Followers

Saturday, 19 October 2013

6 'Jahanam'.....oh P.Ramlee......

Gambar sebagai hiasan sahaja.....tiada kena mengena dengan cerita dan tajuk di atas

Entah tiba2 teringat cerita P.Ramlee bertajuk 6 jahanam walaupun saya buka peminat tegar P.Ramlee......sesetengah filemnya boleh mencuit hati seperti di antara dialognya.....U-M-N-O itu sarkis.....huhu...sesetengahnya pula mungkin saya pilih tidur lagi baik.

Di bawah sinopsis cerita 6 jahanam dari sumber .

"Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. 
Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. 
Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. 
Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. 
Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting.
Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. 
Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. 
Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. 
Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. 
Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan."

albrangionline:

Pemikiran Allahyarham P.Ramlee kekadang memang terlalu jauh ke depan.