Followers

Wednesday, 17 July 2013

PRK N01 K. Besut 16-16: 'Mudoh bbaso, senae kkiro' IV......penyokong 'totok' ni bernazar jalan kaki dari K. Besut ke KL jika BN menang


Sesetengah orang bernazar nak 'botak'kan kepala...ada yang bernazar nak puasa...malah pernah suatu masa dulu ada orang bernazar nak berbogel sambil melintasi sebuah jambatan yang panjang jika PAS menang dalam pilihanraya......semuanya ini menggambarkan bahawa kononnya memang PAS sukar untuk menang.

Tetapi tidak kepada Pak Cik yang merupakan penyokong 'totok' BN ni......beliau bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut hingga ke Kuala Lumpur yang jaraknya lebih kurang 600 kilometer jika BN menang di PRK N01 Kuala Besut dan beliau begitu yakin......pulak?

Aduhai nak bawak kereta sejauh jarak tu pun setengah 'mati dalam keadaan umur menjangkau ke usia emas......inikan nak berjalan kaki......tabik spring returnlah padanya......huhu

Banyak kerja lain lagi pak cik....sehingga sekarang saya  masih lagi.kagum dan hampir tak percaya akan seorang Muslim dari Bosnia yang berjalan kaki menunaikan fardhu Haji dari Bosnia ke Mekah pada tahun lalu. [sumber .]

al-brangionline :

Ada jugak sesetengah orang bernazar nak tambah 'cawangan' kalau menang pilihanraya.....bagi aku cukuplah berazam untuk tambah cawangan PAS di Bangi......huhu.

p/s Undilah Che Long calon PAS......'Mudoh bbaso...senae kkiro'
____________________________________________________________________________

Mohd NoorSeorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat,64, berhasrat meneruskan niat untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
Impian beliau tidak boleh dipandang ringan kerana pada tahun 2000 beliau sudah mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki dari Jertih-Kemaman sejauh 260 kilometer.
Hasrat itu disampaikan sendiri oleh Mohd Noor kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika bertemu di sini kelmarin.
Mohd Noor berkata, beliau juga berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki berkenaan di Kuala Lumpur.
Muhammad Khairun, ketika ditemui berkata beliau menyambut baik usaha yang akan dilakukan oleh penyokong BN itu dan berjanji untuk mengatur sesi pertemuan dengan Perdana Menteri.
“Insyaalah saya akan atur program khas dan menyambut Mohd Noor jika beliau berjaya sampai di Kuala Lumpur,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau menghargai hasrat penyokong BN dari Besut itu dan akan memberi bantuan yang diperlukan dalam misi berjalan kaki berkenaan.
Idris berkata, Mohd Noor pernah melakukan aktiviti sama ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, dan mengiktiraf beliau sebagai rakyat Terengganu pertama berjaya berjalan kaki dari Besut ke Kemaman.
[sumber .]