Followers

Tuesday, 9 July 2013

Muhyiddin : Semangat Ramadhon......kukuhkan perpaduan.....K.Besut diberi WO pada PAS? :


Setiapkali PRU atau PRK, ungkapan 'perpaduan' sentiasa meniti2 di bibir-bibir pemimpin Umno, namun ia hanya suatu retorik......selepas itu ia keluar bersama 'kemenyan hantu' .....busuk 'kohong'.

 PRK Kuala Besut tidak terkecuali, Muhyiddin selaku Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut seperti biasa akan menganjurkan 'ratib' ber'musim'nya.....kononnya mengajak 'perpaduan' antara sesaudara Islam di Malaysia.....kalau betul bagai dikata......ini petanda baik bagi PAS.

Buktikan kata-kata 'hikmat' itu.....InsyaAllah PAS akan dapat 'walk-over' dari Umno......apabila kedudukan seri 16-16 boleh kita adakan 'replay'...tak payah nak susah2.....ada berani?

 al-brangionline:

 Peluang PAS untuk ambik tendangan 'penalty' ini dan jadikan kedudukan 16-16 untuk 'replay'.

p/s

Saya mengambil peluag ini untuk menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf zahir dan bathin jika ada terkasar bahasa ketika ber'blogging'......Selamat menjalani ibadah puasa...jom kita bersolat jemaah, bertarawin dan bertadarrus Al-Quran.

Selamat Datang Ramadhon Al-Mubarak
_____________________________________________________________________________ 

Ambil Semangat Ramadan, Kukuhkan Tali Persaudaraan
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke-10 di Bangunan Parlimen di KUala Lumpur hari ini / Pc: BernamaTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke-10 di Bangunan Parlimen di KUala Lumpur hari ini / Pc: BernamaKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh umat Islam agar mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ummah agar Islam sentiasa disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh umat manusia.
Muhyiddin berkata simbol perpaduan ummah sejagat itu lebih terserlah apabila umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira batas sempadan bangsa dan negara, bahasa dan budaya sama-sama menyambut kehadiran bulan Ramadan esok dengan menjalani ibadah puasa dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.

"Marilah kita bersama-sama menghias bulan ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T serta memohon keampunan-Nya.

"Mudah-mudahan, ibadah puasa yang kita jalani sepanjang bulan Ramadan ini akan menjadikan kita insan yang sabar menempuh ujian dan dugaan yang mendatang," katanya dalam perutusan sempena bulan Ramadan di sini hari ini.

Beliau berkata ibadat zakat fitrah yang ditunaikan dan sedekah jariah yang sering diamalkan sepanjang bulan Ramadan juga mudah-mudahan dapat menyemai rasa kasih sayang kepada sesama insan.

Muhyiddin berkata rakyat Malaysia terutama umat Islam seharusnya bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa dan melaksanakan amalan-amalan lain sepanjang bulan Ramadan dalam suasana yang aman dan makmur.

"Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, kita mendoakan agar umat Islam di Palestin, Mesir, Syria dan di negara-negara lain yang sedang bergolak cekal mengharungi dugaan.

"Mudah-mudahan pergolakan yang berlaku di negara-negara ini segera berakhir dan umat Islam di sana dikurniakan nikmat keamanan dan kemakmuran yang berkekalan oleh ALLAH S.W.T," katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat dan mendoakan agar ibadah puasa yang dijalani diterima oleh ALLAH S.W.T dan dibukakan pintu keampunan dan rahmat-Nya serta menjadikan kita insan yang lebih bertakwa. [sumber .]