rakyat.” kata Khalid.
Khalid juga berkongsi maklumat yang beliau terima daripada adik lelaki beliau yang sebelum itu mendapat maklumat itu daripada abang beliau Tan Sri Shahrir Samad yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru (Barisan Nasional).
Usaha bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat
“Pada Hari Raya pertama abang saya Shahrir balik beraya ke rumah emak saya. Salah seorang adik lelaki saya bertanya kepada Shahrir bagaimana lanskap politik pada PRU-14 nanti.
“Shahrir memberitahu adik saya bahawa pada PRU-14, semuanya bergantung pada PAS.
“Shahrir berkata ada golongan dalam PAS nak bawa keluar PAS dari Pakatan Rakyat,” ujar Khalid.
Khalid berkata jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, Umno akan selamat.
“Kalau kita perhatikan sekarang PAS dan DAP sering dilaga-lagakan. Kenyataan media sering diputarbelit.
“Sebenarnya Umno gelisah apabila formula beberapa parti bersatu dalam satu gabungan bukan milik Barisan Nasional sahaja.
“Kita berjaya membentuk satu gabungan dan memerintah bersama. Negeri Selangor merupakan model kerajaan Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang seimbang.
“Pada PRU-12 tahun 2008, PAS memenangi lapan kerusi DUN, DAP 13 dan PKR 15.
“Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan cemerlang.
“Maka kali ini rakyat Selangor memberi sokongan yang lebih jitu kepada Pakatan Rakyat dan hasilnya kali ini (PRU-13), PAS menambah dari lapan kerusi DUN kepada 15 kerusi, DAP 15 kerusi dan PKR 14 kerusi.
“Keadaan inilah yang membuatkan Umno runsing sekarang.
“Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, ia tidak akan beri kesan di Kelantan kerana di Kelantan ianya boleh dikatakan kerajaan negeri PAS. Begitu juga di Terengganu jika PAS berjaya bentuk kerajaan negeri.
“Tetapi di semua negeri lain di Malaysia, seandainya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU-14.
“PAS, DAP dan PKR saling memerlukan antara satu sama lain untuk membentuk kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat pada PRU-14 nanti.,” jelas Khalid.