Followers

Tuesday, 16 July 2013

PRK N01 K. Besut 16-16: 'Mudoh bbaso, senae kkiro' III......pernah ditawar projek ratusan juta agar tarik diri oleh...erm...ermm


Pitis a.k.a duit, bagi amenu tak de nilai langsung...sejuta...dua juta henget, macam beli ikan kembung yang baru naik di Kuala Besut menggunakan baldi sebagai sukatan.

Masa PRK inilah berbagai 'bantuan' atas nama sedekah...bantuan prihatin...hadiah...cenderamata...buah-tangan dan pelbagai istilah untuk menghalalkan pemberian itu.

Che Long sendiri pun, walaupun jadi calon yang melawan BN, turut ditawarkan hadiah...bukan seratus henget...bukan dua-tiga ratus henget...tapi jutaan ringgit berbentuk projek tapi bersyarat....hanya menarik diri dari bertanding dalam PRK N01 Kuala Besut ni.

Ini menunjukkan amenu akan buat apa saja, asalkan kuasa memerintah Negeri Terengganu kekal...amenu begitu terdesak sehingga sanggup men'campak'kan maruahnya di peairan Kuala Besut di celah-celah ketulan ais dalam tong ikan.

al-brangionline:

Walau pun 'senae kkiro' jangan ingat calon PAS tak ada maruah.
____________________________________________________________________________

Che Long ditawar projek beratus juta ringgit

Muda Mohd. Noor
 | July 16, 2013
Dengan syarat beliau tidak menjadi calon PAS di Kuala Besut.
PETALING JAYA:  Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.
“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.
Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A. Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar  dari BN baru-baru ini.
Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.
“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.
Penduduk daif
Che Long berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.
Beliau tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.
Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.
Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.
“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.
Che Long juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.
Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.
Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .
Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long.
[sumber .]