Followers

Sunday, 7 July 2013

Percikan darah di Mesir......percikan 'darah' di SUKMA......mangsa keganasan


Darah berpercikan di Mesir......akibat pertempuran antara hak dengan bathil.

Apa kurangnya di SUKMA..... di situ, darah.juga ber'percikan' ......akibat kelunturan iman dan keruntuhan moral.

Apa yang nak dimegahkan dengan SUKMA?

Adakah pencapaian jumlah pingat emas jadi kayuukur sebuah kejayaan.

Bagaimana minuman keras senang diperolehi dalam perkampongan sukan?

Bukankah sebelum daripada ini telah berlaku peristiwa ber'darah' yang sama di SUKMA Melaka dahulu?[sumber .]

al-brangionline:

Inilah dia transformasi politik dalam sukan?......alahai.....hidup amenuuu yang dikelilingi oleh ulaaarmak

___________________________________________________________________________

Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu. 

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan. [sumber .]