Followers

Monday, 28 October 2013

PRK Sg.Limau : Limau manis...limau masam

Saya adalah penggemar tegar dalam bab makan limau.....tak kisahlah limau madu ka, limau bali ke, limau mandarin ke, limau sunkist ke.....

Limau2 di atas adalah jenis manis walaupun ada juga ter'kena' yang masam.

Limau purut, limau kasturi, limau nipis adalah jenis limau masam.....namun banyak kegunaannya seperti diperah ke adalam air minuman...sambal belacan...tomyam...ikan bakar dan sebagainya

Semasa kempen PRK Sg.Limau baru2 ini, ada rombongan PAS menziarahi ayah kepada seorang Menteri Umno......dan disahkan oleh PJ PAS Kedah pak cik itu adalah ahli PAS...maka ter'jungkit'lah sedikit misai abang Menteri 'misai tu seperti DI SINI .

Saya kurang pasti kalau 'perkara' ini menjadi bahan kempen PAS kerana dikhuatiri limau yang memang sedia manis akan bertukar menjadi masam.

al-brangionline:

Limau manis akan bertukar masam bila kulitnya ter'kopek'