Followers

Sunday, 11 August 2013

Menghitung-hitung


Seawal Rejab lagi ramai yang sudah menghitung hari untuk balik kekampong.

Menjelang berbuka puasa terakhir untuk menyambut Eidul Fitri keesokkannya ramai yang menghitung detik berbuka puasa.

Keesokkannya Eidul Fitri disambut semeriah2nya diseluruh dunia seperti DI SINI ......ada juga segelintir yang terkial2 menghitung2 helaian ringgit untuk bayar 'fitrah' sebelum Solat Sunat Eidul Fitri.

Si-anak kecil sibuk menghitung 'duit raya'.

Si-pemabuk cinta menghitung hari perlangsungan.

Si-ibu tua tidak putus asa menghitung detik kepulangan anak-anak tersayang.

Si- banduan akhir menghitung hari pergantungan.

Si-along menghitung duit dan mangsa dalam genggaman.

Si-penjawat awam menunggu hari persaraan.

Si-peniaga menghitung hari2 menjelangnya untung besar.

Tapi, yang pastinya semua orang akan menghadapi hari pembalasan walaupun lupa menghitung hari2 ke sana.

al-brangionline:

Ya Rabb, ampunkanlah dosa2 ku kerana aku lupa menghitung nikmat Mu yang sudah bertahun2 dikecapi.