Followers

Thursday, 25 July 2013

Apa rahsia disebalik songkok tinggi YB amenu?......jom layan...


Gambar hanya sebagai perhiasan......tiada kena mengena dengan posting di bawah.

Mana calon amenu terutama yang pertama kali bertanding seolah-olah satu kemestian memakai songkok hitam tinggi.....dikatakan lagi tinggi lagi bagus.

Mana-mana calon yang telah menang akan memakai lagi songkok tinggi di waktu saat diumumkan kemenangan......selepas daripada itu tempoh 'pantang' berakhir setelah majlis angkat sumpah.

Mereka kembali akan pakai songkok hitam tinggi yang penuh nostalgik itu di majlis2 perkahwinan, kematian, aqiqah atau cuku jambul dan ketika majlis rasmi menyampaikan 'bantuan' (sogokan?) pada orang kampong.

Kita jarang kelihatan mereka memakai songkok hitam tinggi itu di majlis2 yang di adakan di bandar-bandar besar.

Kenapa?

Hanya orang amenu sahaja yang tahu rahsianya.

Pada hemat penulis ini mungkin mereka hendak menyakinkan orang Melayu di luar bandar bahawa hanya amenu sahaja pejuang bangsa Melayu tulin dan lagi pun ia nampak lebih Islamik.....lagi tinggi lagi Islamik......huhu.

Penulis tidak berhajat mengucapkan tahniah pada YB baru di Kuala Besut......walaupun penulis mengenali dan pernah bersejawatan dengan beliau di Jabatan yang sama dulu kerana beliau memilih amenu sebagai arena per'juang'an.

Saya tetap menganggap beliau sebagai kawan dan saudara seaqidah, namun dalam perjuangan kita berbeza.....mana mungkin saya nak ucap tahniah sedangkan partinya bertanggunjawab dalam urustadbir yang membelakangkan suruhan Agama......lihatlah hiburan melampau...pertandingan pakai 'bikini' (cawat?)....dan bermacam lagi yang YB sendiri nampak kalau nak 'nampak'lah.

Lagi mundur kawasan pendalaman lagi kuat Melayu bergayut pada amenu.

Lagi miskin hidup Melayu luar bandar, lagi 'taat' mereka pada amenu.

Lagi banyak 'umpan' jangka pendek, lagi kuat mereka me'matuk'.

al-brangionline:

Dan falsafah yang mereka pegang ialah, tangan yang memberi tidak sekali2 akan digigit.