Followers

Thursday, 4 July 2013

'Menyambut' Ramadhon Al-Mubarak dengan percikan bunga api dan darah?......dasyatnya




Apabila Presiden Mesir (diturunkan melalui satu rampasan kuasa tentera) Dr. Morsi menang dalam piliharaya tahun lalu, beliau mengambil langkah 'damai' dengan penyokong kuat Hosni Mubarak dengan melantik Abdel Fattah Al-Sisi sebagai General dan Menteri Petahanan serta melantik Adly ('Ugly') Mansour sebagai Ketua Hakim.

Sekarang General yang sama memberi tempoh 48 jam kepada Dr. Morsi turun dan setelah tamat tempoh itu beliau mengetuai rampasan tentera ke atas Presiden pilihan rakyat Mesir dan melantik Adly ('Ugly') Mansour sebagai Presiden sementara.

Saya tidak berhajat berbincang siapa dalang disebalik coup d'etat itu tapi satu pengajaran kepada pemain-pemain politik di Malaysia, apabila berjaya memenangi pilihanraya sesuatu negeri agar berhati-hati mengekalkan atau melantik baru jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran agar mereka tidak mendatangkan masalah kepada pentadbiran baru..

al-brangionline:

Dilema...nak mencantas dikhuatiri dikatakan terlalu drastik...nak kekalkan mereka akan 'gigit' kita balik.....