Followers

Wednesday, 10 July 2013

N01 K. Besut 16-16 : Di antara songkok hitam tinggi dan kopiah putih


Umno semenjak dari dulu meletakkan calon mereka dalam sesuatu pilihanraya dari pelbagai 'trade' kepakaran dan 'displin' ilmu begitu juga dengan PAS.

Dari seorang peniaga, Guru, Kerani, Jurutera, Doktor Perubatan, Profesor Universiti, Ulamak dan sebagainya sebagai tawaran kepada pengundi untuk menjadi wakil mereka ke Dewan Undang Negeri mahupun ke Parlimen.

Ada ketika Profesor menang dan ada ketika Profesor kalah dengan yang kurang status akedamik jika itu menjadi asas perbandingan.

Tapi dalam konteks Malaysia pengundi pada dasarnya tidak memandang status pangkat atau latar belakang akademiknya......pengundi tengok kepada parti yang diwakili.

Lepas itu baru pengundi tengok peribadi calon samada boleh menyakinkan mereka bahawa calon itu boleh mendekati mereka ketika kesusahan, dalam bahasa sekarang 'mesra rakyat'.

Selepas daripada itu baru ditengok isu setempat.

Saya rasa calon PAS ada banyak kelebihan dari calon Umno kerana beliau dilahirkan di situ...di besarkan di situ...bekerja di situ dan mempunyai pengalaman yang luas bergaul dengan masyarakat setempat.....boleh dikatakan calon PAS sudah 'kalih' dengan budaya dan hati budi masyarakat setempat.

Walaupun calon Umno juga dilahirkan di situ dan pernah bertugas sebagai jurutera daerah di situ untuk beberapa tahun......tetapi pada hakikatnya beliau banyak meng'habis'kan masanya belajar di luar Kuala.Besut dan bertugas di luar Kuala Besut seperti di Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan di Johor.

Dalam konteks Kuala Besut rasanya calon PAS lebih memahami untuk membawa masalah masyarakat setempat ke Dewan.

Dan yang paaaaaling penting masyarakat setempat harus memahami inilah masa dan ketikanya untuk men'jatuh'kan Umno setelah gagal dalam PRU13 baru-baru ini.

Kerajaan yang zalim seperti Umno yang sudah terbukti ke'tirisan' wang rakyat, masalah tanah rakyat, masalah me'runtuh' Masjid, masalah pembangunan berpilih-pilih di antara satu daerah ke satu daerah perlu diturunkan dan digantikan dengan PAS yang telah terbukti telus dan bertanggungjawab ketika memerintah Terengganu dari 1999-2004 dulu.

Jadi Kuala Besut menjadi neraca penentu......jika PAS kalah maka Umno akan memerintah 'lagu' tulah sokmo.

Jika PAS menang, maka kedudukan Dewan Undang Terengganu menjadi seri 16-16.....makaruang untuk membaiki kesilapan rakyat Terengganu memilin Umno 17 kerusi dalam PRU13 dahulu boleh ditebus kembali dalam PRK Kuala Besut nanti

Kemenangan PAS di Kuala Besut tersangat signfikan dalam membawa halatuju Terengganu ke arah pemerintahan yang telus dan lebih 'Syariah Compliance'.

Undilah Calon PAS.....16-16 [sumber .]

al-brangionline:

Saya merasakan pengundi Kuala Besut adalah pengundi yang bijak.