Followers

Tuesday, 23 July 2013

Bekas calon PKR men'derita' penangan 'pil kuda'


Ada dua point yang timbul tandatanya.....

1. Kenapa mesti bekas calon PKR DUN Bukit Besi terasa......pada hal bukan dia yang makan lada kenapa dia pulak yang terasa pedasnya.....adakah TGHH kata direct, si anu...si anu yang ketagih pil kuda?...Kenapa mesti gelabah kuda?

2. Kenapa mesti tunggu saat dan ketika yang 'comel' dan 'molek' sangat.....berdekatan dengan PRK N01 DUN Kuala Besut?......Kenapa tidak 2 bulan dulu selepas PRU13?

Nak saman ke...nak keluar parti ke...nak bergolek ke...nak berguling ke..... lantak mung lah.....InsyaAllah kami tak akan biarkan TGHH berseorangan dalam hal ini.

Kata orang2 tua, cubit paha kanan bukan setakat paha kiri terasa malah setiap bulu roma dan rambut kami gementar terasa.......sedang menunggu tabung untuk kumpul dana menghadapi 'serangan' ini.

Kalau jadilah saman ini...maka satu 'precedent' sudah tersedia....lepas ni senanglah kalau ada sapa2 nak saman Anwar atau Karpal Singh jika sapa2 ada 'rampas' atau 'culik' ahli atau calon kita.....ke guaner? [sumber .]

al-brangionline:

Aku yang sedang mencari 'cheap publicity' di Bazaar Ramadhon......bubur lambuk Terengganu satu boh...huhu

p/s Aku masih terpinga2 akan ada orang kata sekarang sangat ramai musang berbulu ayam
___________________________________________________________________________
BESUT: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu hari meluahkan penderitaan yang dilalui oleh beliau berikutan fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohd Shamsul Mat Amin berkata, akibat daripada fitnah tersebut, bukan sahaja beliau bahkan keluarga dan partinya juga turut dihina akibat kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Abdul Hadi.
"Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek dikalangan masyarakat kampung saya.
"Ini telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat fitnah ini," kata beliau pada sidang media di Hotel Primula di sini, hari ini.
Abdul Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.
“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Shamsul berkata, walaupun Abdul Hadi tidak menamakan siapa yang mengedarkan pil kuda tersebut, beliau juga merupakan sebahagian daripada calon yang diperkatakan.
Sehubungan dengan itu, beliau telah membuat laporan dan akan mengambil tindakan mahkamah kerana telah mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin masyarakat.
“Saya merasa tertekan dan terhina dengan ucapan tersebut kerana diantara calon-calon yang dituduh edar pil kuda adalah termasuk saya sendiri.
“Saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai pemimpin politik berlandaskan agama,” katanya.
Tambah beliau, Abdul Hadi sebagai seorang pemimpin yang berlatarbelakang agama yang kuat seharusnya menyiasat berita itu terlebih dahulu yang belum tentu kesahihannya kerana fitnah itu lebih berat dari membunuh. [sumber .]