Followers

Monday, 30 September 2013

Rupa2nya 'waris' Hang Tuah masih wujud di Melaka


"Takkan Melayu hilang di dunia.....", kononnya kata Hang Tuah.

Maka be'ratib'lah orang amenu siang dan malam.....konon 'fadilat'nya boleh menaikkan semangat orang Melayu.

Ikuti apa kata warisnya DI SINI yang bakal 'menyelamat' Melayu

al-brangionline:

Diri sendiri pernah tersekat dulu kerana ter'lebih' beri 'wang' ke Melayu (amenu)......huhu.....
________________________________________________________________________

Menghangatkan lagi pertandingan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) percaya cara terbaik menang besar dalam jawatan itu adalah menjadi "penyelamat Melayu".
Bekas Ketua Menteri Melaka yang menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, telah menemui perwakilan dan menggunakan sebab kekalahannya itu bagi meningkatkan peluangnya menjadi salah seorang naib presiden pada pemilihan parti 19 Oktober ini.
Calon lain seperti penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Bendang Baru, Akramsyah Sanusi juga mahu memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu.

Mohd Ali berkata misinya adalah bagi mengukuhkan Umno daripada serangan DAP dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong supaya hak orang Melayu terpelihara.
"Kumpulan seperti DAP dan Dong Zong sering mempertikai hak keistimewaan orang Melayu. Mereka mahu mengubahnya dari Perlembagaan kerana benci dengan kenyataan itu. Tetapi orang Melayu tidak pula menindas kaum lain," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.
Katanya semua pihak faham permintaan mereka tidak berlandaskan Perlembagaan.
"Inilah yang ditakuti sebelum kemerdekaan dan hal itu sudah berlaku sekarang, " katanya.
Ketika ditanya adakah beliau berminat menjadikan Umno seperti kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd Ali menjawab: "Saya tidak mahu merujuk sesiapa tetapi kami (Umno) ada pendekatan tersendiri."
Katanya, Umno tidak perlu mencontohi mana-mana kumpulan pendesak mahupun mengambil tindakan tegas kepada kumpulan anti-Melayu.
"Saya percaya pada Perlembagaan dan tidak mahu menjadi seperti pihak tertentu yang mengemukan permintaan yang tidak masuk akal."
"Apa yang salah dengan hak keistimewaan orang Melayu? Ia telah dibincangkan sebelum kemerdekaan untuk menggunapakai peruntukan tersebut. Kenapa mesti ada pihak yang menunjukkan sikap biadap terhadap isu ini sekarang?" tanya bekas ketua menteri itu.
Katanya, ini adalah masalah utama yang dihadapi negara pada masa ini iaitu sikap tidak tolak-ansur dan ada pihak yang mencadangkan kesaksamaan dan membandingkan hak istimewa yang diperoleh kaum Melayu.
"Masih ada pihak yang enggan menunjukkan rasa hormat. Perlembagaan telah menggariskan hak keistimewaan ini maka berhenti dari terus mempertikaikannya," katanya.
Mohd Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka memberitahu pengundi Cina tidak menghargai sumbangannya dan kerajaan BN membangunkan Melaka serta menjaga kepentingan rakyat.
‎Beliau kalah kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Katil, Melaka pada PRU13 lalu dengan majoriti 5,447 undi. – 30 September, 2013.