Followers

Sunday, 22 September 2013

Macai2 dlm PR......tolong jangan spin berita ini......Hanya berdialog bukan bekerjasama, itu pun ada 4 syarat


Maaf pada PKR dan PAS......ada segelintir macai yang ada dalam PKR dan PAS yang cari makan....kalau Pakatan Rakyat menang, macai tu turut kenyang.....kalau PR kecundang, macai tu pun turut kenyang jugak......sorong makan, tarik pun makan...talam dua muka...gunting dalam selimut...hipokrit a.k.a. munafik moden.

DSAI sanggup berdialog dengan Umno.....apakah salah TGHH pun sanggup berdialog tetapi dilaporka serta di'spinned'kan jadi bekerjasama.

Sila belajar bahasa Melayu balik semula dan pergi kedai Meden, beli spek untuk membaca yang power dia 3.0-4.0......tolong baca berita di bawah elok-elok dalam keadaan waras dan tidak mengantuk.

al-brangionline:

Jenis macai haraki

______________________________________________________________________________

Hadi Awang: PAS Tetapkan 4 Sumber Rujukan Syarat Berdialog Dengan Umno


Saturday, 21 September 2013 16:40
ALOR SETAR: PAS sedia berdialog dengan Umno dalam isu membabitkan masa depan Islam 
dan juga Melayu dengan syarat ia perlu berlandaskan kepada empat sumber rujukan utama 
iaitu al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas. 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata PAS tidak pernah menutup pintu
 rundingan dengan Umno, malah sedia melakukannya pada bila-bila masa berlandaskan isu dan 
kepentingan bersama. 
"PAS tetap bersedia untuk berbincang walaupun hanya membabitkan parti itu dan Umno sahaja, 
tanpa disertai ahli pakatan pembangkang masing-masing dalam politik.

"Kita sedia bincang dengan Umno, cuma cari isu yang sesuai. Atas dasar ini kita tak pernah 
tutup pintu dengan Umno," katanya selepas menyempurnakan penutupan Karnival Pendidikan Islam 
Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena dekat sini, sebentar tadi.

- Berita Harian 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/