Followers

Tuesday, 30 July 2013

Yang ini baru betul2 tranformasi politik amenu......lantak hanglah labu

Semasa kecik2 dulu apabila sarkas datang bermain di padang bola, Kuala Berang, maka banyak rumah akan kehilangan ayam, telur, basikal, kasut dan sebagainya......ini kerana ramai kutu kampong yang datang merembat apa saja untuk dijual untuk beli tiket sarkas.

Kalau udah lama tak tengok sarkas tak payah pergi jauh2......tengok saja dalam amenu......penuh dengan badut-badut...tunggu saja semasa Perhimpunan Agung di PWTC penghujung tahun ini.

Ada badut tua...muda...gemuk...kurus...semuanya cuba mengadu nasib buat 'penonton' gelak ketawa. Ada yang cuba buat lompat tinggi...silap haribulan jatuh menonggeng...ada yang bergayut dibuaian tinggi...silap haribulan ter'londeh' seluar......macam-macam ada, habaq hang.

al-brangionline:

Transformasi politik yang hanyaq amenu saja boleh buat tafsiran......kakaka

_________________________________________________________________________

Isa sah tanding Naib Presiden Umno

Zabidi Saidi
 |










 July 30, 2013
Tiga kerusi itu terbuka kepada semua. Tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR: Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mengumumkan akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.
Menurut beliau, tiga kerusi itu terbuka kepada semua.
Katanya, tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding.
“Maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut,” katanya ketika berbual dengan kawan-kawan rapatnya selepas majlis berbuka puasa FELDA di Wisma FELDA malam tadi.
Beliau yang juga ahli parlimen Jempol pernah memenangi kerusi itu pada tahun 2004 selain dari bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau digantung keahliannya setelah mendapati terlibat dalam politik wang pada tahun 2005.
Pada tahun 2010, selepas menjalani hukuman digantung keahlian sebagai ahli Umno selama lima tahun, beliau dipilih sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang. Selepas memenangi pilihanraya itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi FELDA sehinggalah hari ini.
“Saya minta tolong kawan-kawan berkempen untuk saya,” katanya. Sehingga kini dua orang penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan. Manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishamuddin Hussein belum lagi berbuat demikian.
Selain dari Isa, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga. Beliau belum lagi mengesahkan sama ada mahu bertanding atau tidak.[sumber .]