Followers

Saturday, 12 October 2013

Anwar berguru dgn Husam atau sebaliknya?.....atau ada 'Mahaguru' lain?......

Gambar sebagai hiasan saja

Hamba tak marah pada MANTAN2 Perdana Menteri ke, Timb. Perdana Menteri ke, Menteri2 ke, Exco2 Umno atau PAS ke, YB2 ke, Ketua Bahagian Umno ke, YDP PAS ke, Tok Imam ke, Tok Siak ke, kalau mereka ini mengkritik atau memngherdik ke, membantai ke atau menghentam balik mereka yang meyandang jawatan yang sama yang pernah mereka sandang sebelumnya.....

Ini kerana mereka ini terlalu sibuk memikirkan nasib untung-rugi bangsa mereka, nasib untung rugi ummah sehingga kekadang terlupa dek terlalu banyak idea dan cadangan untuk melaksanakan ketika mereka mempunyai kuasa.....

Jadi tidak hairanlah kalau Mahathir mengkritik Presiden Umno, DSAI mengkritik Umno dan megkritik TS Khalid, Husam mengkritik Kerajaan Kelantan dan yang lain-lain yang seumpama dan sewaktu dengannya kerana almaklum mereka terlalu sibuk dan otak mereka sentiasa berfikir ketika jaga dan tidur untuk menjana idea dan cadangan sehingga tidak ada masa untuk melaksanakan sebahagian darinya walaupun sesetengahnya dalam bidang kuasa mereka dahulu.

Saya pernah mendengar dari seorang sahabat istilah 'MANTAN' amat tidak digemari oleh orang Seberang kerana katanya 'MANTAN' itu membawa makna "Mundar Mandir Tanpa Tujuan"......jadi, janganlah kecik hati ye.

al-brangionline:

Kalau dalam solat, cakap bab lupa nih boleh gak sujud sahwi......kalau luar solat?...mungkin boleh buat sayur sawi kot 'cadangan2' tu......banyak vitamin...lebih ummmppphhh......huhu